Umur sudah lebih separuh abad,banyak pengalaman dan peristiwa yang dilalui,banyak juga watak dan wajah manusia yang dilihat,ada yang baik ada yang buruk dan ada yang teramat buruk,namun itu hanya merupakan sekadar peristiwa yang datang dan berlalu tanpa ada sesuatu yang mengujakan.
Tetapi peristiwa kali ini begitu mengujakan saya,tidak pernah berlaku sebelum ini,apabila seorang Sultan negeri bercakap tentang pahala untuk rakyatnya maka itu amat mengujakan.Saya begitu terharu dengan ungkapan Tuanku itu.Berkali-kali saya membaca berita itu,sahih baginda mengimpikan rakyatnya mendapat pahala dalam kehidupan ini.
Antara titah Baginda:
" Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya."
Tahniah rakyat Kelantan!!!
Wawancara penuh di sini

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.(Surah Ibrahim ayat 22)
Awas!! hindari dan jauhilah "kawan" seperti ini, bersama kita mohon perlindungi daripada Allah .
Antara "kawan" yang mengkhianati kawan
Read more...Setiap daripada kita mempunyai kawan atau sahabat.Dalam berkawan bermacam peristiwa yang kita alami dan lalui.Ada masa kita bertemu kawan yang setia dan boleh diharap,ada juga yang kita temui kawan hanya sekadar berbual dan meluahkan perasaan sahaja dan pelbagai lagi jenis kawan yang kita ada dan temui.
Dalam mencari pangkat dan kelebihan yang lain majoriti kawan meninggalkan kawan.Lebih dahsyat ada yang melobi dan membuat fitnah terhadap kawan supaya apa yang dihajatinya akan diperolehi dan kadang-kadang kawan ditinggalkan dengan kesepian.
Dalam politik pun begitu ada masa berkawan rapat ,tetapi dalam masa yang lain berpecah dan bergaduh.Namun begitu ada yang peliknya juga dalam politik ini,ada masa bermusuh dalam masa yang agak lama,kalau mengikut adatnya tidak akan berbaik dan berkawan sampai bila-bila tetapi dengan tidak dijangka-jangka boleh berkawan pula.
Sebenarnya dalam kehidupan ini terutamanya di masa kini jarang kita temui kawan yang betul-betul setia dan boleh diharap,hatta kita tengok kawan sejati dalam kehidupan seseorang yang kita panggil isteri itu pun tidak sejati jadinya.Ada yang bergaduh,ada yang menduakan suami,ada yang menderhaka dan sebagainya,kalaulah yang ada ikatan sejati itu pun tidak sejati maka apakah yang kita boleh harapkan daripada kawan-kawan biasa kita yang lain!!.
Kita kembali kepada panduan sejati yang Allah sediakan untuk kita.Itu sahaja penyelesaianya!!!.Berkawan atau bersahabat ini kalau tidak kita asaskan kepada taqwa maka sudah pasti akan berlaku perbalahan.Kita akan bertelingkah,bermusuh dan bergaduh sesama sendiri,cuma yang akan terselamat daripada cubaan tersebut hanyalah mereka yang berkawan atas dasar taqwa dan sentiasa bertaqwa dalam kehidupanya.Bersolat dan menjauhi larangan Allah dan beramal dengan suruhanNya sahajalah yang dapat menyelamatkan kita dalam setiap persahabatan.Oleh itu mulakanlah dari sekarang,kalau sudah "terlanjur" kita sebenarnya kita masih ada masa,ubahlah sekarang kerana dengan mengubahnya kita akan mendapat kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan ini.
Bersahabat: betulkan caranya...
Read more...Selalunya bila kita berada dalam kelompok yang sama maka kita agak jahil tentang kelompok-kelompok yang lain,lalu kita beranggapan bahawa kelompok lain itu semacam kelompok kita juga.Itu adalah satu tanggapan yang lumrah,kita jarang melangkau sempadan untuk mengenali kelompok-kelompok lain yang agak berjauhan atau di luar kelompok kita.
Kita lihat" kelompok surau" contohnya,mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang baik dan bersopan santun.Tidak timbul keraguan tentang sifat serta perangai mereka,cuma kalau ada yang agak songsang itu merupakan lumrah yang tidak menjejaskan penampilan dan personaliti mereka.
Kita lihat banyak di kalangan kelompok-kelompok ini begitu taksub atau fanatik dengan kelompok masing-masing.Sebab itulah mereka jarang berinteraksi dengan kelompok atau golongan di luar kelompok masing-masing.
Melihat kepada potensi "penyampai" atau pendakwah gejala ini agak merugikan,contohnya bagi kelompok surau,mereka sebenarnya tidak tahu bahawa khalayak yang berada di luar kelompok mereka itu "rosak"dan agak susah untuk diperbetulkan.Mereka seolah-olah syok sendiri dengan apa yang dilalui oleh mereka.Ini disebabkan mereka berinteraksi hanya di kalangan mereka sahaja.Bertazkirah,berceramah dan sebagainya hanya di surau dan masjid yang sudah pasti para pengunjungnya adalah yang "bersih",namun bagaimana dengan selain daripadanya yang berada di luar sana.
Kepada kelompok ini kena berubah!!,demi untuk mengamankan masyarakat semua kita kena berperanan.Keluarlah daripada kepompong itu,keluar itu bukan bermakna kita meninggalkanya tetapi kita jadikan kelompok asal kita itu sebagai pengkalan untuk bergerak,jangan jumud di situ.Di luar sana masih banyak yang perlu kita perbetulkan,jangan syok sendiri ayuh mulakan..!!
Orang surau jangan syok sendiri!!!
Read more...Anda ada menyimpan barang lusuh?saya percaya ramai diantara kita yang berbuat demikian.Untuk apa kita simpan barang tersebut? selalunya kira merasa "sayang" kepadanya menyebabkan kita menyimpannya walaupun ianya menyusahkan kita.
Lumrah kalau kita membaiki kereta maka alat ganti lama dikembalikan kepada kita dan seterusnya kita akan bawa balik dan simpan.Kita kadang-kadang menyisih dan menyusun alat-alat atau apa sahaja dirumah kita,namun sedikit sahaja yang kita buang dan yang selebihnya disimpan kerana "sayang"nya kita kepada barang tersebut
Kadang-kadang puluhan tahun kita menyimpan,bagi yang selalu berpindah barang lusuh tadi kita arak ke hulu dan ke hilir bersama-sama kita pindah.Untuk apa kita menyimpan kita sendiri pun tidak pasti.Namun apa yang pasti kita selalu membawanya bersama kita walaupun tidak pernah sekalipun kita menggunakanya atau kita mengambil munafaat daripadanya.
Di pejabat-pejabat sekarang ini diarahkan untuk membudayakan 5S dalam membudayakan kekemasan dan mencantikkan pejabat.Di rumah juga sepatutnya begitu!.
Rupanya selama ini kita memenuhi minda kita untuk berfikir dengan perkara yang tidak wajar.Kita seolah-olah "bercermat" tetapi kita sebenarnya tidak membudayakan kebersihan dalam hidup kita.Sampah di bengkel kereta kita bawa balik simpan dirumah,peralatan dapur yang rosak dan tidak berguna lagi kita simpan dan menjadi "sampah" dirumah kita.Begitulah berbagai lagi barang yang lama dan lusuh itu menjadi beban kepada kita.Oleh itu ayuh bersama berubahlah,tinggalkan pemikiran yang kita bawa selama ini kerana ianya tidak menguntungkan kita dan dalam sesetengah hal ia menyusah dan membebankan kita dari segi pemikiran mahupun kewangan.
Kita sayang kepada apa yang tidak perlu kita sayang..
Read more...Tarikh 6 Mei 2011 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak pelajar lepasan SPM 2010.Kalau pada akhir Mac lalu mereka tertunggu-tunggu dengan keputusan SPM masing-masing kini keputusan penempatan mereka ke IPTA telah pun dikeluarkan.
Bagi yang berjaya mendapat tempat , kegembiraan terbayang di wajah masing-masing.Tahniah diucapkan semoga anak-anak diberi Allah kurniaan untuk terus menghadapi pembelajaran dalam suasana yang mudah dan berkesan.Bersama kita pohon agar Allah mengurniakan kita dengan mudah kefahaman dan kuat ingatan dalam setiap detik kehidupan kita.Berdoalah juga agar kita menjadi orang mendapat ilmu yang bermunafaat dan boleh dimunafaatkan oleh diri dan orang lain.Semoga ianya menjadi bekal untuk kehidupan di akhirat nanti.
Kepada yang tidak berjaya,percayalah ini bukan kesudahan kerana ketentuan tuhan adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kita.Allah maha pengasih dan maha penyayang.Dia adalah segala-galanya.Hikmat di sebalik peristiwa ini tidak dapat kita teka kerana Dia amat mengentahui.Kita tiada daya dan upaya,cuma apa yang kita boleh lakukan setelah berusaha adalah berdoa mengharapkan anugerah yang terbaik untuk diri kita.Oleh itu jangan kecewa teruskan perjuangan anda dan ingatlah Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.KepadaNyalah sahaja kita berserah..
Tahniah anak-anak...
Read more...Hujung minggu berkunjung ke utara menghadiri satu program.Memandu di lebuhraya utara selatan agak memenatkan walaupun ianya tidak banyak mengunakan "skill" untuk memandu.
Gelagat para pemandu agak mengasyikkan dan jika kita berfikir secara positif rupanya ia adalah satu "muhasabah" yang baik untuk kita terapkan dalam kehidupan kita.
Kita perhatikan betapa semangatnya kenderaan yang "berumur" untuk turut sama "berlumba" kadang-kadang terkeluar asap berkepul-kepul di ekzos masing-masing,namun tidak dihiraukan oleh "tuan" masing-masing.Nampaknya lagi berumur lagi kuat tenaganya diperah untuk bertanding dengan kereta-kereta baru yang saya percaya tidak perlu mengunakan banyak tenaga untuk meluncur laju.
Nampaknya begitulah "kita" di alam realiti ini,umur sudah melangkau separuh abad atau lebih namun kita masih "memecut"untuk terus "laju",kadang semacam tidak pernah terfikir bahawa kita ini sebenarnya sudah lagi tidak "mampu" untuk laju sebenarnya tetapi kerana nafsu atau semangat "muda" yang tidak pernah hilang daripada kita selagi kita bernama manusia maka kita memecut dan terus memecut tanpa menghiraukan siapa dan ke arah mana tujuan kita sebenarnya.
Saya percaya "memecutnya" kita bukan kerana untuk menuju destinasi sangat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati muda kita.Kita rasa bangga kalau kita dapat memotong kereta lain,lebih-lebih lagi kereta yang kita potong itu baharu malah kuasa kudanya lebih besar.Itulah sebabnya keluar asap biru pun kita masih memecut tanpa memikirkan minyak hitam akan kering,enjin akan jadi panas serta risiko enjin akan rosak dan akan mati.
Apakah kita pernah terfikir begitu dalam hidup ini?,kalau ada maka mungkin kita akan dapat mencari sesuatu yang baik dan berguna untuk kehidupan kita di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat,tetapi kalau tiada maka kita sebenarnya akan terus-terusan hanyut bersama hanyutnya impian kita.Oleh itu kembalilah ke alam realiti sebenarnya supaya kita akan selamat dan berbahagia.
Semangat lebuhraya...
Read more...
