8:20 AM

Pengalaman yang mengasyikkan...

Alhamdulillah hari ini sudah 29 Ramadhan 1431H.Juga syukur kepada Allah kerana Alquran kali ini dibaca dengan terjemahan dan tafsirannya sekali. Pembacaan ini telah memberi kelebihan dengan peningkatan kefahaman dan pengertian tetang isi kandugan firman Allah itu.


Menatap alQuran sehingga saat ini terasa betapa nikmanya.Terasa betapa bertuahnya diri ini dikurniakan dengan Islam.Kalau dulu semasa masih muda remaja sering mendengar ucapan bahawa kita sesungguhnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan Islam.Ianya merupakan satu nikmat yang tidak ternilai untuk manusia.Ungkapan itu cuma menjadi halwa telinga sahaja tanpa ada sebarang rasa yang istimewa yang melekat di jiwa.Terasa hambar dan tidak bertenaga.Namun Alhamdulillah apabila menatap dan memahami alQuran ini ayat demi ayat dan surah demi surah betapa kata-kata yang menjadi nostalgia yang dilontarkan oleh para ilmuan terdahulu kembali menusuk kalbu.

Terbayang di benak fikiran apa akan jadi jika sekiranya ditakdirkan dihidupkan di kalangan bukan Islam,apakah situasi sekarang(baca: beriman) akan menjelma kepada diri ini.Saya yakin tanpa hidayah yang di anugerahkan Allah maka sudah tentu seseorang itu tidak akan ketemui jalan yang lurus ini.Ya Allah aku pohon padaMu agar ditetapkan hati dan pendirian ini agar berterusan di atas jalan engkau yang benar ini.





Share/Bookmark

0 comments: