Asalamualaikum.
JEMPUTAN MAJLIS I'DULFITRI ALUMNI KOLEJ ISLAM
Read more...Syaitan adalah makhluk yang derhaka kepada Allah.Kerana godaannya maka Adam dikeluarkan dari syurga Allah dan tinggal di bumi ini.Syaitan sebagai penggoda memohon kepada Allah untuk berterusan menggoda manusia sehingga kiamat dan diperkenankan.
Manusia selalunya kalah dengan syaitan jenis ini
Read more...Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.
Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.
Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.
Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.
Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.
Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.
Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.
Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.
Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.
Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.
Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!
Sumber:
http://mediapermatangpauh.blogspot.com/
Sila ambil Perhatian!!!!
Read more...Hutang wajib kena bayar.Bagi orang islam kalaulah ditakdirkan mati dan hutang tidak dijelaskan maka peluang untuk mendapatkan syurga adalah terhalang.Itu kaedah umumnya.bagi yang berhutang dengan PTPTN juga begitulah sifirnya.Kalau sudah berhutang denganya maka peminjam kena bayarlah.
PTPTN : Hutang kena bayar..!!!
Read more...Biarkanlah kawan
puisi untuk kawan...
Read more...Syawal menjelang dan meninggalkan ramadhan yang berkat itu.Sekolah ramadhan banyak mengajar manusia tentang apa itu takwa.Namun apabila ianya berlalu semangat sekolah tersebut pun berlalu sama dengan peredaran masa dan bulan-bulan seterusnya.Dalam ramadhan penuh dengan ikrar dan semangat tetapi menjadi lusuh selusuh-lusuhnya selepas daripada itu.
Rupanya ramai yang pura-pura...
Read more...Alhamdulillah hari ini sudah 29 Ramadhan 1431H.Juga syukur kepada Allah kerana Alquran kali ini dibaca dengan terjemahan dan tafsirannya sekali. Pembacaan ini telah memberi kelebihan dengan peningkatan kefahaman dan pengertian tetang isi kandugan firman Allah itu.
Pengalaman yang mengasyikkan...
Read more...أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ونُقِرُّ فِى الأرْحامِ مَا نَشاءُ الى أجلٍ مُسَمَّى ثمَّ نُخْرِجُكُم طِفْلاً ثم لِتَبْلُغُوآ أشُدَّكُم، ومِنْكُم مَن يُتَوَفَّى ومنكم مَنْ يُرَدُّ على أرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شيئًا
صدق الله العظيم
Mafhumnya:
"Dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu". (al Haj, ayat 5:)
Pernahkah anda berfikir dan bermuhasabah tentang diri sendiri,kalau ada setakat manakah muhasabah kita itu?dan apakah hasilnya,adakah ianya membantu dalam memotivasikan diri ke arah merapatkan lagi diri kita dengan pencipta atau sebaliknya!?
Hari ini sudah 28 hari kita berpuasa di bulan ramadhan 1431H.Ini bermakna umur kita semakin meningkat dan bererti ianya semakin singkat.Sebagai makhluk sudah sepastinya kita tidak akan kekal mendiami bumi ini selama-lamanya.
Dalam kehidupan ini,apa perasaan anda?sentiasa merasa gagah,kuat dan berkuasa atau bagaimana?,dan apakah kekuatan yang anda rasa ada pada diri anda itu memberi kelebihan kepada anda setakat ini?.Cuba kita bersama bayangkan atau fikirkan.
Pernahkah anda melihat kawan-kawan disekeliling ,sebagai manusia yang peka dan hidup bermasyarakat pula maka sudah tentu perkara itu adalah biasa bagi kita.Kita dapati ada di kalangan mereka itu yang hidupnya senang dan ada yang hidupnya susah.Kenapa terjadinya begitu sedang semuanya mengharapkan kesenangan dalam kehidupan masing-masing .Kita renung lagi,apakah semua impian yang indah-indah yang kita impikan itu semuanya menjadi milik kita,tidak bukan?sedangkan berbagai usaha dan ikhtiar kita telah lakukan!.Berjuta wang kita belanjakan konon untuk mengelakkan daripada musibah dan penyakit,namun setiap hari masih ramai yang ke hospital,dan ramai juga yang terpaksa dihantar ke kubur,kenapa berlaku semua ini?sedangkan kita kata kita kuat dan gagah,kita kaya dan berharta.
Oleh itu insaflah,sebenarnya kita ini adalah manusia yang tidak punya apa-apa,apa yang ada cuma hanyalah sedikit pemberian secara ihsan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih untuk hambanya.Dengan pemberian ini sudah sewajibnya sebagai hamba yang lemah kita kena syukuri serta sabar terhadap apa yang telah dikurniakan kepada kita.
Kepada anda yang dianugerahkan dengan sedikit "kuasa" berlaku adillah,jadikanlah keadilan itu sebagai neraca pertimbangan dalam menguruskan apa yang anda perolehi itu,kerana kalau anda berlaku zalim anda hanya cuma mengundang bala dan bencana daripada Allah yang bukan sahaja anda akan pikul di dunia ini malah akan berterusan dalam kehinaan di hari yang tiada lagi sebarang faedah harta dan anak-anak.
Carilah kelebihan dunia ini sekadarnya.Jangan menipu dan menzalimi serta mengambil sesuatu yang bukan hak anda.Bersyukurlah dengan apa yang telah anda perolehi.Allah itu maha mengentahui.Percayalah sesungguhnya apa yang telah anda perolehi itu adalah cukup dan sesuai untuk anda.Janganlah tamak dan dengki dengan apa yang dikurniakan Allah kepada orang lain,jika kita bersikap begitu sebenarnyai kita melawan Allah yang maha tahu tentang apa yang ada pada setiap makhluknya.
Kita sebenarnya tidak ada kekuatan dan kelebihan,hatta untuk berhadapan dengan apa rokok yang kita hisap itu pun kita tidak mampu apatah lagi dengan azab yang lebih hebat daripada itu.Cuba bayangkan dalam merokok itu pun kita cuma menghisap hanya sekadar sampai ke putingnya sahaja kerana tidak tahan dengan kepanasan api yang sedikit berbanding dengan api neraka sebenarnya.Oleh itu cukuplah,marilah bersama kita hindarkan diri-diri kita daripada menjadi orang yang di murka Allah dengan berubah ke arah perangai dan personaliti yang lebih baik.Bersama hindari daripada tamak,gila kuasa,megah diri dan bersikap zalim dalam kehidupan sehari-hari kita.
Renungilah petikan ayat alquran di atas,sebenarnya itulah sebenarnya putaran kehidupan kita,tidak kira siapa kita.Rajakah kita,menterikah kita atau manusia biasakah kita.Apapun sempena Syawal yang mendatang SELAMAT HARI RAYA diucapkan semoga segala amalan dan ibadat kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diber iganjaran oleh Allah sebaiknya insyaAllah.
SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI ...Kita sebenarnya tidak punya apa-apa....
Read more...