Syaitan adalah makhluk yang derhaka kepada Allah.Kerana godaannya maka Adam dikeluarkan dari syurga Allah dan tinggal di bumi ini.Syaitan sebagai penggoda memohon kepada Allah untuk berterusan menggoda manusia sehingga kiamat dan diperkenankan.
Kita sebagai manusia yang menjadi sasaran penggoda ini,sejauh mana menyedari bahawa syaitan itu akan datang dan menggoda kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan.
Rasanya bagi sesetengah daripada kita mungkin akan berjaya menghadapai godaan yang datang terus daripada bisikan syaitan itu sendiri tetapi mungkin akan tewas jika ianya datang dengan pihak ketiga.Sudah tentu pihak ketiga itu adalah daripada kalangan kita sendiri iaitu manusia juga.
Cuba kita renung,sepanjang hidup kita ini,contohnya dalam hal solat.Pernah atau tidak kita melambatkanya atau kita terus meninggalkanya sehingga terluput waktu.Mungkin ada di antara kita pernah begitu,kenapa sebabnya,kalau hanya kerana bisikan perasaan yang sudah tentu itu bisikan syaitan mungkin kita akan berjaya melawanya dengan kita terus bersolat walaupun dalam keadan liat.itu bermakna kita berjaya melawan penggoda ini.Bagaimana pula kalau yang datang itu dalam bentuk manusia yang kita terpaksa akur dengan melayan atau sebagainya sehinggakan kita terpaksa "melupakan" solat itu,contohnya bos kita,atau mereka yang berkedudukan atau sebagainya yang menyebabkan kita malu alah dengan orang itu?.dalam hal ini ramai di antara kita yang tewas.
Sebenarnya dalam hidup ini kita akan berjaya meghadapi syaitan yang sebenardengan syarat kita sentiasa mendampingi agama,tetapi kebanyakkan daripada kita akan tewas dengan syaitan yang datang dalam bentuk proksi,proksi itu termasuklah saudara mara kita ,pembesar negeri atau negara,ketua pejabat kita atau sebagainya.Yang kalah ini bukan sahaja yang agak kurang agamanya malah yang dikatakan alim juga akan kalah.Lagi alim kita maka lebih ramai proksi-proksi syaitan yang akan kita dampingi.Sebab itulah kita lihat sekarang ini ramai mereka yang alim tidak begitu kedengaran suaranya jika ada isu-isu yang berkait dengan "kepentingan" diri malah kalau ianya melibatkan tiada kepentingan maka berhari-hari dan bertalu-talu ianya dimainkan.Ini sebenarnya kita sudah tergoda dengan mainan syaitan ini.Walaupun pahit bunyinya tetapi hakikatnya begitulah.
Sebagai kesimpulanya,marilah bersama kita mencari redha Allah dengan kita melepaskan diri kita daripada godaan syaitan,lebih-lebih lagi yang datang dalam bentuk proksi itu.Ingalah masa di dunia ini sangat singkat tempohnya berbanding dengan masa di alam akhirat sebagaimana dinyatakan bahawa satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.Ya Allah ampuni dan berikanlah petunjuk serta kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah ini....amin
0 comments:
Post a Comment