11:19 PM

khutbah Jumaat yang.....

Hari ini sempat menunaikan solat jumaat di kampung.Kerana kesibukan urusan dunia maka sudah lama saya tidak bersolat di sini.Alhamdulillah sempena cuti hari ini dapatlah berkunjung ke kampung halaman untuk permulaan tahun 2010 ini.

Fardu jumaat kali ini diimamkan oleh imam yang agak muda dan kira umurnya pangkat adiklah dengan saya.Mesej yang ingin disampaikan ialah tetang kepentingan belajar dan mencari ilmu.Saya yakin khutbah ini ditulis khusus sempena pembukaan penggal pertama persekolahan untuk tahun 2010 yang bakal menjelang pada hari ahad di negeri Pantai Timur dan isnin bagi negeri di pantai barat.

Isi kandungan serta mesej yang ingin disampaikan adalah amat baik,cumanya cara penulisan khutbah tersebut pada saya tidak mencapai piawaian sebenar bersesuaian dengan pendengar yang rata-rata orang kampung yang pada saya bahasa serta penggunaan istilah dalam khutbah itu tidak akan difahami oleh mereka.Pada saya kalau masjid di Putrajaya khutbah itu adalah sesuai,tetapi kalau di kampung saya ini saya rasa jauh daripada sesuai.Maaf bukan untuk merendahkan tahap pemahaman orang kampung yang saya cintai ini tetapi itulah hakikatnya.Malah imam yang membaca pun tersangkut-sangkut dengan istilah-istilah orang putih tersebut.Cuba anda bayangkan sudahlah istilah orang putih,dimelayukan dan dijawikan pula,kesian Pak imam...

Untuk panel penulis khutbah di pejabat-pejabat ugama pohon fahamilah situasi ini.Saya tahu anda semua adalah orang terpelajar
dan memegang ijazah malah ijazah lanjutan dan mungkin pemegang status doktor falasafah,tetapi kalau anda berfikir semua orang macam anda maka anda silap.Oleh itu fahamilah situasi dan saya yakin jika itu yang anda amalkan maka mesej yang ingin anda sampaikan akan sampai dan difahami serta kesannya adalah baik sekali,ayuh bersama positifkan diri anda demi kebaikan bersama.





Share/Bookmark

Read more...

5:16 PM

Munajat tahun baharu 2010

http://nustaffsite.gunadarma.ac.id/blog/viyan/files/2008/11/doa.jpg







Ya Allah,sempena tahun 2010 ini kami ingin mengadu kepadaMu bahawa kini kami berada dalam kesempitan.Jenayah menjadi-jadi di mana-mana sahaja hatta di rumah-rumahMu ya Allah.Para pimpinan kami asyik bertelagah dan menampakkan mereka melupaiMu dalam setiap tindakan masing-masing.Kata-kata atau janji pemimpin kami sekarang ini jarang boleh dipegang jika berjanji,mereka seolah-olah menganggap kami ini sebagai sampah dan tidak bernilai apa-apa.Janji untuk menolong rakyat dengan slogan-slogan retorik yang sangat mengujakan cuma tinggal slogan sahaja.

Ya Allah ya Rabbuna,harga barang-barang keperluan kami naik hari demi hari.Tiada tempat lain untuk kami mengadu cuma hanya pada Mu ya Allah.Rezki pendapatan kami tidak seberapa,untuk tahun-tahun baharu mendatang ini kami jangka akan lebih perit lagi dengan bebanan cukai,tol dan lain-lain bil yang terpaksa kami tanggung yang sudah tentunya akan naik.

Ya Allah Ya Rabbuna,Kebajikan kami kini sudah banyak yang terabai.Anak-anak belajar kalau tiada duit maka akan ketinggalanlah kami.Para pimpinan semacam tidak peduli kami.Peluang belajar hanya untuk yang cemerlang sahaja sedangkan kecemerlangan itu adalah sesuatu yang sulit untuk dinilai.Kalau bilangan A yang banyak sahaja yang diambil kira maka di mana anak-anak yang kurang banyak A itu hendak pergi.Kami takut mereka-mereka ini nanti akan menjadi penjenayah atau pengkhianat yang akan merosakkan masyarakat kami nanti,sedangkan kini polis seolah-seolah tidak termampu membendung gejala yang sedang berleluasa.

Ya Allah Ya Rabbuna,Pimpinlah kami bantulah kami,anugerahkan kepada kami para pemimpin yang berakhlak mulia dan patuh kepada titah perentahMu.Jauhilah kami daripada dipimpin oleh mereka-mereka yang pembohong,munafik dan perasuah.Demi sesungguhnya kami takut tidak mendapat keberkatan daripadaMu hasil daripada dipimpin oleh mereka yang zalim.

Ya Allah Ya Rabbuna,Limpahilah kami dengan segala kerahmatanMU dan jadikanlah kami hamba yang mendapat keberkatan serta petunjuk serta kekalkanlah kami dalam Iman selamanya dunia dan akhirat.Lindungilah kami daripada melakukan kezaliman dan munafik serta lindungilah juga kami daripada dizalimi serta hancurkanlah mereka-mereka yang zalim serta membohongi rakyat jelata dengan kuasa yang ada.

Ya Allah Ya Rabbuna,Berikanlah kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat juga kebaikan.Kami pohon pada Mu ya Allah kerana tiada lagi yang lain untuk kami mengadu kecuali MU Ya Allah..Amin











Share/Bookmark Read more...

5:37 AM

Gula memang bawa penyakit...tetapi








Awal pagi 1 januari 2010 harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen.Itu keputusan kerajaan yang memerintah kini.Alasannya kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi untuk subsidi gula .Harga roti putih juga tidak lagi dikawal sebagaimana sebelum ini.Ini bermakna pengguna akan membayar dengan nilai yang lebih untuk mendapatkan gula dan roti berbanding dengan harga sebelum ini.Sumber di sini

Memang gula tidak baik untuk kesihatan. Walaupun merbahaya untuk kesihatan kita dapati masih ramai yang menggunakanya.Pendek kata dalam kehidupan ini kalau tiada gula maka tidak cerialah kehidupan kerana ianya adalah bahan yang berfungsi untuk menyelerakan kita dari aspek pemakanan.Itu fakta.

Saya boleh bersetuju dengan pengumuman ini dengan alasan yang diberi, tetapi saya tidak boleh bersetuju dengan pengumuman ini kerana ianya bercanggah dengan kenyataan kerajaan sebelum ini yang berjanji harga gula tidak akan dinaikkan.Jarak masanya janji itu bukan setahun atau dua tahun malah bukan berbulan pun tetapi cuma beberapa minggu sahaja janji itu diungkapkan.Kita kecewa dengan sikap ini.Dari segi persepsinya kerajaan seolah-olah menggangap rakyat jelata ini jenis yang boleh dipermainkan.Buatlah apa sahaja pun namun mereka akan menerimanya.Itulah realiti yang seharusnya kita hadapi sekarang ini.Kita sebagai rakyat seolah-olah tiada sebarang aura yang boleh menimbulkan rasa simpati oleh pihak-pihak yang sepatutnya perihatin dengan keadaan serta permasalahan kita.Sekarang mulai terasa sebagai rakyat berhargakah kita ini!!!?.










Share/Bookmark Read more...

8:37 PM

Selamat bersara untuk Sdr Zakaria


Hari ini hari terakhir bagi pembantu am rendah di pejabat saya.Beliau telah memilih untuk bersara secara pilihan setelah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dengan kerajaan,dan selepas ini beliau akan memulakan kehidupanya sebagai seorang yang bersara yang sudah tentu suasananya akan berlainan sama sekali dengan apa yang beliau tempuhi sebelum ini.

Pada saya beliau bukan sahaja sebagai kakitangan malah beliau juga sebagai sahabat, maka sudah tentu saya akan merasa "kehilangan" dengan ketiadaan beliau.Seorang yang penuh komitmen dan banyak membantu saya dalam tugasan harian.Selain "pendoa" tetap pejabat saya setiap pagi beliau juga adalah seorang yang tekun dalam kerja-kerja hariannya yang lain.Pada saya kerana "ini"lah juga yang mendorong beliau untuk bersara awal.

Sebagai sahabat saya doakan semoga sdr Zakaria akan memperolehi kesihatan yang baik sepanjang hayat serta dimurahkan rezki dan memperolehi kejayaan dalam semua bidang kehidupan ini.Teruskan perjuangan anda dan Selamat maju jaya untuk saudara Zakaria..









Share/Bookmark

Read more...

11:36 PM

Mid kawe tabik ko raja demo...

Di Johor Baharu jumpa kawan dari Kelantan.Kawan ni cakap sultan dia sekarang sudah lama ikut" sunnah nabi" jadi dia pun ada terasa juga tetapi takut tidak mampu katanya.Saya macam tidak percaya cerita itu,beliau berkali-kali mengesahkan bahawa itu bukan cerita rekaan.

Dalam melayari maya ini saya terjumpa ini dan ini, hanya kepada Allah saya berserah apakah benar atau tidaknya hanya Dia yang maha mengentahui.Apa pun kalau betul saya ucapkan tahniah dan kepada Tuan Hamid ayuh silakan!!!!.









Share/Bookmark

Read more...

8:03 AM

Johor Baharu yang banyak kenangan






Minggu ini meluangkan masa memenuhi undangan kawan lama di Johor Baharu.Berada di sini membuatkan aku terimbau kenangan lama yang amat terkesan kepada diri dan keluarga.Hampir 15 tahun bermastautin di sini,Memulakan hidup berkeluarga sehinggakan direzkikan dengan anak-anak juga di sini,mengemudi bahtera keluarga yang kini sudah menghampiri 30 tahun juga di sini, alangkah manisnya pengalaman itu....
Kini JB fizikalnya tidak lagi sebagaimana JB yang aku tinggalkan 10 tahun dulu.Berubah hampir seluruhnya.Sistem jalanraya sehinggalah kepada penempatnnya.Satu masa dulu tempat aku memikat burung ruak-ruak dan ayam hutan kini sudah tidak begitu lagi keadaanya.Kini tempat itu telah dibangunkan menjadi taman rekreasi untuk warga bandar ini.Sesuai dengan lokasinya di bandar maka dinamakan "hutan bandar".Dua hari di JB sempat menjengah ke hutan bandar.Meriah sekali nampaknya suasana yang sudah tentu menggembirakan warganya,tahniah untuk "perancang" JB ini semuga anda berjaya menjadikan ianya terbaik namun seboleh mungkin jauhkanlah daripada pembaziran...
Untuk Abang Saat dan Kak Asiah selamat menerima menantu dan untuk Tuan Hamid serta Puan Zainah terima kasih kerana melayan dan sudi membantu....








Share/Bookmark

Read more...

7:59 AM

Sakit tenat tapi tak mati-mati



Khamis,buat lawatan tapak, projek yang sudah lewat lebih daripada 200 hari.Buat masa ini dua ribu lebih sehari kena bayar kerana lewat.Projek ini dikira sakit ,bukan sakit main-main tetapi amat tenat tapi yang hairannya tak juga mati-mati.
Terfikir siapalah kontraktor projek ini.Nama memang terkenal tetapi kenapa semacam tidak mampu saja gayanya.
Berdozen lawatan pemantauan oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain namun masih juga begitu.Cuma yang paling menghairankan kenapa ianya tidak mati-mati walaupun dikatakan telah berpucuk surat penamatan kerja telah dikeluarkan(?).





Share/Bookmark

Read more...