"Kalki Avatar" bererti Pembimbing Agung.Manusia yang disebut sebagai Kalki Avatar ini ada disebut d idalam kitab suci Hindu.Mengikut analisa daripada Prof. Pandit Vedaprakash Upadhal seorang ilmuan yang berugama Hindu dari Universiti Alahabad, bahawa Kalki Avatar ini yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad saw.Mari bersama kita mengikuti pendapatnya di sini
Untuk yang gemar dan masih merokok hentikanlah...kalau tidak anda sebenarnya bagaikan B******G....tidak kenal erti halal dan haram....
"Baso Menantang"
Read more...
Ada Apa Haaaa?
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
2.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
sumber dari Azizi Abdullah blogspot
Mee segera yang selalu kita makan tu...
Read more...Peperiksaan SPM dan STPM akan bermula sesi peperiksaannya mulai esok (23/11/2010), dan kepada semua pelajar-pelajar yang mendudukinya selamat menempuh peperiksaan.Bersama memohon kepada Allah semoga dipermudahkan kefahaman dan diperkuatkan ingatan dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.Selamat semuanya InsyaAllah
Jangan Lupa Esok ....Bersama berdoa untuk kejayaan
Read more...Alhamdulillah,Eidul-Adha tahun 1431 telah sempat kita rayakan dengan melakukan amalan yang disuruh serta pohon Allah menerima segala apa yang telah kita lakukan itu sebagai ibadah yang diterima dan mendapat pahala serta ganjaran di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.
Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita kutip daripada ibadah yang kita lakukan dalam sambutan eidul adha ini.Selain daripada solat sunatnya apa yang menjadi lumrah dan tumpuan ialah ibadah korban itu sendiri.Sebagai mengikut pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang mematuhi perintah Allah untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s,maka kita hari ini turut sama berkorban dengan menyembelih binatang ternakan sebagai mengikuti sunnah tersebut.
Cuma persoalan timbul,apakah kita sebenarnya "berkorban" dalam erti kata sebenarnya atau cuma hanya mengikutnya hanya sebagai adat dan bukannya ibadah sebagaimana yang dituntut.
Kalaulah kita katakan apa yang kita lakukan itu ibadah, kenapa dalam melakukan "pengorbanan" kita itu kita masih mementingkan ganjaran serta keuntungan diri sendiri darpada mendapat ganjaran daripada kurniaan Allah?,contohnya dalam pembahagian daging korban itu kenapa tidak berlaku?diperhatikan banyak daripada kita selesai sahaja sembelihan masing-masing mengambil bahagaian dan menyimpan untuk makan sendiri malah ada cerita yang daging simpanan itu bertahan sampai setahun...
Para petugas sembelihan pula asik melakukan "curi-mencuri" tanpa mendapat keizinan tuan-tuanpunya binatang korban tadi.Kalau begini dimana duduknya kita dalam sambutan hari yang kita katakan hari untuk beribadah ini?.
Kepada para ustaz dan dai',pohonlah untuk mendidik tentang peri pentingnya akhlak yang baik dalam kehidupan.Jangan kita hanya menyeru dan mengesahkan kepada mereka tentang "kebaikan" tetapi cuma sebagai "cerita" untuk didengari sahaja tapi kita lupa untuk menyeru anggota masyarakat kita supaya diamalkan dalam kehidupan seharian agar ianya menjadi satu daripada gaya hidup seharian kita dan juga mereka.
Tiada gunanya pengorbanan kalau hanya sekadar sebutan tetapi tidak menjadi amalan.
Betul ke berkorban ni??....
Read more...Doaku semoga diperkenankan untuk berkunjung lagi.....
Melihat ini rinduku semakin menjadi-jadi
Read more...


