11:11 PM

Jujurkah kita....

Semua kita pasti mati.Bila mati kita mengharapkan syurga,jauh sekali daripada mimpikan neraka yang mengazabkan itu.Namun sejauh mana usaha kita?.

Syurga itu tidak semudah disebut,ianya perlu kepada pengorbanan untuk mendapatkanya.Berbagai cara dan peringatan telah Allah peringatkan melalui Alquran untuk kita lakukan bagi mendapatkan syurga tersebut,justeru setakat mana komitmen kita?!.

Melihat inisiatif diri sendiri,alangkah jauhnya kita daripada sasaran yang Allah tetapkan itu.Berbanding dengan usaha kita untuk "kejayaan" dunia,kita sebenarnya ketinggalan dalam mencari akhirat ini .Cuba anda bayangkan usaha kita di dunia ini hanya untuk "sesuap juadah" yang sudah tentu tidak mempunyai apa-apa nilai dimana akhirnya hanya menjadi najis yang kita buang hari demi hari.Kita sanggup berhujan berpanas bekerja hanya untuk itu tanpa memikirkan keselamatan diri atau sebagainya dan matlamat akhirnya hanyalah untuk nikmat yang sedikit di dunia ini,namun kita tidak melakukan usaha sebegitu untuk mendapatkan RM (baca;pahala)akhirat untuk kita "membeli" syurga yang
dijanjikan.Pernah kita sanggup menyeksa jiwaraga kita untuk itu,hatta untuk meninggalkan tidur kita yang tidak perlu dibeli itu pun kita tidak sanggup apatah lagi yang lebih daripada itu.Tetapi untuk "dunia" kita akan terus berusaha malah sehingga "mengorbankan" diri pun kita sanggup lakukan.Itulah nilai sebenarnya kita sebagai manusia.

Kenapa terjadinya demikian?,saya yakin itu semua disebabkan perangai manusia yang hanya menilai sesuatu yang hanya nampak di mata,dengan ertikata lain ianya mengagungkan kebendaan sahaja.Kita tidak dapat gambarkan bagaimana manusia kalaulah mereka melakukan ibadat solat sunat contohnya,dan selepas solat itu diselak di bawah sejadah dan mereka dapati wang-wang kertas yang bernilai seratus atau dua ratus,maka sudah pasti mereka akan melakukan solat bukan setakat dua rakaat malah ratusan rakaat yang akan mereka lakukan.

Jujurkah kita ini bersikap sedemikian.Berbuih mulut mengucapkan iman dan islam tetapi masih menukar antara benda dan janji Allah.Alangkah lemahnya diri ini,YaAllah ku pohon pada mu kuatkanlah iman ini dan iman para mukmin sekalian.Tambahkanlah keyakinan dan taqwa kami dan redailah kami di atas jalanmu.



Share/Bookmark

0 comments: