1:20 AM
Hari ini jumaat 26 ramadhan.Memandu ke negeri Terengganu.Sampai di Besut lebih tepat lagi di Kg. Apal berlaku kesesakan jalanraya,ingatkan ada sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan,rupa-rupanya sekatan untuk edaran bubur lambut oleh jkk dengan dihadiri sama wakil rakyat kawasan.bekenaan.
Minggu lepas dihari yang sama juga terperangkap dalam kesesakan yang juga teruk sama sebagai hari ini di Batu Rakit,juga untuk edaran bubur lambut oleh wakil rakyatnya.Hati berdetik dan agak gelisah dengan kesesakan ini,masakan tidak,perjalanan masih jauh dan ada keperluan yang perlu dibereskan segera.
Terfikir,bersedekah adalah amalan baik,namun ianya mestilah ikhlas niatnya.Dalam hal ini nampaknya. ianya semacam menjadi satu fenomena sekarang,sedekah dihulur untuk prantau tetapi anak qaryah kampong ditingalkan,dan tidak sah perkara ini jika tidak diuar-uarkan melalui media,dan begitulah apa yang saya perhatikan.Apakah maknanya ini semua.Saya pohon doa kepada Allah semoga saya bersangka baik dalam hal ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum Wak Aji,
Ingat juga orang pesan, tangan kanan beri tangan kiri tak tau. Baru dapat pahala, kalau tidak dapat glamour jerlah kan.
Post a Comment