6:42 PM

Sekadar maklumat

HYDROFUEL


hydrofuels


Bagaimana Hydrofuel Berfungsi?

Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.

Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.

waterfuel

Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?

Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.


hydro fuel

Mengapa produk Hydro Reaktor tidak digalakkan dipasang kepada kenderaan yang menggunakan teknologi Injection?

Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.


sumber:Majalah kereta online
Share/Bookmark

0 comments: