4:39 PM

Sekadar Bertanya diri....

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0224/Kosmo/Negara/ne_10.1.jpg






Di rumah,banyak kerja-kerja yang seharusnya kita lakukan.Membersih halaman,cuci pakaian,memasak dan berbagai lagi yang merupakan rutin yang mencorakkan kehidupan harian sebahagian besar dari kita semua.Ada yang melakukan sendiri dan bagi yang tidak berkemampuan dari segi masa kerana urusan-urusan lain maka kerja-kerja tersebut diberikan kepada orang lain.Orang itu biasanya kita panggil pembantu rumahlah.

Bila kerja-kerja kita dilakukan oleh orang lain maka sudah tentu ianya tidak dilakukan secara percuma,tambahan lagi di zaman ini.Sebagai pembantu sudah tentu ianya berkehendakkan upah di atas kerja-kerja yang dilakukannya.Sebagai orang yang mengupah atau majikan kita juga mengharapkan kesempurnaan yang maksima terhadap kerja-kerja yang kita upah orang lakukan tadi,sebabnya upah yang kita keluarkan adalah merupakan wang hasil titik peluh kita dan hak kita.Sebagai pembantu dia semestinya patuh dan taat serta mengikut garis panduan serta jangka harap yang telah ditetapkan oleh majikan dan sekarang ini orang sebut KPI Lah.

Perkara yang sama; namun cuba kita tengok dari skop yang agak besar sikit.Untuk lebih fokus kita lihat kepada kakitangan kerajaan yang ada pada hari ini.Mereka dilantik untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan.Siapa kerajaan?mengikut teori ianya adalah rakyat bagi sesebuah negara.Kalau logik teori itu dipakai bermakna rakyat adalah merupakan majikan kepada setiap kakitangan kerajaan yang dilantik.Kalau begitu setiap kakitangan kerajaan sewajibnya patuh dan taat kepada setiap kehendak majikanya(baca rakyat).Ini kerana sebagai majikan merekalah sebenarnya yang membayar upah kepada setiap kakitangannya.

Cukai,tol,levi,ses dan sebagainya adalah sumber kepada majikan ini,kalau begitu kenapa kita masih dapati bila "majikan"(baca rakyat)bertandang ke pejabat-pejabat kerajaan mereka dipandang sebagai menyusahkan,mereka dilayan dengan cemik muka yang berbagai malah ada yang dihina dan sebagainya.Wujudnya pelabagai peraturan serta prosidur yang menyusahkan,untuk apa semua ini?.Di Hospital contohnya apa perlu data-data peribadi diisi setiap kali rutin rawatan dibuat,kata sudah canggih berIT dan sebagainya namun kadang-kadang masa menunggu lebih lama daripada zaman belum IT.Begitulah di pejabat-pejabat lain.Berdozen slogan utamakan pelanggan (baca majikan),tetapi sebenarnya memperlekehkan pelanggan,apa tidaknya waktu tugas sepatutnya pukul 8.00am tetapi datang 8.30am,sudahlah begitu sesampai pejabat borak dulu,nasib pelanggan tak baik kena tinggal oleh pegawai untuk minum dulu.kenapa jadi begini?...

Kepada para majikan(baca rakyat) lihatlah bagaimana para pembantu kerja anda ini bekerja.Mereka cipta pelbagai prosidur namun ianya tidak mesra pengguna sebenarnya.

Tidak rugi kalau dipermudahkan segalanya.Anda pernah beli stem pos?.Rasanya belum pernah terdengar ada yang merasuah bila hendak membeli stem pos!,belum terdengar ada yang merasuah bila kita hendak masuk Pasaraya dan begitulah seterusnya terhadap apa-apa perkara yang tidak menyusahkan.Tetapi rasuah berlaku di mana-mana saja kalau sesuatu itu diperketatkan atau menyusahkan!!.

Kepada teman-teman penjawat awam sebenarnya rakyat itu adalah majikan anda,anda tidak sepatutnya menyusahkan majikan yang sebenarnya membayar upah anda.Apakata jika mereka memecat anda dari jawatan anda dan anda menganggur?,sudah tentu anda akan berada dalam kesusahan,oleh itu sebelum anda dipecat atau diberhentikan oleh "majikan" anda muhasabahlah diri dan tindakan anda supaya ianya tidak menyakitkan hati majikan anda...bersama kita fikirkan.









Share/Bookmark

0 comments: