
Sebagai mengakhiri tahun hijrah 1430,umat Islam di negara ini telah mengadakan upacara sambutan ketibaan tahun baharu islam tersebut
Bermula akhir waktu solat asar dan selepas solat maghrib semalam mereka ramai-ramai berdoa dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun.Juga disulami dengan ceramah atau tazkirah sempena dengan peristiwa tersebut.
Saban tahun begitulah tahun hijrah disambut dan bagi sestengah daripada kita itu sudah menjadi "rutin" tahunan.Persoalannya setiap awal tahun ada saja "azam" baru yang dijanjikan.Tahun 1431H ini pun sama. Azam ini selalunya daripada baik kepada yang lebih baik. Namun sebagai muhasabah cuba kita perhatikan perkara-perkara ini.Topiknya "berlawan sesama sendiri".
1.Parti politik Pemerintah lawan Pembangkang.
2.Ahli Istana juga berlawan.
3.Mazhab juga berlawan.
4.Kakitangan Kerajaan berlawan untuk pangkat.
5.Kakitangan berpangkat juga berlawan antara hakiki dan KUP.
6.JKK Kampung juga berlawan kerana projek tidak selari.
Sekadar menyebut contoh di antara yang banyak-banyak yang terjadi. Sama-sama bermuhasabah kenapa masih begini sedangkan saban tahun berazamkan diri.Kesimpulan kini sebenarnya kita ini melupai Ilahi secara hakiki sebut cuma untuk mengabui diri sendiri.Ya Allah ya Ilahi selamatkanlah hamba-hamba mu ini.
Selamat menyambut Tahun Baharu Hijrah 1431Semuga sentiasa dalam anugerah Iman dan Islam
Allahu Akbar
1431H...umur tambah lagi
Read more...Sekarang ini isu kebersihan adalah menjadi topik percakapan kebanyakkan orang.Di bandar terutamanya; kalau sampah tidak dipungut maka pihak yang berwajib seperti majlis perbandaran akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas perkara tersebut.Kadang-kadang tidak habis dengan pengurusan sahaja yang kena kutuk malah kerajaan negeri berkaitan juga turut menerima tempiasnya.
Semalam dalam perjalanan ke Kelantan daripada Terengganu saya terserempak dengan satu "skuad" yang terdiri daripada wanita bermotorsikal dengan "berlembing" di tangan menikam-nikam sampah di tepi jalanraya dan memasukkan dalam karung plastik.Untuk lebih jelas saya menghampiri skuad ini,rupa-rupanya mereka ini adalah pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang lebuhraya tersebut.Dimaklumkan selain di lebuhraya di perkampungan berhampiran juga kerja-kerja ini pun dibuat juga.
Hari ini sambil memandu di Kota Bharu saya sekali lagi terserempak dengan "skuad" juga. "Skuad sampah",itu tulisan pada motorsikal bertayar tiga yang saya temui itu.Kumpulan yang sedang berkonvoi ini juga melakukan kerja-kerja memungut sampah sebagaimana yang ditemui oleh saya di Terengganu semalam.Cuma di Kelantan lebih bersistem dari segi logistiknya.
Daripada pemerhatian ini nampaknya pihak-pihak yang berwajib sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilakukannya demi untuk melestarikan kawasan masing-masing,buktinya penyediaan kemudahan termasuk para pekerja sebagaimana yang saya sebut tadi,cuma apakah respon kita sebagai pengguna dan pemilik kepada kawasan kita itu?!Adakah bila kawasan kita kotor atau tidak terurus maka terus kita menyalahkan orang lain dalam perkara tersebut, memang tidak dinafikan ada di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan itu tidak begitu peka dengan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan itu,seperti ponteng kerja atau sebagainya,namun begitu itu bukan alasannya untuk kita turut tidak bekerjasama dalam menjaga kebersihan ini.Ayuh kita bersama melestarikan kawasan kita...
Bersih itu Cantik
Read more...Sudah tiga hari berada di Terengganu Darul Iman.Negeri yang berbiraikan pantai keseluruhannya.Di sana menginap di salah sebuah resort yang agak terkenal dari segi namanya walaupun begitu perkhidmatanya tidak se-gah namanya.Berbanding dengan kunjungan sebelum ini nampaknya kali ini semakin merosot samada dari segi kemudahan mahu pun keselesaanya.
N3 kali ini bukan hendak mempertikaikan itu tetapi tentang perkara lain.Sejak hari pertama lagi timbul kemusykilan di benak fikiran saya,rupanya di negeri Darul Iman ini minuman keras masih bebas dijual di khalayak termasuk di tempat-tempat pelancungan sebegini.Yang lebih musykil lagi ialah para pelayannya adalah terdiri daripada adik-adik pelatih daripada beberapa kolej yang menawarkan kursus-kursus perhotelan yang dihantar ke situ untuk tujuan praktikum.Ke hulu ke hilir membawa dulang yang berisi minuman keras yang pelangganya saya lihat cuma tidak lebih daripada tiga orang yang berbangsa orang putih kalau tidak silap pengamatan saya.Kenapa pengurusan hotel ini tidak sensitif dengan perkara-perkara sebegini,setidak-tidaknya!nak harapkan kerajaan negeri pada saya tidak keterlaluan kalau saya katakan Terengganu kini hanya tinggal Darul Iman sahaja dan yang lain sudah hilang entah kemana.Dimaklumkan di pulau-pulau persekitaran perairan Terengganu juga lebih dahsyat daripada itu malah banyak di" publish" oleh akhbar-akhbar perdana.
Kepada pihak berwajib di Terengganu celik lah anda, kerana dengan kecelikkan anda mungkin Allah akan selamatkan Terengganu daripada sebarang bala dan bencana,kalau tidak Allah berhak menentukannya.
Terengganu hanya tinggal Darul Iman....
Read more...
Pantai dan laut dua entiti yang tidak boleh dipisahkan.Kedamaian berada di sini.Sebagaimana bukit dan air terjun, laut dan pantai juga istimewa kepada manusia.Rezki kebendaan berada di sini ikan ,sotong sehinggakan minyak juga berada di sini.
Selain kedamaian pantai dan laut juga menjadi tempat meresahkan.Bila ombak atau alunnya kuat maka ianya membimbangkan semua orang,itu sebab ramai yang beringat-ingat dengannya.
Namun begitu dalam ketenangan, pantai dan laut juga menyentap kedamaian manusia.Dalam mencari kedamaian terkadang Pantai dan laut memberi duka.Ramai sudah yang berduka kerananya.Lemas dan hanyut lumrah yang terjadi.
Semalam di Rantau Abang Terengganu duka ini terjadi lagi.Alfatihah untuk mangsa ini.Kadang-kadang beringat pun ketentuan itu tetap juga terjadi.Oleh itu bersama kita hanya berserah hanya pada Ilahi.Ketentuan DIA memang pasti dan kita mestinya kena mengerti...sekali lagi al-fatihah.
Laut & Pantai
Read more...
Hari ini nak mengata lagi
Biarlah walau pun ada yang tak sudi
Asalkan puas di hati
Aku tetap akan mengata lagi
Mula-mula nak mengata menteri
kenapa asyik sebut sabsidi
hari-hari kata sabsidi akan tiada lagi
aku pun tiada mengerti
macamlah tiada lain yang boleh dikaji
sabsidi itu apa erti
bantu rakyat yang mentaati
itu sebab cukai semua beri
walaupun tidak berkenan di hati
oleh kerana taat maka mereka beri
sebut negara makin maju kini
kemudahan yang selalu beri
sudah tidak mahu diberi lagi
apa sudah jadinya nanti
Persatuan pengguna juga tambah sekaki
sokong menteri nak tarik sabsidi
jaga pengguna apa macam ini
atau ada sesuatu di sebalik hati
sudahlah wahai orang-orang ini
jangan jadinya semua menjauhkan diri
kerana sebab tak tau urus negeri
kita cakap orang tak layak yang makan sabsidi
bukan sebab itu wahai pak menteri
aku tahu semua ini
duit habis bukan kerana sabsidi
tetapi tiris di sana dan di sini
satu lagi nak mengata ni
untuk cuepacs yang sentiasa di hati
berjuang sudah sebati
memperjuangkan nasib ahli
pertama naik gaji
kadang-kadang menjadi
maka semua senang hati
ada kala tidak menjadi
maka ada yang maki
namun aku tidak peduli
sebab aku juga tumpang sekaki
cuma satu yang aku kesali
usahlah perjuangkan ini
untuk lanjut umur lagi
untuk tidak mahu pencen lagi
kesianlah anak-anak kita ini
habis mengaji sampai phd
balik-balik kena menggangur lagi
sebab jawatan tiada kosong lagi
sebab bapak sambung lagi
hari hari ceti panggil diri
sebab hutang mengaji tak bayar lagi
hendak menoreh tiada mengerti
hendak bertani pun tidak mengerti
nak jadi kuli pun tidak mengerti
sebab mengaji bukan dalam bidang ini
retoriknya menjadi-jadi
penuh dengan slogan itu dan ini
rupanya kena tipu ditegah hari
kata anak tidak ada jatidiri
kata banyak sudah peluang diberi
bila perhati mana semuanya ni
yang ada cuma syok sendiri.
bapak sambung dan sambung lagi
sampai ada yang sudah berkali-kali
hai mati lah macam ini
nak kahwin macam mana ni
tiada duit nak tanggung anak bini
Cukuplah wahai bijak bestari
berilah peluang untuk anak-anak ini
jangan sampai kita bela mereka lagi
walaupun sudah tercabut gigi
mereka pun nak berbini
mereka mahu urus diri
macam mana kalau macam ini
kerja masih tidak boleh diberi
kerana kita tamak untuk diri
cakap sentiasa beralas itu dan ini
kerana kami yang banyak ketahui
maka itu sebab kami terpaksa sambung lagi
macamlah diri lain tiada lagi
untuk mengurus semua ini
aku tengok dengan mata kepala sendiri
ada yang sambung itu sudah tidak bergigi
malah ada yang sudah tuli
namun kena gagahi
sebab engkau orang ketahui
cukuplah wahai bijak bestari
sudah sampai masa kini
untuk beri anak-anak berdikari
jangan kerana kita ini
peluang mereka tertutup lagi
dengarlah mengata aku ini
sebab aku tiada rugi
aku takut kamu hilang kuasa nanti
sebab mereka ini bukan boleh diajari
bila hati sudah memberontak lagi
kata pujuk sudah tidak makan lagi
sebabnya benci sudah tidak terperi
kalau aku pun tentu begini
buat apa sokong lagi
sebab ianya tiada erti...
Mengata Lagi..
Read more...Hari ini jumaat.Balik kampung.Bila di kampung banyak aktiviti yang boleh dibuat berlainan dengan di bandar,kalau hendak berpeluh kena "jogging" atau pergi"gym"atau main badminton.Pendek kata sikit atau banyak semua kena keluar belanja dan hasilnya keluar peluh saja.Selalunya kalau berpeluh tandanya sihat lah pada kebiasaan dan menjadi kepercayaan semua orang.Apa pun kita kena berserah kepada Allah lah dalam bab ini.Kalau di kampung semua percuma.Dalam proses mengeluarkan peluh pun kita dapat hasil,paling tidak pun ulam-ulaman untu makan tengahari.Itu nikmatnya di kampung.
Lepas solat jumaat ada jiran sekampung jemput untuk tahlil arwah di rumahnya.Dalam majlis tersebut jumpa ramai kawan-kawan lama.Masing-masing bertanya khabar,maklumlah dah lama tidak berjumpa.Dalam bertanya khabar tu baru saya ingat rupanya kita ni dah tua.Bayangkan ramai rakan-rakan tadi dah putih rambut masing-masing malah yang dah tak ada gigi pun dah ada,bila disapa "dah tua kita ni"jawab rakan tersebut selamba.
Rupa-rupanya kita ni kalau lama di bandar sikap peka itu agak kurang sikit.Maklumlah di sana mana ada masa sangat muhasabah diri ni.Masing-masing sibuk dengan urusan dan terlebihnya urusan dunia lah.Itulah kalau untuk lebih terkesan dari segi muhasabah diri ini selalu-selalu lah jengah kampung halaman.Jumpalah kawan-kawan sepermainan kita dulu-dulu.Dari sini kita sekurang-kurangnya beringat dan insaf bahawa kita sebenarnya sudah tua dan perangai kita pun sepatutnya lebih baik,Jangan bermuhasabah bila kena musibah saja.Sebenarnya semasa hidup ini kena sentiasa muhasabah diri waimma masa senang atau pun susah. Di bandar kita sebenarnya sentiasa berjiwa muda.Itulah kadang-kadang berlaku ada di kalangan jurujual yang sebaya anak kita panggil kita pakcik ada yang komplen,ai ingat saya ni dah tua ke panggil pakcik.Rambut dah putih misai dan janggut pun sama putih,jalan pun terketar dan mengah-mengah tetapi bila panggil pakcik marah pula.Alahai manusia.
Berbalik pada kenang-mengenang ini rupanya saya ini pun sudah masuk dalam kategori generasi pertama.Bayangkan semasa masih di kampung dulu ada anak-anak yang masih atas dukungan ibu tetapi hari masa jumpa dalam majlis tadi ini sudah segak,bermisai tebal,malah dah kahwin pun serta sudah ada anak..terfikir hai cepatnya masa berlalu..bagaimana nak hitung hari Allah yang disebut satu hari di akhirat sama dengan seribu tahun di dunia.Mohon ampun ya Allah.....
Bersama kenangan......
Read more...




