7:04 AM

Besar sungguh!!!

Hari ini sempat mengunjungi pameran pertanian di Kota Bharu Kelantan.Dengan tema "pertanian satu ibadah"ianya sesuatu yang mengujakan.Di antara yang menarik ialah pameran haiwan ternakan.Salah satunya seekor lembu yang beratnya 850kg dengan tanda harga RM11000.Agak-agaknya kalaulah di sembelih dan dijual dagingnya dapat untung ke tidak?,dan agaknya kalaulah dijual di warung-warung daging di tepi jalan ,berapa warung yang dapat diagihkan ye..bagi saya yang tidak mahir pasal berniaga daging ni rasanya kalau beli untuk berniaga nampaknya tidak sangguplah tetapi kalau untuk kenduri rasanya bolehlah....











Share/Bookmark

Read more...

2:47 AM

Kawasan Rusa

Melalui lebuhraya Gerik(Perak) - Kupang (Kedah) agak mengasyikkan.Ini kerana di laluan ini dikatakan masih terdapat rusa liar yang lepas bebas di sekitarnya.Papan tanda peringatan yang diletakkan di tepi lebuhraya tersebut oleh pihak yang berkuasa mengesahkan kewududan haiwan tersebut di sini.Anda berminat dengannnya silalah ke sana..!!





Lebuhraya Gerik - Kupang


Lebuhraya Gerik -Butterworth












Share/Bookmark Read more...

6:12 PM

Pulau Pinang







Minggu ini akhir April 2010 ada tugasan di Pulau Pinang.Kebetulan hari ketibaan adalah pada hari mengundi bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor yang berkeputusan dengan kemenangan bagi BN.Terkenang bahawa calon di Hulu Selangor di menangkan oleh Melayu tetapi di Pulau ini dia menang atas kapasiti kekuatan bangsanya sendiri....alahai bangsa ku..





Share/Bookmark

Read more...

5:57 PM

Ringgit dulu dan Ringgit sekarang

Semalam pergi pasar untuk dapatkan bekalan mingguan.walaupun selalu ke pasar tetapi kali ini terimbau kisah lama semasa muda remaja dimana masa itu kalau kita berbelanja rasanya 10 ringgit sudah cukup untuk seminggu makan keluarga,tetapi sekarang nampaknya RM200 belum tentu cukup untuk satu minggu bakan keluarga.Kata Pak cik yang berniaga tu barang sekarang bukannya mahal, harganya tetap sama sebagaimana dulu-dulu juga tetapi nilai duit kita yang murah sebenarnya.Logiknya ada sebabnya dulu-dulu kuih muih tu 10 sen mungkin dapat 5 atau sepuluh,tetapi sekarang ni 1 ringgit kadang-kadang dapat 1 sahaja kuih,betul juga kata orang yang duit kita sekarang ini sudah jadi macam duit Jepun satu masa dulu...tak menyesal ke berangan nak jadi negara maju...?































gambar hiasan

Share/Bookmark Read more...

7:22 AM

Anda bangga ke jadi melayu ?

Sebagai orang melayu,apa perasaan anda sekarang ini?,anda bangga menjadi melayu?!! atau anda malu untuk mengaku diri anda sebagai melayu.Melihat realiti sebenar yang berlaku di kalangan melayu sekarang ini kadang-kadang terasa juga malunya nak mengaku diri ini sebagai melayu,apa tidaknya,dalam menilai-nilai komponen bangsa yang ada di Malaysia ini nampaknya Melayulah yang terkebelakang sekali dari segi kelemahan sikap dan jatidirinya.

Melayu teramat lemah dari segi sensitivitinya.Merompaklah,mengatalah,kutuklah atau buat apa sahaja kepada Melayu,cuma yang marah atau tersentuh sensitivitinya adalah melayu yang kena itu sahajalah,tetapi melayu lain tidak akan memberi apa-apa respon pun terhadap apa juga yang berlaku kepada melayu lain.Dengan kata lain orang melayu ini tidak akan terganggu mindanya kalau "poketnya" tidak diganggu,tetapi kalau ganggu poketnya"maka akan mengamuklah dia,itupun dia sahaja yang akan mengamuk keseorangan.

Itulah diantara sikap Melayu yang kita lihat dan berlaku masa kini.Tidak usah ceritalah tentang perangai lain orang melayu ,nescaya kita lagi malu untuk mengaku kita ini sebagai melayu.Marilah bersama berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Melayu-melayu ini daripada kehinaan yang semakin menyerlah kini.Apakah kata-kata Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia ini" hanya sekadar retorik untuk melekakan melayu supaya sentiasa mengalah dan terus mengalah sehingga lenyap melayu dalam keadaan layu dan terus layu.Alahai melayu!!!.



Gambar hiasan




Share/Bookmark Read more...

3:26 AM

Pinggiran Kuantan


Pemandangan Pinggiran sungai Bandar Kuantan Pahang Darul Makmur
Rabu 21/04/2010









Share/Bookmark Read more...

4:19 AM

Agaknya ini lah kesannya

Di negara kita ini dah banyak saluran TV yang disediakan.Saluran-saluran TV ini menyediakan pelbagai program untuk tatapan masyarakat.Namun begitu diperhatikan majoritinya adalah dalam bentuk telenovella yang menghidangkan kisah-kisah yang berbentuk cinta dan perasaan.Dalam apa bahasa sekalipun Indonesia,Filipina,Mexico dan sebagainya semuanya berbentuk cinta dan perasaan.Maka itulah agaknya kesan yang kita lihat sekarang ini berlaku begitu banyak sekali gejala sumbang yang berlaku.Di kalangan muda remaja,dewasa malah yang tua bangka pun terpalit sama.Saban hari ada sahaja kes khalwat dan sumbang mahram yang berlaku.Apakah ini realiti ikutan daripada kisah-kisah yang dipaparkan melalui program-program tersebut...bersama kita fikirkan.

TV3 logo The sixth RTM logo used from 2004 - present Tv9logo.jpg




File:EscravaIsaura.jpg
gambar hiasan




Share/Bookmark Read more...