Rasulullah SAW bersabda:
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم فكذب , ووعد فأخلفحدث
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 ).
Semua kita yang hidup samada miskin atau kaya pastinya akan berhutang.Sedikit atau banyak bergantung kepada keperluan masing-masing.Ada orang berhutang kerana keperluan yang mendesak dan ada juga yang kurang perlu tetapi saja-saja nak berhutang.Walau apa pun berhutangnya sesorang itu ada alasannya masing-masing.
Disebalik berhutang itu ada baik buruknya.Islam banyak memberi panduan dan seboleh-bolehnya "mengelak" daripada berhutang.Banyak peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul supaya berhati-hati dalam berhutang ini.
Kepada pemberi hutang,selain ianya "ada" sumber mungkin juga ianya ada hasrat di sebalik pemberian hutang itu.Kalau ianya bersesuaian dan tidak menzalimi manusia maka ianya adalah baik,namun ianya akan menjadi dosa jika ianya memberi dalam bentuk yang zalim dan memeras.Contohnya mengambil untung secara riba' dan sebagainya.
Memberi hutang dengan tujuan untuk orang "kalah" dengan kita juga adalah sesuatu yang tidak baik sebenarnya dan perlu dielakkan.Oleh itu berhati-hatilah apabila kita berhutang dan memberi hutang.Semoga hutang tidak mengikat dan merosakkan kita.Sebagai maklumat baca ini
1 comments:
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad).”
Memperkatakan tentang hutang ini, dalam Islam memberi hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan beban orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup, bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.
Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat digalakan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah Subhanahu wa Taala:
Maksudnya: “Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.”
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)
Bagaimanapun berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam oleh Islam kerana hutang itu merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikan kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.
Dari itu, hutang perlu dijelaskan dengan segara. Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang dengan berbagai-bagai alasan sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhanan. Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan. Menurut Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segara adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam sabdanya:
Maksudnya: “Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Post a Comment