12:07 AM

Kata kaya,tapi "kedekut"..atau memang kita miskin

Masih ingat semasa usia kanak-kanak harga gula masa itu,cuma 15 sen sahaja sekati bukan kilo lagi masa itu(baca: satu kati = 600gm),tetapi sekarang ini harganya dah melonjak sehingga RM1.65/kg.Bayangkan berapa banyaknya perbezaan harga tahun 60an dengan tahun 2010 ini.Itu pun harga dikatakan bersubsidi.Bayangkan juga kalau ianya tidak bersusidi.Itu satu contoh diantara beberapa produk yang selalu digunakan oleh kita semua sebagai pengguna.

Menjadi kepelikan juga,negara dikatakan semakin kukuh ekonominya,saban hari pimpinan menyebut tentang pertumbuhan ekonomi yang "mampan",tetapi kenapa pula tiba-tiba timbul isu negara akan muflis pula?.Kata Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.Kenapa pula begitu?

Kepelikan juga,di musim banyaknya "makmal" ditubuhkan untuk "mengkaji"isu-isu dalam pentadbiran negara ini,semakin banyak pula keputusan atau cadangan yang pelik-pelik telah diutarakan oleh mereka yang menganggotai makmal-makmal tersebut.

Dalam perkara yang berkait dengan penarikan subsidi misalnya,sudah tentu ianya akan menjejaskan taraf hidup rakyat.Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Terfikir dalam benak fikiran,agaknya inilah dia hasilnya kalau sesuatu keputusan itu dibuat oleh orang yang bukan ahlinya.Kita kena ingat politik ini adalah seni dalam pentadbiran,dalam mentadbir sudah tentu kita perlukan kelunakan daripada orang kita tadbir itu.Bagaimana mungkin kita menjadi pentadbir negara yang baik jika rakyat marah dengan kita?.Mentadbir negara bukan macam mentadbir perniagaan yang mementingkan untung dan rugi.Mentadbir negara adalah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya,bukan juga untuk kelompok dan suku.

Orang bukan politik macam Ketua Pelaksanaan PEMANDU dan para pembantunya dalam makmal, mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalaman mereka hanya makan gaji dan gajinya pula besar,tambahan lagi denyut nadi rakyat marhein tidak pernah sedikit pun dihayati,walaupun mereka sebenarnya adalah hasil daripada sumbangan "subsidi".Moga-moga penarikan subsidi ini tidak menjadi demi untuk anak bangsa negara ini,sebabnya muflis itu belum tentu terjadi jika kita berhati-hati.










Share/Bookmark

0 comments: