2:30 AM

Merenung Tahun Baru Hijrah 1432 : Antara Syurga dan Neraka

Semua kita impikan syurga.Satu tempat yang paling nikmat dan tiada yang sebanding dengannya yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang taat dan patuh terhadap kehendakNya.

Terfikir secara insaf apakah kita ini layak untuk anugerah tersebut?.Apakah hanya dengan "cara hidup" kita yang sebegini berbaloi untuk menerima pemberian Allah itu?.

Hari-hari dalam kehidupan, bermula dari celiknya mata dari tidur terus bercakap dan berfikir pasal "dunia"( baca:duit),berterusan sehingga malam menjelma,kadang-kadang tidur itu yang juga seronok untuk semua orang juga diabaikan kerana "dunia itu".

Kita lihat dewasa ini,bermulanya generasi anak-anak sedari kecil lagi telah diasak dengan "mendidik" untuk menjadi itu dan ini.Pernah kita menyentuh perasaan mereka supaya menjadikan manusia bertaqwa?.Pernahkah kita memberatkan mereka dengan kewajiban kepatuhan kepada Allah seluruhnya dengan memberi "santapan" yang sepatutnya untuk ke arah itu.Apa yang dilihat berdasarkan pengamatan dan pengamalan kita amat jauh darpadaNya.Kita lebih banyak "menangis dan membebel" kalau anak-anak tidak mahir matematik dan sains,malah kita tiada apa-apa rasa terkesan kalau anak-anak tidak tahu solat atau alquran itu sendiri.Sungguh malangnya nasib kita.

Mungkin ayat diatas itu terlampau ilmiah untuk difahami,untuk mudah faham, secara mudahnya setakat hidup ini di mana tahap kita dengan Allah sebenarnya?.Kita kata percaya dan patuh tetapi setakat mana?.Dalam menjaga peraturan dan larangan,jauh sekali untuk kita mematuhinya hatta tentang perkara yang paling kecil pun belum lagi dikira tentang perkara-perkara besar umpamanya pemerintahan dan sebagainya.Perkara "dosa" sudah menjadi amalan lumrah dan biasa sahaja.Allah dingati cuma pada hari-hari kesedihan sahaja malah kalau tiada "kesedihan" Allah terus dilupakan tanpa noktah.

Menipu,menzalimi sesama manusia,memakan harta secara zalim itulah antara secebis fenomena kehidupan kita kini.Pertimbangan kita hanya "benda" halalkah atau haramkah tidak pernah kita fikir dan buat perhitungan.Tanpa rasa malu kita kepada Allah yang kita akui Maha penyayang dan pengasih itu kita terus menderhaka sebenarnya.Kita sebenarnya melawan Allah yang memberi kita semua nikmat secara percuma ini tanpa meminta dibalas.

Kita banyak menyanggah perintah Allah,sebagai contoh kalau riba'itu haram kenapa kita masih mengekal dan beramal denganya,tokoh-tokoh yang mempopularkan perkara tersebut kita sanjung mereka dengan pelbagai anugerah,?!tidak takutkah kita kepada Allah,bagaimana pula kita sebut hendakkan syurga tetapi kita tidak cuba untuk mencarinya dengan mendapatkan keredhaanNya?.

Sempena tahun baru hijrah 1432 yang kita sambut hari ini marilah bersama kita memohon ampun kepada Allah S.W.T dan pohon kepadaNya supaya kita dikekalkan di atas jalanNya yang benar dan lurus seterusnya dianugerahkan syurga yang nikmat itu.






Share/Bookmark

0 comments: