N3 Sebelum ini berbicara tentang sumbangan kita kepada kedua ibu bapa.Hari ini rasanya masih belum puas rasanya untuk berbicara tentang perkara itu lagi.
Pernah kita menangis bila ibu atau bapa susah?pernah kita tidak tidur malam bila ibu sakit?pernah kita berusaha bila ibu dalam kesusahan,mungkin ada, tetapi berbanding dengan sumbangan ibu/bapa maka "sumbangan" kita tidak "bernilai"jika direnung dengan hati yang tulus.
Usah berbicara pasal benda,harta atau apa sahaja,sebagai ibu/bapa di kepalanya sentiasa memikirkan anak-anaknya sejahtera.Itulah sebabnya siang dan malam berkerja,berkerja dan terus berkerja supaya anak-anaknya hidup dalam aman dan tenang.Begitulah seterusnya sehinggalah kita berubah ke alam yang lebih dewasa dan seterusnya ke alam perkahwinan dan berkeluarga.Namun ibu/bapa masih tidak melupakan kita.Susah!!,dia datang,senang!!dia bangga dan mendoakan.
Kita sebagai anak bagaimana?.Dia susah,apa kita buat?dia keseorangan apa kita lakukan?.
Bagi yang berduit kita menyumbang,tetapi apakah sumbangan itu membahagiakanya?.Sebenarnya kita sekarang ini teramat sibuk dengan dunia kita.Mencari,mencari dan terus mencari.Apa yang dicari sebenarnya kita sendiri pun tidak tahu.Kadang-kadang kita silap dalam menilai kehidupan ini.Kita beranggapan bahawa "kebendaan" itu adalah segala-galanya.Itulah sebabnya ibu/bapa kita "diamkan" mereka cuma dengan wang ringgit dan kita merasa puas seolah-olah kita telah membuat sebaik-baiknya untuk mereka.Sebenarnya kita tertipu dan terpesona dengan khayalan yang kita olah sendiri.Ibu/bapa sebenarnya tidak memerlukan sangat benda-benda itu.Mereka memerlukan "orang" bukannya barang sebagaimana yang kita sangkakan.
Kepada anda yang masih ada ibu/bapa berubahlah,berbuat baiklah kepada dua ibu/bapa anda sebagaimana anda berlemah lembut dengan anak-anak anda.Sesungguhnya ibu/bapa itulah sepatutnya anda utamakan daripada anak-anak anda sendiri,setidak-tidaknya setanding dari segi layanan sudah dikira memadai itu pun sebenarnya tidak cukup.Sebagai contoh jikalau anda "kehilangn"anak-anak, anda boleh sedih dan menangis tetapi kenapa anda tidak pernah merasakan itu bila anda meninggalkan ibu/bapa anda sendirian.Bila anda memberi anak-anak sesuatu dengan penuh kasih sayang,tetapi kenapa bila anda memberi kepada ibu/bapa, anda merasakan ianya sesuatu yang memeritkan.Kenapa bila anak meminta,contohnya wang ringgit dalam jumlah yang besar, anda susah senang akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya.Tetapi bila ibu/bapa yang meminta anda terpaksa berkira-kira dengannya.Apakah berbaloi sikap kita ini.Ingat!!! Ibu/bapa itu sebenarnya adalah kita dan anak-anak itu juga adalah kita,oleh itu berlaku adil dan berbuat baiklah untuk mereka...mari bersama kita fikirkan..
11:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment