Flying Turtle
See more funny pictures and videos at Fugly.
Malam tadi dimaklumkan hubungan jalanraya Pantai Barat dan Timur terputus.Risau dengan keadaan jadual rehlah di pendekkan.Selesai hal di Ipoh bergegas balik melalui Grik,bertolak awal takut-takut tersekat jalan.Alhamdulillah nampaknya berita besar oleh RTM tidak kami temui di perjalanan dan selamat sampai ke destinasi...alhamdulillah.
29/11...Dengan berpemandu pelancung "special" seharian Pusing Perlis.Bermula dengan Taman ular,taman burung ,ladang anggur ,gua kelam sehingga ke Padang Besar kami berrehlah.Secara sepintas Perlis adalah biasa saja,cuma diekploit dengan gimik yang lebih sikit maka wujudlah destinasi-destinasi yang menarik orang untuk melancung.Pada saya tiada yang istimewa di sebalik kewujudan tempat-tempat ini,cuma bila ianya agak tersusun maka ianya dikatakan menarik.Sebenarnya kalau Kelantan mereka-reka sikit apa yang ada di kelantan ianya lebih menarik dan lebih terkesan kepada pelancung...percayalah kalau tak percaya silakan kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab di Kelantan untuk melakukannya.Insyallah Kelantan boleh!!!.
Kesimpulanya rehlah ini mengembirakan anak-anak....alhamdulillah.
Catatan Bersambung lagi
Read more...
28 Nov di Langkawi.Atas pertolongan kawan (zul) sewa kereta siap pemandu.Kami pusing pulau.Semua destinasi pelancngan kami kunjungi...maklumlah ada pemandu pelancong.Nampaknya Langkawi sekarang agak mewah dengan prasarana yang disediakan oleh pihak-pihak yang berkenaan walau pun ada yang tidak senang diperingkat awalnya namun sekarang dilawati seolah-olah "kecacatan" yang di sebut-sebut terdahulu tidak pernah wujud dan mengesahkan bahawa sumpah mahsuri telah tidak terkesan lagi sekarang setelah ianya menjangkau lebih dari tujuh keturunan.
Di Langkawi, ramai pelawat.Bebelanja tanpa berkira kalau ikutkan satu pulau nak di belinya.Aku memerhati tetapi alhamdulillah rombongan kami tidak termasuk dalam kelompok itu.Cumanya yang pasti kalau ke Langkawi ini mesti ada ongkosnya.Sebabnya semuanya berongkos bermula dari tambang feri hinggakan nak ziarah makam atau orang sebut kubur Mahsuri itu pun kena bayar, belum lagi naik kereta kabel atau sebagainya.Nasihat kami kalau belum pernah ke sana bolehlah tapi tidak boleh selalu..
Sambungan Catatan
Read more...Khamis 27/11 di Alor Setar ziarah kawan yang juga bekas bos.Beliau kelihatan ceria dan masih sihat alhamdulilah dan sekarang sibuk mengusahakan tanaman serai didoakan semuga berjaya.Malam bermalam rumah kawan di Kangar.T kasih sudi mempelawa, budi tuan kan ku kenang.
Sekadar Catatan
Read more...
Hari ini khamis bersama keluarga bermusafir ke Perlis Indra Kayangan.Tengahari singgah di Alor Setar jumpa kawan yang juga bekas bos.Beliau sudah pencen tetapi alhamdullah masih sihat dan sedang giat mengusahakan tanaman serai.Doaku semuga berjaya. Malam singgah di Kangar rumah kawan yang satu masa sama bertugas di Kelantan kini bertukar ke Perlis .Terima kasih tuan rumah sekeluarga kerana sudi mempelawa kami bermalam di rumahnya.Budi tuan akan kami kenang.
Musafir
Read more...Oleh : Ustaz Shauqi
sumber:http://ibnusulaiman.blogspot.com/2006/12/mengerjakan-ibadat-korban- menurut.html (bersama pindaan dan penambahan)
Hukum Berkaitan Ibadah Korban
Read more...(Gambar Hiasan)
Semalam sambil merenung dan memerhati di tempat kerja terdengar satu rakaman kuliah oleh sesorang yang dimainkan oleh seorang kawan.Kuliah itu padaku memang menarik.Antara intisari yang aku dapat kutip ialah,
Kalau apa yang kita sampaikan itu adalah ilmu atau maklumat baru kepada pendengar atau seseorang maka itu namanya mengajar .Kalau apa yang disampaikan itu memang sudah diketahui oleh orang atau pendengar itu maka itu namanya tazkirah.
Halal atau haram itu kalau kita ibaratkan dalam kehidupan sehari-hari ini merupakan penawar dan juga racun.Perkara-perkara yang haram kalau kita buat atau amalkan maka seolah-olah kita memakan racun dan sudah tentu kesannya akan merosakkan tubuh badan kita.Namun sebilangan manusia malah sebahagian besar darinya tidak pernah terfikir sampai ke situ.Itulah sebabnya kita lihat banyak diantara yang mengamalkan salah laku dewasa ini adalah dari golongan yang boleh dikatakan ada ilmu tapi gagal untuk menterjemahkan ilmu yang ada itu kepada sesuatu yang menjadi penawar dalam kehidupannya.Maknanya mereka tidak faham bahawa apa-apa yang halal itu adalah merupakan penawar yang boleh membantu dalam menyembuh atau menawar apa sahaja yang mungkin menjadi racun kepada mereka.
Ramai di kalangan kita yang terjebak dengan gejala yang sedemikian.Masing-masing pula kadang-kadang melihat salah laku itu hanya pada orang lain tetapi tidak pada diri sendiri.Oleh itu marilah kita merenung dan bermuhasabah diri,disamping kita menilai sesuatu itu racun atau penawar maka janganlah hanya meletakkan perkara itu pada orang lain tetapi hendaklah meletakkan ianya lebih kepada diri kita sendiri.Semuga kita akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Ilmu itu maklumat
Read more...HYDROFUEL
Bagaimana Hydrofuel Berfungsi?
Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt.
Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.
Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?
Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.
Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.
Sekadar maklumat
Read more...Gara-gara menyangka suaminya berkahwin lain, seorang suri rumah berusia 38 tahun bertindak nekad cuba terjun dari atas bangunan empat tingkat di Kuala Berang di sini semalam.
'Drama' itu bermula apabila wanita terbabit dikatakan bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Ajil, dekat sini sebelum wanita itu bertindak memecut motosikalnya ke bandar Kuala Berang.
Sampai di bandar Kuala Berang, dia yang merupakan isteri kedua, kemudiannya naik ke sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menghalangnya.
Pihak polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memujuk wanita itu yang turut membuka baju kurungnya berwarna ungu sambil mengacu pisau.
Sepanjang usaha memujuk yang memakan masa lebih tiga jam, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
"Kenapa buat mama macam ni!," jeritnya berulang kali ke arah anggota bomba dan polis.
Keadaan bertambah cemas pukul 3.15 petang, apabila wanita yang gagal dipujuk bertindak nekad dengan berundur sedikit demi sedikit sehingga dia tergelincir.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang menyambar tangannya dan disusuli anggota bomba lain berjaya mengelakkan wanita bertubuh besar itu daripada terjatuh.
Sumber Kosmo
Kenapa ye???
Read more...Industri arak tidak mendapat tempat di Negara Buddha
Di Malaysia industri arak mewah dan makmur. Ia bukan sekadar dikilang dan dijual, malah syarikat-syarikatnya diapungkan di bursa saham. Mereka mengaut untung besar dan antara syarikat korporat yang paling aktif dalam negara. Ini berlaku walaupun Malaysia dikatakan sebuah negara Islam. Demikianlah toleran dan baiknya budi orang Malaysia.
Thailand adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha. Mereka kuat berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan mereka dan malah saya merasakan rakyat Thai adalah antara penganut agama Buddha yang kuat dan ini ketara dari istana sehinggalah ke rakyat biasa.
Arak yang diharamkan oleh Islam juga turut diharamkan oleh agama Buddha. Bezanya bagi rakyat Thai mereka bukan sekadar akur dengan hukum itu tetapi sanggup bangkit mempertahankannya. Baru-baru ini usaha untuk mengapungkan sebuah syarikat arak, Thai Beverage PLC (pembikin “beer chang” yang popular di negara berkenaan) di Stock Exchange of Thailand (SET) telah menerima tentangan dari rakyat Thai dan sebuah protes telah dianjurkan oleh sami-sami Buddha negara berkenaan.
Menurut laporan hasil dari tentangan berterusan dari komuniti Buddha itu akhirnya SET membuat keputusan menolak permohonan syarikat berkenaan.
Menurut “The Thai Buddhist Channel” sekiranya syarikat ini diapungkan bermakna rakyat Thai bersubahat mengizinkan syarikat yang menghasilkan produk haram ini membuat lebih keuntungan. Negara berkenaan menurut saluran berita Buddha itu tidask memerlukan syarikat seperti ini dalam pasaran saham Thai.
Untuk makluman tidak ada syarikat arak yang tersenarai di SET. Malaysia bagaimana
sumber; Roslan SMS
Industri arak tidak mendapat tempat di Negara Buddha
Read more...![[Zaki.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/SSR_7NesCgI/AAAAAAAAIWE/OHXZXQ6Sktg/s1600/Zaki.jpg)

“Saya tinggal di sini baru beberapa bulan..” Kata se orang anak muda.
Dia berasal dari Pattani, tetapi tinggal lama dan membesar di Makkah, Arab Saudi. Setelah selesai di melanjutkan pelajaran di Saudi terus ke Mesir, dia kembali ke Pattani. Kini baru membuka pejabat perunding kesihatan di Nana, sebuah pekan Arab di Bangkok. Pekan Arab di Bangkok mengingatkan saya kepada kisah-kisah lama saya bersama dia dan ayahnya, ketika kami sama-sama berada di sebuah pekan Jawi atau Pekan Melayu di kota Makkah sekitar tahun 1987.

Sebuah pekan kecil di kaki bukit, dalam kota Makkah, dihuni oleh ramai orang-orang Melayu, terutamanya dari Pattani, Indonesia, dan sikit-sikit dari Malaya. Terasa bagaikan di negara sendiri, bila bahasa perantaraannya adalah bahasa Melayu. Makanan yang dijual pun banyak makanan Melayu. Pekedai-pekedai dan pengunjungnya pun terdiri dari ramai ora
Terbayang juga di malam hari, ketika kami sering bertemu dan mengisap ‘syisya’ atau juraq di ‘sutuh’sebuah restoran di kaki Jabal Nur, sementara menunggu masuk waktu subuh untuk pergi bersholat di Masj
“… cuma di sini di pekan Arab Bangkok ini, ramai pengunjung-pengunjung bangsa Arab yang datang, bukan kerana tuntutan ibadat sebagaimana orang-orang kita pergi ke Makkah menyahut panggilan Ilahi di rumahNya, dan menziarahi bumi kelahiran Nabi akhir zaman…” Kata anak muda itu, semasa kami berada di Restoran Mesir berhampiran pejabatnya.
“Jadi, mereka datang kerana apa?” Saya tanya, sambil-sambil menghisap juraq yang sudah puluhan tahun saya tinggalkan. Tak pernah hisap lagi. Di iringi lagu-lagu dan tv Arab yang menjolok mata dan mencungkil telinga.
“Mu tengok sendiri la!” Jawabnya. Sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan Arab dengan wanita-wanita Asia yang lalu lalang di situ. Kadang-kadang mereka tetap dengan pakaian keb
“Ada ke pelacur-pelacur dari negara Arab?”
“Oo ramai.”
“Dari bumi Makkah atau Saudi Arabia?”
“Secara terang-terang belum ada. Tetapi secara ‘terhormat’ atau kelas tinggi ada, dan bukan tujuan semata-mata mencari makan.” Jelas anak muda itu lagi.
Teringat pula, m
Jadi itulah bezanya, orang kita yang buka perkambungan Melayu di Makkah dengan orang Arab di Bangkok. Malamnya,
Mari berfikir
Read more...