Minggu ini pergi ke pejabat Zakat.Tujuannya nak tanya samada boleh dapat bantuan untuk anak-anak yang belajar.Rasanya merela layak dan termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat.Pegawai berkenaan mengakui mereka layak,tetapi permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana kad pengenalannya tidak menunjukkan anak-anak pelajar tersebut bukannya lahir di negeri berkenaan.Pernyataan bahawa mereka sudah bermastautin melebihi 10 tahun tidak dapat diterima dan permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan..
Di atas satu senario yang memang realiti yang berlaku di kesemua pejabat-pejabat zakat di seluruh negara kini.Kenapa apabila menerima zakat tidak pernah di tanya I/C saudara no berapa?kod negeri kelahirannya berapa? terus sahaja diterima tanpa soal,sedangkan apabila asnaf memohon maka persoalan I/C dan lahir di mana itu diungkitkan?Pelik..
Harta zakat banyak.Para pegawai zakat bangga mereka berjaya mengutip zakat dengan amaun yang berganda setiap tahun.Namun ke mana ianya di salurkan.Adakah asnaf yang sepatutnya menerima zakat menerima sebagaimana sepatutnya.Dengan gambaran sebagaimana di atas saya percaya sebab itulah ramai di kalangan asnaf yang sepatutnya boleh membebaskan diri dari musibah kemiskinan tidak dapat berbuat demikian.Tidak dinafikan ada yang menerima bantuan,namun ianya adalah tidak menyeluruh.Para pentadbir lebih berminat dan menjurus kepada membina bangunan-bangunan atau apa sahaja dengan alasan untuk membuat pelaburan.Tidak juga dinafikan langkah itu juga membawa kebaikan,namun ianya biarlah setimpal dan bersesuaian dengan syariat islam yang sebenar.Melabur tetapi kita mengenepikan beberapa asnaf yang sepatutnya menerima bahagian mereka dengan alasan yang tidak begitu islam adalah sesuatu yang malang dan mendukacitakan.
Dalam keghairahan kita memberi bantuan zakat pula,contohnya di Mesir ada pegawai zakat sebuah negeri mengenakan syarat-syarat yang berlebihan dan menyusahkan serta melambat-lambatkan kepada para penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar.Mengikut apa yang dimaklumatkan amaun yang sepatutnya diterima tidak sama dengan apa yang telah diluluskan.Malang sekali kalau betul berita ini..
Sebagai pemerhati,kita rayulah kepada pembuat-pembuat polisi berkait zakat ini permudahkanlah,tiada ruginya kita kerana zakat itu adalah pemberian Allah untuk makhluknya yang layak melalui tangan-tangan mereka-mereka yang beriman yang percaya bahawa Zakat itu adalah penyubur kepada rezki serta harta yang telah dikurniakan kepada mereka.Kenapa kita menyusahkan?apakah anda yakin keberkatan itu dari tangan /kuasa anda atau dari Allah sebenarnya...ikhlaslah nescaya keberkatan itu bermula di sini.
Hari-hari makan hati
Sejak dapat PM ini
1 Malaysia hidangan pasti
Namun yang dapat cuma bunyi
Perit sungguh musim 1 malaysia ini
Hari-hari bercakap pasal ekonomi tinggi
Aku di sini makan cuma berbahagi-bahagi
Antara hidup dan mati
Dulu sebelum 1 Malaysia ada lagi
Kami ada identiti sendiri
Bumiputera jadi penjamin diri
Tapi kini meritokrasi sudah makan diri
Hai apa nak jadi dengan Malaysia ini
Dulu mengaji boleh tumpu sepenuh hati
Tapi kini kena bebankan diri
Untuk sama berfikir macamana nak dapat nasi
PTPTN katanya untuk mengaji
Tapi gayanya lebih dari ceti
Kalau tidak begitu maka tak jadi
Sebab itu ramai yang tak dapat lari
Ramai sudah jadi macam separuh mati
Mengaji habis tapi kerja tak dapat cari
Ceti yang bagi belanja mengaji mencari-cari
Mana ini orang tak bayar hutang lagi
Keluh kesah ini memang terjadi
Kalau tidak masakan sampai ke parlimen kini
Rayu sudah runding pun banyak kali
Tapi alasan tidak diterima sehingga kini
MARA pun sama-sama terjadi
Kata dana sudah tiada kini
Untuk bantu anak-anak mengaji
Cuma yang cemerlang di beri
Cemerlang itu pun aku tidak mengerti
Apa penilaian yang dimaksud diri
Sebab aku pun mengaji dan lulus hingga kini
Tapi tidak dimengerti
MARA kini tidak seperti dulu lagi
Sudah tidak peduli rakyat lagi
Bila jumpa tersengih nampak gusi
Cuma untuk menyejukkan hati
Nampak sangat jaga kroni
Sebab pernah jadi begini!
Kalau tidak masakan orang mencaci
Aduhai bapak menteri
Apa nak jadi dengan Malaysia ku ini
Dalam mendabik diri semua aku juarai
Semua yang ku harap cuma sedih yang mari
Jangan bangga diri
Kelak padah yang mendatangi
Percayalah kalau ikhlas yang dicari
Semua tidak jadi macam ini
Kini aku menyendiri
Terasa lemah segala sendi
Kerana semuanya menyepi
Cuma berserah kepada ILAHI...
Gurindam Jumaat
Read more...Sehari dua ini banyak peristiwa yang terjadi,daripada orang tua bunuh isteri kerana ingin bercerai sehinggalah ribut dalam pejabat kerana ada kenaikan pangkat.Pak tua yang membunuh menyedihkan kita.Namun yang tidak naik pangkat sedih sendirian.Semalam ada kawan dari utara hantar mesej.Katanya ketelusan sekarang ini nilainya sebiji murtabak sahaja.Aku masih tidak faham kenapa mengamuk kawan saya itu.Di akhir mesej yang diterima rupanya kawan saya itu kempunan pangkat juga.Beliau kesal katanya sekarang ini kalau pulun kerja sahaja alamat dapat itu saja lah.Kalau mahu lebih mesti ada "kelicinan" maka akan lancarlah semua perkara. Kelicinan itu mesti ada walaupun sebiji murtabak raja. Aku mengangguk faham...
Nilai sebuah ketelusan
Read more..."Berkata Benarlah Walau Pun Pahit".Kalau anda sering mengikuti kuliah atau tazkirah terutamanya melibatkan bab jihad maka ungkapan tersebut sering diperdengarkan kepada kita oleh para ustaz atau pun penyampai tazkirah/kuliah berkenaan.Tujuannya adalah untuk meyakinkan kita bahawa sebarang kemungkaran itu hendaklah ditegur atau dihalang walau dengan apa cara sekali pun.
Kesan kepada perkara ini maka ramai yang menjadi begitu "laser" dalam penyampaian masing-masing tanpa memahami apa sebenarnya kehendak dan tujuan ungkapan tadi.Hasilnya ramai yang mulanya berjinak-jinak dengan jalan yang lurus ini mula menjauhi dengan kepelbagaian alasan.
| | ||||
| | ||||
Dalam penyampaian pula lebih kepada menuding kepada orang lain.Diri sendiri semacam maksum daripada segala dosa.Ayat-ayat yang dibaca cuma untuk memperbaiki akhlak orang lain,akhlak diri dikesampingkan.Dulu berlaku kes dimana mengajak manusia "membuang dunia"kerana apa hasil yang diperolehi sekarang ini(baca pada masa itu) termasuk gaji paling tidak adalah syubahat kalau tidak haram pun.Ramai di antaranya yang terpengaruh dan meninggalkan pekerjaan termasuk pegawai tinggi kerajaan.Teringat apabila ada yang menyumbang kepada para muridnya maka akan ditanya daripada mana hasilnya.Kalau hasil gaji maka paling baik dan selayaknya duit itu hanya untuk membeli sabun saja.Bunyinya macam fitnah! tetapi itu realitinya,yang mengena masih hidup dan yang terkena juga masih hidup.Yang mengena, mewah dengan kehidupan kerana sekarang bersama kerajaan yang dulunya dikatakan membawa sumber yang syubhah.Yang terkena hidup bagaikan debu tanpa arah,sesuap pagi sesuap petang mengharapkan rezki yang Allah tentukan,namun duit denda kerana melanggar kontrak dengan kerajaan terpaksa dilunaskan.
Dimana budaya istiqamah yang telah kita sumbatkan kepada para pengikut?saya rasa inilah juga yang berlaku kepada para pendakwah masa kini jika kita hanya berkata namun untuk orang lain.Lihat kepada apa yang diutarakan oleh Prof.Dr.AbuHasan dalam seminar PAS tempohari.Majoriti mula menjauhi PAS,kesimpulan saya puncanya kerana cakap tidak serupa bikin.Bila ditegur mengamuk hatta orang yang lebih tua pun diherdik...cuba-cuba fikirkanlah.
Berkata Benarlah Walau Pun Pahit
Read more...Hari ini PAS berseminar diKuala Lumpur.Selain ucapan Presiden juga ada pembentangan kertas kerja oleh dua ahli akademik dari IPTA.Perbahasan masing-masing disampaikan oleh perwakilan dari seluruh negara.
Dulu-dulu semasa muda remaja sering mendengar tentang betapa setiap perjuangan itu ada ranjau dan cubaan.Cubaan itu termasuklah hartabenda pangkat dan sebagainya.Kepada mereka yang tidak ikhlas percayalah mereka tidak lama berada di landasan perjuangan.Mereka akan gugur dalam perjalanan perjuangan ini.
Saya sebagai manusia biasa, tidak merasa apa-apa apabila para naqib pada masa itu membicarakan perkara sedemikian.Berbisik sendirian itulah namanya ujian.Namun disepanjang perjalanan hidup ini saya melihat seorang demi seorang pergi meninggalkan "jalan" yang mereka dokongi itu.Apa yang pasti semakin tinggi "martabat"sesorang maka semakin kuat atau laju dia pergi bersama "ujiannya".
Namun hari ini apabila mengikuti beberapa tulisan (kalaulah benar bagai dikata) dan mengikuti walau pun tidak sepenuhnya seminar yang diadakan di Kuala Lumpur itu rupanya masih ada lagi pendokong yang sedang "diuji" namun masih bertahan dengan alasan -alasan tersendiri.Walaupun begitu "bertahannya" itu ada benda disebalik kekentalannya untuk bersama "Jalannya" itu
Demi sesungguhnya Allah itu maha kaya,saya menyangka bahawa saya tidak sempat melihat terjadinya perkara-perkara sebegini semasa masih dalam hayat tetapi belum pun apa-apa Allah telah menunjukkan hasil tapisan yang bermula tidak berapa lama dulu.
Kepada pendokong jamaah beristiqamahlah anda di jalan yang lurus itu,jika ada pohon yang rendang untuk berteduh berhati-hatilah kerana walau pun rendang, akarnya akan merosakkan bumi dan akan memecahkan lantai rumah kita,oleh itu buanglah pokok itu demi keselamatan rumah yang akan menjadi tempat berteduh anak cucu kita.Kita tanam pokok baru biarlah tidak rendang pun namun mungkin ianya bermunafaat kepada kita paling tidak pun menjadi ulaman para haiwan dan manusia.
Maka Hasil Tapisan Sudah Mula Kelihatan
Read more...Kalau kita jumpa orang yang dikatakan berilmu tetapi perangainya tidak melambangkan ilmunya maka insafilah bahawa Abu Jahal itu lahirnya di Mekah,hidupnya bersama Nabi,dan semasa kelahiran Nabi melakukan sembelihan unta untuk menunjukkan tanda syukur,namun Ianya dikutuk oleh Allah dan ternyata benar memang sebenarnya Ia manusia terkutuk sebagaimana di sebut Alquran.
Kepada para pimpinan yang amanah , banyak sirah yang telah kita pelajari dan baca,jangan kita merasa gundah gulana Islam melalui Rasulnya telah mengajar kita bagaimana untuk bertindak dan melakukan pembaikan.Ini lah sebenarnya proses pembersihan dalam setiap gerakkerja sesuatu jamaah.Sesungguhnya akan lebih ramai lagi akan gugur di perjalanan perjuangan ini.Ingat Islam yang dilintupi dengan taqwa sahaja akan menang..insyaAllah.
Tazkirah Jumaat yang memilukan
Read more...Isu Kerajaan perpaduan mengocak ketenangan dalaman PAS.Tok Guru menolak mentah-mentah idea tersebut.Pengalaman lalu menyerikkan Tok Guru.Seriknya bila PAS dibuli semasa menjadi kerabat BN satu masa dulu.Kata Tok Guru.
Sehari dua ini berlaku pergolakan dalam parti MCA pula.Pecat memecat berlaku.EGM juga menjadi agenda konon untuk keutuhan parti.Sekejap timbalan presiden dipecat,diganti oleh naib pula,sekejap diterima semula.Naib yang mengganti Timbalan melenting.Presiden pula memecat ahli jawatan kuasa pusat yang dikatakan tidak sebulu pula.Pendek kata pening dan bercelaru dibuatnya.Bagaimana sebuah parti yang dikatakan sudah matang tetapi bercelaru bagaikan lakonan pentomen budak sekolah di atas pentas.
Melihat kepada kemelut yang melanda MCA,pada hari ini timbul lembaga sebenar yang turut bersama kocakkan dalaman MCA itu. Konon untuk menyelesaikan kemelut MCA, Apabila PM yang UMNO dan Menteri yang jaga ROS juga UMNO bersuara dengan mesej yang sama dan ROS menjadi perisai maka pada saya sah apa yang Tok Guru takutkan itu benar-benar berlaku dan kini giliran MCA pula.PAS sudah merasainya dan pengalaman itu membuatkan Tok Guru sebagai orang lama berhati-hati dengannya..Tok Guru lebih tahu...orang baru apa yang dia tahu !.Baca ini
Nampaknya sekarang ini NGO-NGO atau apa-apa organisasi termasuk parti-parti politik semacam sudah sudah tidak boleh menguruskan entiti masing-masing secara bebas dan telus.Kerana ada yang"berkepentingan" maka di sana ada satu lagi entiti lain yang akan menentukan nasib mereka atas justifikasi "perundangan" dan perkara ini jarang kita lihat di masa-masa dulu kalau pun ada mungkin ianya amat jarang berlaku.Oh Malaysia.. ku sangka sesudah 52 tahun mu Merdeka akan semakin matang dan berwibawa namun kematangan mu lebih kepada membawa kemuskilan pada benak fikiranku....(?).
Patut La Tok Guru Tak Mahu....
Read more...
