Alhamdulillah,Eidul-Adha tahun 1431 telah sempat kita rayakan dengan melakukan amalan yang disuruh serta pohon Allah menerima segala apa yang telah kita lakukan itu sebagai ibadah yang diterima dan mendapat pahala serta ganjaran di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.
Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita kutip daripada ibadah yang kita lakukan dalam sambutan eidul adha ini.Selain daripada solat sunatnya apa yang menjadi lumrah dan tumpuan ialah ibadah korban itu sendiri.Sebagai mengikut pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang mematuhi perintah Allah untuk menyembelih anaknya nabi Ismail a.s,maka kita hari ini turut sama berkorban dengan menyembelih binatang ternakan sebagai mengikuti sunnah tersebut.
Cuma persoalan timbul,apakah kita sebenarnya "berkorban" dalam erti kata sebenarnya atau cuma hanya mengikutnya hanya sebagai adat dan bukannya ibadah sebagaimana yang dituntut.
Kalaulah kita katakan apa yang kita lakukan itu ibadah, kenapa dalam melakukan "pengorbanan" kita itu kita masih mementingkan ganjaran serta keuntungan diri sendiri darpada mendapat ganjaran daripada kurniaan Allah?,contohnya dalam pembahagian daging korban itu kenapa tidak berlaku?diperhatikan banyak daripada kita selesai sahaja sembelihan masing-masing mengambil bahagaian dan menyimpan untuk makan sendiri malah ada cerita yang daging simpanan itu bertahan sampai setahun...
Para petugas sembelihan pula asik melakukan "curi-mencuri" tanpa mendapat keizinan tuan-tuanpunya binatang korban tadi.Kalau begini dimana duduknya kita dalam sambutan hari yang kita katakan hari untuk beribadah ini?.
Kepada para ustaz dan dai',pohonlah untuk mendidik tentang peri pentingnya akhlak yang baik dalam kehidupan.Jangan kita hanya menyeru dan mengesahkan kepada mereka tentang "kebaikan" tetapi cuma sebagai "cerita" untuk didengari sahaja tapi kita lupa untuk menyeru anggota masyarakat kita supaya diamalkan dalam kehidupan seharian agar ianya menjadi satu daripada gaya hidup seharian kita dan juga mereka.
Tiada gunanya pengorbanan kalau hanya sekadar sebutan tetapi tidak menjadi amalan.
9:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment