5:14 PM

Ujian Dunia

Di zaman yang dikatakan moden ini sebenarnya ramai di antara kita lupa Tuhan.Kenapa saya berkata begitu?lihat sahaja di sekeliling kita, berapa ramai yang endah dan perihatin apabila berbuat sesuatu maka Tuhan itu diutamakan!!.Adakah akan bertanya dulu buat itu dan ini dibolehkan atau tidak oleh Tuhan?.Secara jujur jawablah...!!!

Semalam ada satu kisah,dimana saya didatangi seseorang yang mahukan sesuatu!!.Perkara yang diminta itu sangat tidak digemari oleh saya.Bukan saja-saja tetapi ianya adalah larangan oleh Tuhan.Membantu kearah mengujudkan perkara itu pun sudah dapat share apatah lagi berusaha dan meniagakannya.Maka dalam senyum yang saya kira agak sopan saya merasionalkan kenapa perkara ini seharusnya dijauhkan. Hati sedih... kerana yang memerlukan itu adalah sama warna kulit dengan saya dan saya kira ugamanya juga mungkin sama dengan ugama saya.Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata..kerana tidak dapat tidur maka saya bangkit meluahkan di sini.Ya Allah selamatkanlah sahabat-sahabat dari terjerumus dengan keasyikkan dunia yang cuma mementingkan kebendaan sehingga engkau dilupakan dan tidak lagi ambil peduli kepada keupayaan dan kekuasaan engkau.Lindungilah kami semua dari azab dan ujian engkau.

Kepada sahabat-sahabat hayati lah beberapa coretan yang sempat saya kumpulkan untuk panduan....selepas ini...




HUKUM JENAYAH


1.0 Dalam bahagian-bahagian yang telah lepas diterangkan hukum-hukum mengenai jualbeli, nikah kahwin dan talaq. Dalam bahagian yang keempat ini akan diterangkan hukum jenayah.

1.1 Definasi

Hukum jenayah, dalam bahasa Inggeris disebut Criminal Law dan dalam bahasa Indonesia di sebut Hukum Pidana.

Yang dikehendaki dengan kata jenayah mengikut hukum syarak ialah tiap-tiap perbuatan yang haram kerana merbahaya terhadap ugama, jiwa raga, akal fikiran, kehormatan atau harta benda.

1.2 Bahagian Jenayah

Mengikut sarjana-sarjana fiqah, kesalahan-kesalahan ini terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud.

2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan qisas.


Dalam buku ini hanya akan diperkatakan beberapa kesalahan bahagian yang pertama saja iaitu hukum beberapa kesalahan yang dikehendaki oleh Sukatan Pelajaranl Syariah bagi kursus Sijil Tinggi Persekolahan yang hanya meliputi kesalahan-kesalahan zina dan seumpamanya dan minum arak sahaja. Hukum kesalahan-kesalahan yang lain dan hukum qisas tidak akan disinggung.

Kesalahan-kesalahan Hudud


1.3 Definasi

“Hudud” kata jamak. Mufradnya “had” erti asalnya ialah : sesuatu yang membatasi antara dua perkara. Kata Arab (had) inilah juga yang telah terpakai dalam bahasa Malaysia dengan erti :

1. Batas, perenggan : kesabaran manusia ada hadnya ; kain disingsingnya had lutut ; had laju yang ditetapkan 35 batu sejam.

2. Hingga sampai, takat : boleh masuk had serambi sahaja ; had itulah yang terbaca oleh saya. Berhad ertinya berbatas, berhingga : kekuasaan Tuhan tidak berhad ; syarikat berhad : syarikat yang tanggungannya terbatas kepada modal dan hartanya sahaja.

Menurut hukum syarak ialah : hukuman yang tertentu, wajib dikenakan ke atas orang yang melanggar larangan-larangan yang tertentu.


1.4 Kesalahan-kesalahan Hudud

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud ialah : zina, minum arak, mencuri, merompak, qazaf, murtad, bughah dan lain-lain.

Ke atas siapa-siapa yang melakukan sebarang kesalahan yang tersebut di atas, dikenakan hukuman had.


Hukum Zina


1.5 Definasi

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang sah.

Melakukan zina berdosa besar. Perbuatan zina amat kotor dan keji. Firman Tuhan :

Ertinya :

Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu, keji dan sejahat-jahat jalan.

1.6 Jenis Penzina


Penzina ada dua jenis, iaitu :

1. Muhsan

2. Bukan Muhsan

1.7 Muhsan dan Hukumnya

Muhsan ialah orang yang telah pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah dengan memasukkan hasafah atau qadarnya ke dalam qabul.

Hukumnya wajib direjam dengan batu yang sederhana sampai mati.

1.8 Syarat-syaratnya

Syarat-syarat perzinaan muhsan ini ialah empat perkara, iaitu :


1. Baligh – kanak-kanak yang belum baligh tidak dikenakan hukuman


2. Berakal – orang-orang gila juga tidak dikenakan hukuman.


3. Merdeka – hamba abdi tidak termasuk golongan muhsan.


4. Tidak pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah – tidak dikenakan muhsan orang yang pernah bersetubuh, tetapi bukan dalam perkahwinan yang sah.

Orang-orang yang mempunyai keempat-empat syarat yang tersebut di atas sahajalah yang termasuk dalam golongan muhsan.

1.9 Bukan Muhsan

Bukan muhsan ialah orang-orang yang masih dara teruna. Hukumnya disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun ke tempat yang sejauh perjalanan sembahyang qasar, iaitu kira-kira enam puluh batu Inggeris, atau lebih jauh lagi. Dalilnya ialah :

1. Firman Tuhan :

Ertinya :

Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kedua-duanya didera, masing-masing seratus dera, janganlah kasihan belas terhadap kedua-duanya dalam menjalankan ugama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan dari orang-orang mukmin.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :

Gadis dengan teruna, didera seratus kali dan dibuang daerah selama setahun.

1.10 Hamba Allah

Hamba abdi yang berzina, dihukum setengah hukuman orang-orang merdeka, iaitu lima puluh sebat. Dalilnya firman Tuhan :

Ertinya :

Jika hamba perempuan itu bersuami, tetapi ia berbuat jahat juga, maka ke atas mereka itu setengah seksaan perempuan yang merdeka.

Demikianlah hukum yang dikenakan ke atas hamba lelaki dan perempuan yang berzina, iaitu 50 kali sebat. Adapun berkenaan hukum buang daerah bagi hamba abdi; terdapat perselisihan pendapat ulama seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan setengah tahun

2. Ada yang mengatakan setahun

3. Ada yang mengatakan tidak dikenakan hukum dibuang daerah

1.11 Sabit Perzinaan

Sabit perbuatan zina dengan dua perkara, iaitu :

1. Dengan pengakuan diri sendiri, bahawa dia telah melakukan zina.

2. Dengan disaksikan oleh empat orang lelaki yang benar-benar dan terang-terang melihat perbuatan zina itu telah berlaku.

BAB II

L I W A T

2.0 Dalam bab yang telah lepas diterangkan hukum zina. Dalam bab ini akan diterangkan hukum liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang lain.

2.1 Hukum Liwat

Liwat ialah persetubuhan yang dilakukan dengan memasukkan zakar atau qadarnya ke dalam dubur lelaki atau perempuan yang bukan isteri sendiri. Perbuatan liwat adalah sangat kotor dan terkutuk. Dinamakan liwat kerana perbuatan keji ini dilakukan dengan berleluasa di zaman Nabi Lut. Kaum Nabi Lut sangat gemar melakukan perbuatan yang keji ini.


Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang mengutuk perbuatan liwat ini, ialah :

1. Firman Tuhan :
Ertinya :

Patutkah kamu mendatangi lelaki di antara isi alam. Dan kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ? Bahkan kamu kaun yang melampaui batas.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Apabila mendatangi lelaki akan lelaki, maka kedua-duanya penzina.


3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Barang siapa yang kamu dapatinya sedang melakukan perbuatan kaum Liwat, maka hendaklah kamu bunuh yang melakukan dan kena lakukan. Pada suatu riwayat”Maka hendaklah kamu rejamkan yang diatas dan yang di bawah.”


2.2 Hukum Perbuatan Liwat

Hukum yang dikenakan ke atas orang-orang yang melakukan liwat adalah seperti berikut:

1. Yang asahnya wajib direjam ke atas yang meliwat jika ia muhsan; disebat dan dibuang daerah jika bukan muhsan. Adapun yang kena liwat, wajib disebat dan dibuang daerah sama ada muhsan ataupun bukan muhsan.

2. Ada pula berpendapat yang mengatakan, dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan. Cara membunuhnya ialah dengan pedang ; ada yang mengatakan dengan direjam. Ada pula yang mengatakan diruntuhkan dinding ke atasnya atau dicampakkannya dari tempat yang tinggi hingga ia mati.

2.3 Liwat Terhadap Isteri

Jika melakukan liwat terhadap isteri sendiri atau hamba perempuan dengan berulang kali, hukumnya ditakzirkan. Jika tidak berulang kali, tidak dikenakan takzir.

2.4 Hukum Bercumbu-cumbuan (Romance)

Barang siapa bercumbu-cumbuan iaitu berlazat-lazatan selain daripada bersetubuh dengan perempuan yang bukan isterinya, seperti gisil menggisil di antara dua paha, berpeluk cium dan sebagainya, hukumnya ditakzirkan dengan sesuatu yang di pandang patut oleh pihak yang berkuasa seperti memukulnya, menamparnya, mempenjarakannya, mencorengkan mukanya atau sebagainya. Harus bagi pihak yang berkuasa mempelbagaikan hukuman-hukuman ini ke atasnya atau mengurangkannya. Dan tidak harus bagi pihak yang berkuasa mengenakan takzir itu sampai kepada minimal (serendah-rendah) had, yakni jika mengenakan takzir ke atas hamba abdi wajib dikurangkan daripada dua puluh kali pukul kerana dua puluh kali pukul adalah sekurang-kurang had bagi hamba; dan jika orang yang merdeka, wajib dikurangkan daripada empat puluh kali pukul kerana empat puluh kali pukul itu adalah minimal had bagi yang merdeka.

2.5 Berhubung Jenis Sesama Perempuan

Melakukan perhubungan jenis sesama perempuan juga haram. Pelaku-pelakunya itu wajib ditakzirkan. Dosanya sama dengan dosa berzina, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “

Ertinya :

Apabila perempuan mendatangi perempuan, maka kedua-duanya itu penzina.


2.6 Menyetubuhi Binatang

Menyetubuhi Binatang adalah haram. Siapa-siapa yang melakukannya berdosa besar. Terdapat perselisihan pendapat tentang hukum yang dikenakan ke atas pelakunya, iaitu seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan hukumnya sama dengan hukum berzina, iaitu direjam ke atas muhsan ; dan disebat dan dibuang daerah ke atas yang bukan muhsan.

2. Ada yang mengatakan wajib dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan berdasarkan sabd Rasulullah s.a.w. :


Ertinya :

Barang siapa mendatangi binatang, maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-samanya.

3. Ada yang mengatakan : hanya wajib ditakzirkan sahaja berdasarkan kepada perkataan Ibnu Abbas r.a. :

Ertinya :

Tidak dikenakan had ke atas orang yang mendatangi binatang.

Mengenai binatang yang dilakukan itu, terdapat perselisihan : yang asahnya tidak disembelihkan, ada yang mengatakan disembelihkan, jika binatang yang halal dimakan ; dan ada yang mengatakan disembelih sama ada binatang yang dimakan ataupun tidak.

BAB III

HUKUM MINUM ARAK

3.0 Dalam bab II telah diterangkan hukum perbuatan liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang lain. Dalam bab ini akan diterangkan hukuman minum arak.

3.1 Definasi

Khamr atau arak ialah segala minuman yang memabuk dan menghilangkan kewarasan akal fikiran orang-orang yang meminumnya, termasuklah segala jenis minuman keras walau dari apa jenis benda ianya diperbuatkan, sama ada banyak atau sedikit peratus campurannya seperti beer, whisky, brandi, gin, rum, wine, champagne, stout, todi dan lain-lain lagi.

3.2 Kemudian Arak

Meminum arak juga termasuk dalam golongan dosa besar. Islam melarang keras umatnya daripada meminum arak. Ianya bukan saja boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan tetapi juga dapat melemahkan akal fikiran. Hal ini bukan saja telah diakui oleh pakar-pakar perubatan tetapi juga oleh pakar-pakar ilmu kemasyarakatan, pakar-pakar ilmu jiwa dan lain-lain lagi.

Arak bukan saja haram di sisi Islam, tetapi juga haram mengikut ugama Kristian. Malah semua kitab Samawy melarang umat manusia daripada meminum arak.

Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menerangkan tentang arak ialah :

1. Firman Tuhan :
Ertinya :

Mereka itu menanyai engkau tentang arak dan judi. Katakanlah : pada kedua-duanya itu dosa besar, serta berguna bagi manusia. Tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada gunanya.

2. Firman Tuhan :

Ertinya :

Wahai orang-orang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keji daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat kemenangan.

3. Hadis :
Ertinya :

Arak itu, ibu segala kejahatan.

4. Hadis
Ertinya :

Arak itu ibu segala kekejian. Dan barang siapa meminum arak, ia meninggalkan sembahyang, dan menyetubuhi ibunya dan ibu-ibu saudaranya.

5. Hadis :
Ertinya :

Tiap-tiap yang memabukkan adalah arak dan tiap-tiap arak itu adalah haram.

6. Hadis



Ertinya:

Apa yang memabukkan banyaknya, pun sedikitnya haram.

3.3 Pengharaman Arak

Meminum arak hukumnya haram lagi berdosa besar. Pada permulaan Islam dahulu, arak belum lagi diharamkan. Pada masa itu masih ramai orang-orang yang meminumnya. Tetapi setelah berlaku akibat-akibat buruk dari meminum arak dan perjudian, orang-orang Islam bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kedua-duanya itu. Setelah itu turunlah ayat yang menerangkan tentang dosa kedua-duanya itu.

Kemudian turun pula ayat yang berbunyi :

Ertinya :

Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengerjakan sembahyang di kala kamu mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakana.


3.4 Tarikh Pengharaman

Tarikh awal pengharaman arak, terdapat perselisihan seperti berikut :

1. Ada yang mengatakan, diharamkan arak selepas peperangan Ahzab. Peperangan ini berlaku pada tahun kelima hijrah.

2. Ada yang mengatakan, diharamkan pada Peperangan Bani An-Nadir iaitu berlaku pada tahun keempat hijrah.

3. Ada yang mengatakan, pengharamannya ialah pada tahun Perjanjian Hudaibiah iaitu pada tahun keenam Hijrah.

4. Ada yang mengatakan pengharamannya ialah selepas Peperangan Uhud. Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.


3.5 Hukuman Ke Atas Peminum Arak


Barang siapa meminum arak atau sesuatu yang memabukkan seperti todi atau sebagainya, sama ada mabuk atau tidak, dikenakan hukuman seperti berikut :



1. Ke atas peminum yang merdeka wajib dihad sebanyak empat puluh kali sebat ; dan harus meningkat sampai lapan puluh kali sebat.



2. Ke atas hamba dihadkan sebanyak dua puluh kali sebat, malah harus sampai kepada empat puluh kali sebat sebagai takzir.


Hukuman ini berdasarkan kepada :



1. Hadis :

Ertinya :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah mendera peminum arak dengan dua pelepah tamar empat puluh kali.

2. Hadis

Ertinya :

Bahawa Umar r.a. menjadikannya delapan puluh kali.

3.6 Syarat-syarat Peminum Arak

Peminum-peminum yang dikenakan hukuman yang tersebut di atas, mestilah mempunyai syarat-syarat berikut :

1. Mukallaf – tidak dikenakan had ke atas kanak-kanak, orang-orang gila dan orang-orang yang dipaksa.

2. Mengetahui yang diminumnya itu arak. Tidak dikenakan hukuman ke atas orang yang tidak mengetahui bahawa yang diminumnya itu arak ; atau tidak mengetahuinya akan hukumnya kerana baru masuk Islam umpamanya.

3.7 Sabit Had

Sabit hukum had ke atas seseorang peminum itu dengan salah satu perkara berikut :

1. Dengan disaksikan oleh dua orang lelaki bahawa ia benar-benar telah meminum arak.

2. Dengan pengakuannya sendiri bahawa ia telah meminum arak.


Maka tidaklah dikenakan had dengan penyaksian seorang lelaki dan seorang perempuan dan tidak juga dengan seorang lelaki dan dua orang perempuan atau pun lebih. Begitu juga tidak dihadkan dengan sekadar kelihatan ia mabuk atau muntah-muntah atau berbau arak di mulutnya kerana kemungkinan ia dipaksa atau sebagainya.


3.8 Mengisap Gangga

Menghisap gangga, candu, hasyisyah atau sebagainya hukumnya haram kerana memabukkan dan mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan dan akal fikiran. Sebagaimana haram dihisap, begitu juga haram ditanam dan diperniagakan. Rasulullah bersabda :

Ertinya :

Tiap-tiap benda yang memabukkan itu arak, dan tiap-tiap arak itu haram.

Ibn Taimiah dalam kitabnya “As-Siasatusy Syariyah” berkata:

“Sesungguhnya hasyisyah itu haram, dihukum liad ke atas orang-orang yang menggunakannya sebagaimana dihad peminum arak, ia lebih buruk daripada arak dari segi ianya merosakkan akal dan tabiat badan ………………”


3.9 Berubat Dengan Arak

Di zaman jahiliyah orang-orang berubat dengan menggunakan arak. Tetapi setelah datang Islam, car ayang demikian telah dilarang dan mengharamkannya.

Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud dan At-Turmuzi meriwayatkan daripada Tariq bin Suaid al-Jaafi bahawa ia bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai arak maka ia menegahnya daripada menggunakannya, lalu ia berkata :

“Sesungguhnya saya membuatnya untuk perubatan”, maka katanya: “Sesungguhnya dia bukan ubat, tetapi penyakit”.

Dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Ad Dardak, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menurunan penyakit dan ubat, maka ia jadikan bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya. Maka berubatlah kamu, dan jangan berubat dengan benda-benda haram.”
Akhirnya turunlah ayat pengharaman arak, iaitu :

Ertinya :

Wahai orang-orang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keni daripada pekerjaan syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat kemenangan.

Sesungguhnya syaitan itu menghendaki kamu bermusuh-musuhan dan berbenci-bencian sesama kamu kerana arak dan berjudi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang. Adakah kamu akan berhenti daripada yang demikian.

sumber:www.geocities.com/kmbedu/hukumjenayah.html



Share/Bookmark

0 comments: