Agak lama tidak mengemaskini blog ini,mungkin masa yang terluang itu terpaksa dimunafaatkan kepada perkara lain yang lebih aula dan mustahak.Facebook juga mungkin antara penyebabnya.Kini banyak idea dan pandangan serta juga cerita boleh dilontarkan melalui FB makanya blog boleh jadi agak sepi untuk ditatap sebagaimana selalu.
Untuk kali ini diucapkan tahniah kepada rakan-rakan penjawat awan yang mendapat durian runtuh,bermula dengan penyelarasan gaji serta bonus mereka juga sudah boleh berkhidmat sehingga umur 60 tahun setelah kerajaan melanjutkan lagi tempoh bersara wajib daripada 58 ke 60 tahun.Cumanya sekadar mengingatkan kawan-kawan mampukah anda untuk memikul beban itu?kita kena ingat hakikat kejadian manusia bermula dengan lemah dan akhirnya juga ia akan berada dalam situasi lemah,jadi bagaimana mungkin untuk kita mengatakan kita masih kuat kerana hakikat sebenarnya kita adalah lemah,sebenarnya "ego" kita yang membenarkan apa yang kita fikirkan itu.
Walaubagaimanapun,kerana harapan sesetengah orang itu sudah menjadi kenyataan,maka adalah amat diharapkan agar ianya dapat memandu kita ke arah yang lebih baik dan berfaedah,jangan dengan perlanjutan ini kita akan terus-terusan hanyut dibuai mimpi yang kononnya dikatakan indah tetapi sebenarnya kita lagi jauh dari mendekatkan serta menyediakan diri untuk berhadapan dengan situasi yang disebut tiada guna lagi harta dan anak cuma yang berguna adalah bekalan amal yang baik dan berkualiti.
Adalah amat malang kalau kita sebelum ini leka dengan padang golf dan kelab-kelab tertentu dan amalan itu berterusan tanpa ada rasa apa-apa seolah-olah kita tidak akan mati selama-lamanya,oleh itu bersamalah kita menginsafi akan hakikat kehidupan ini,dunia ini tidak akan habis dan puas selagi kita mencari kerana ianya "menyeronokkan",namun kematian tidak dapat kita tolak walaupun kita mempunyai harta berjuta-juta atau berapa sahaja,cuma yang boleh menyelamatkan kita adalah iman dan taqwa,oleh itu carilah ia dan insyaAllah kita akan dapatinya.
7:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment