6:19 PM

Semoga selamatlah semuanya...



Sekarang musim cuti sekolah.Kebetulan juga bulan rejab menjelma,dikesempatan bulan dan masa yang baik ini ramai yang melangsungkan perkahwinan.Maka sempena dengan majlis ini banyaklah kenduri kendara yang diadakan.Kadang-kadang dalam sebuah kampung ada sampai empat atau lima majlis yang diadakan.Untuk itu semua tahniah kita ucapkan kepada para pengantin baru dan keluarga masing-masing dengan iringan doa semuga kekal bahagia sepanjang hayat.


Di musim ini juga para imam sibuk dengan tugasan mengakadkan pasangan yang akan berkahwin.sampaikan tidak cukup "jam" untuk melakukannya,juga tahniah untuk para imam nikah kerana di musim ini anda sebenarnya kaya dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada anda dan seharusnya kita syukuri.Ikhlaskan niat anda dalam tugasan yang diamanahkan ini.

Kepada pemuka masyarakat,penghulu ke ,ketua kampung ke,atau apa sahaja sedikit cadangan kepada anda,diperhatikan banyak majlis-majlis kahwin ini dilakukan dalam sesebuah kampung dan kawasan.Banyak belanja yang dikeluarkan.Bermula dengan peralatan pelamin sehinggalah kenduri kendara sebenarnya kita "menghabiskan" kewangan kita secara tidak berhemah,betul ini adalah majlis yang sekali seumur hidup bagi setiap orang,tetapi tidak sekali bagi ibu bapa yang punya ramai anak,mereka akan berhabis setiap kali majlis kahwin hendak diadakan bagi setiap anaknya,apa kata kalau acara kahwin beramai-ramai di adakan bagi sesebuah kampung dan kawasan itu dengan cara berpakat dan bergotongroyong.Dengan dikepalai oleh Tok penghulu atau Ketua kampung diyakini ianya akan memberikan banyak kelebihan.Dengannya pergaulan dan silaturrahim dapat diearatkan,belanja dapat dijimatkan dan rasanya banyak yang positif dapat kita tonjolkan.

Apa pun selamat pengantin baru untuk semua,jaga diri dan keluarga yang bakal anda pimpin nanti,kawal jiwa dan nafsu anda,banyakkan masa dan ketika untuk mendekatkan diri anda dengan Allah kerana Dia sahaja yang punya segala-galanya.Banyakkan interaksi dan perbincangan yang positif dalam kehidupan seharian anda dan insyaallah anda akan berjaya mengharungi lautan dunia yang penuh cubaan ini...



Share/Bookmark

0 comments: