4:07 AM

Satu Hari Di pejabat Zakat

Minggu ini pergi ke pejabat Zakat.Tujuannya nak tanya samada boleh dapat bantuan untuk anak-anak yang belajar.Rasanya merela layak dan termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat.Pegawai berkenaan mengakui mereka layak,tetapi permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan kerana kad pengenalannya tidak menunjukkan anak-anak pelajar tersebut bukannya lahir di negeri berkenaan.Pernyataan bahawa mereka sudah bermastautin melebihi 10 tahun tidak dapat diterima dan permohonan itu tidak dapat dipertimbangkan..

Di atas satu senario yang memang realiti yang berlaku di kesemua pejabat-pejabat zakat di seluruh negara kini.Kenapa apabila menerima zakat tidak pernah di tanya I/C saudara no berapa?kod negeri kelahirannya berapa? terus sahaja diterima tanpa soal,sedangkan apabila asnaf memohon maka persoalan I/C dan lahir di mana itu diungkitkan?Pelik..

Harta zakat banyak.Para pegawai zakat bangga mereka berjaya mengutip zakat dengan amaun yang berganda setiap tahun.Namun ke mana ianya di salurkan.Adakah asnaf yang sepatutnya menerima zakat menerima sebagaimana sepatutnya.Dengan gambaran sebagaimana di atas saya percaya sebab itulah ramai di kalangan asnaf yang sepatutnya boleh membebaskan diri dari musibah kemiskinan tidak dapat berbuat demikian.Tidak dinafikan ada yang menerima bantuan,namun ianya adalah tidak menyeluruh.Para pentadbir lebih berminat dan menjurus kepada membina bangunan-bangunan atau apa sahaja dengan alasan untuk membuat pelaburan.Tidak juga dinafikan langkah itu juga membawa kebaikan,namun ianya biarlah setimpal dan bersesuaian dengan syariat islam yang sebenar.Melabur tetapi kita mengenepikan beberapa asnaf yang sepatutnya menerima bahagian mereka dengan alasan yang tidak begitu islam adalah sesuatu yang malang dan mendukacitakan.

Dalam keghairahan kita memberi bantuan zakat pula,contohnya di Mesir ada pegawai zakat sebuah negeri mengenakan syarat-syarat yang berlebihan dan menyusahkan serta melambat-lambatkan kepada para penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar.Mengikut apa yang dimaklumatkan amaun yang sepatutnya diterima tidak sama dengan apa yang telah diluluskan.Malang sekali kalau betul berita ini..

Sebagai pemerhati,kita rayulah kepada pembuat-pembuat polisi berkait zakat ini permudahkanlah,tiada ruginya kita kerana zakat itu adalah pemberian Allah untuk makhluknya yang layak melalui tangan-tangan mereka-mereka yang beriman yang percaya bahawa Zakat itu adalah penyubur kepada rezki serta harta yang telah dikurniakan kepada mereka.Kenapa kita menyusahkan?apakah anda yakin keberkatan itu dari tangan /kuasa anda atau dari Allah sebenarnya...ikhlaslah nescaya keberkatan itu bermula di sini.









Share/Bookmark

2 comments:

Ayoh Mang said...

Asm

Mungkin hanya orang2 kaya negeri tertentu membayar zakat kat negeri tersebut. Tulah dia hanya beri zakat kat asnaf dari negeri tersebut.

Zakat ni dah jadi berbangsa dan berpuak2 pulak.

wsm

kami sihat said...

Wslm

Sdr bdrman,masalahnya yang mengadu tu cakap dia pun bayar zakat dekat negeri itu juga cuma negeri bukan kelahiranya itu saja.