Menjalani kehidupan seharian adalah sesuatu pasti kepada setiap yang hidup.Urusannya bergantung kepada siapa dia itu.Kalau guru maka cara hidup gurulah kehidupanya,begitulah pegawai kerajaan,petani dan sebagainya,yang pasti semuanya mengharapkan terbaik untuknya.
Dalam kehidupan ini banyak perkara yang mempengaruhi kehidupan kita,kemiskinan,kekayaan dan apa sahaja mempengaruhi kita.Kita juga sering diperingatkan perkara-perkara yang baik dan begitu juga perkara-perkara yang buruk.Neraca pertimbangan baik dan buruk yang sebenar adalah apa yang telah digarap oleh Maha Pencipta iaitu Allah S.W .T.Oleh itu kita hendaklah mencari yang baik dan menolak yang buruk itu.
Sesuatu yang baik ianya akan berfaedah sampai bila-bila,hatta boleh dibawa mati dalam bentuk ganjaran pahala dan
Cuba kita sama-sama berfikir dengan hati yang tulus dan jernih,selama kita hidup ini apabila kita bangkit sahaja daripada tidur kita,apa yang kita cari?secara jujur sudah tentunya kita mencari "kehidupan",bertungkus lumus dan berpenat lelah kita "berjuang"mencari dan terus mencari tanpa memikirkan yang lain,cara kita membujur lalu melintang patah,betul atau salah tidak lagi menjadi perhitungan,apa yang penting kita dapat!!.itu realitinya.
Kehidupan selepas mati seolah-olah tiada dalam kamus kehidupan kita hari ini,kalau pun ada cuma terlintas hanya sekejap dan ianya terus hilang bersama impian yang mendatang.Allah hanya diingat apabila kesusahan mendatang,bila hilang, ingatan itu pergi bersama angin lalu.
Begitulah kehidupan ini,kita hanya mencari untuk apa yang kita dapat jangkau dengan pemikiran namun kita seolah-olah menolak kebenaran yang dikhabarkan secara ghaib itu.Buktinya kita bersungguh mencari untuk dunia tetapi untuk akhirat sangat sedikit yang kita fikir dan usahakan.
Mungkin masa masih ada,kita masih boleh berubah,lapangkan masa kita untuk bersama Allah kerana Dia adalah segala-galanya.Allah berjanji melalui hadis qudsi riwayat Ahmad yang maksunya:Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!
8:05 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment