5:37 PM

Pilu


Rabu dan kelmarin sabtu,mendapat perkhabaran dua kawan seperjuangan diuji dengan sakit.Seorang sakit jantung.Setelah berulang kali keluar masuk hospital akhirnya menjalani pembedahan pintasan jantung.Agak malang selepas pembedahan terdapat kesan sampingan yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan sekarang terlantar dengan tiada upaya lagi untuk bergerak hatta bercakap pun rasa susah.Badan sudah mula sembab sana sini.Aku turut menziarahi beliau walau pun belia masih mengenali kawan-kawan yang datang,namun aku sebenarnya risau melihat keadaan kawan ini.

Seorang lagi yang usia agak lanjut berbanding dengan aku juga sudah mula sakit sebaik sahaja pencen.Dikhabarkan sekarang sedang mendapat rawatan di hospital.Dari cerita yang didengar penyakit nya juga agak serius.Dengan ada penyakit tiga serangkai ditambah lagi katanya melibatkan hati aku juga takut dan bersedih dengan ujian ini...


Kepada dua sahabat ku ini aku berdoa semuga kalian pulih dan dipanjangkan umur.Kuatkan semangat kalian demi sesungguhnya ujian adalah untuk memberikan kita nikmat samada nikmat sesudah sihat mahu pun ganjaran pahala di akhirat hasil dari kesabaran dan reda dengan ujian tuhan.Percayalah semua makhluk ditakdirkan dengan ketentuan masing-masing.Kepada yang masih sihat perbanyakkan muhasabah diri.Sesungguhnya kita akan sentiasa merasa diri selamat dan tidak mungkin akan menghadapi sebarang bala,sedangkan itu merupakan angan-angan yang dipupuk bersama dengan syaitan dengan tujuan untuk melalaikan kita semua.

Kalau itulah yang ada di sanubari kita,maka bangkitlah!! pulihkan kepercayaan itu dengan berada di alam nyata.Ternyata itu semua khayalan sahaja.Matikanlah ego kita semua.Perhatikanlah di mana mereka-meraka yang mengaku berkuasa sekaranga ini?di mana firaun,dimana Namruz,di mana raja-raja dan pemerintah dunia seluruhnya!!!,dimana orang-orang berharta, di mana mana orang-orang gedebe?

Cuba perhati kenapa kubur itu dipenuhi oleh nisan dan pusara.Kerana tempat itu telah disemadikan mereka-mereka yang mati!.Nah pernah anda lihat mereka-mereka yang disebut di atas tidak pernah mati?kalau tidak di mana mereka sekarang?Percayalah demi sesungguhnya bila sebut sahaja kita ini manusia dan bertaraf makhluk maka semua akan mati dan menerima pembalasan sewajarnya.Percaya atau tidak terpulanglah kepada pendirian masing-masing.Apa yang pasti mati itu mesti.!!!

Oleh itu pada kawan-kawan yang uzur tetapkan hati masing-masing.Jangan lupa diri dan kuatkan semangat.Jangan terheret oleh rasukan dan gangguan syaitan kerana itu memang perangainya.Kepada yang masih sihat jadikanlah itu sebagai tauladan untuk kita menguatkan azam dan semangat untuk kita lebih banyak berbuat kebaikan.Insayallah.



Share/Bookmark

0 comments: