Pagi ini ada pasangan suami isteri datang untuk bertanya (baca:mengadu) yang beliau semalam telah membayar sejumlah wang yang bukan sedikit nilainya kepada seseorang.Rentetan kejadian ini bermula apabila pasangan tadi berkenalan melalui internet beberapa minggu yang lalu.Dalam "berchatting"itu semalam beliau menerima e-mail daripada sebuah syarikat penghantaran yang menyatakan bahawa beliau akan diberikan hadiah oleh sesorang,walaubagaimanapun hadiah tersebut tidak dapat dihantar kerana ditahan oleh pihak kastam.Jadi untuk tujuan pelepasan beliau diminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk pelepasan kastam dan seterusnya hadiah tersebut akan dihantar kepada pasangan tadi.Tanpa berfikir panjang pasangan tadi telah memasukkan sejumlah RM1998.00 dan nama yang tertera pada slip bank tersebut ialah NELSON GRANT BRETT.Namun keraguan mula timbul bila mendapat panggilan daripada sesorang yang menamakan dirinya Aishah dengan hp no 0128783116 meminta pasangan ini menambah lagi RM2000.00 dengan alasan wang dimasukkan sebelum ini tidak mencukupi.
Kepada pasangan ini bersabarlah dan eloklah kiranya laporan polis dibuat.
Sebenarnya pasangan ini telah menjadi mangsa penipuan yang licik ini.Banyak sudah peringatan oleh pihak-pihak yang berwajib agar orang awam berhati-hati dengan sendiket seperti ini dan nampaknya malang bagi pasangan ini kerana mereka juga tertipu.Oleh itu kepada anda di luar sana berhati-hatilah hendaknya.Jangan cepat terpengaruh dan cuba kuatkan semangat anda untuk tidak menjadi "Tamak'apabila ditawarkan dengan perkara-perkara sebegini.Tenung dan fikirlah semasak-masaknya insyaAllah anda selamat.
Untuk makluman e-mail yang digunakan oleh penjenayah ini untuk pasangan ini ialah jane1970@cunsultant.com.E- mail syarikat penghantaran itu pula customerservise@safelinkcs.com...hati-hati ya tuan-tuan.
Hati-hatilah...dalam cerdik dia tipu kita..
Read more...Semasa menjawab dalam sesi persidangan Dewan Negara pada 28/07/2010,Menteri di Jabatan Perdana menteri Dato'Ahmad Maslan telah memberi penjelasan berkaitan keadaan tunai FELDA.Tanpa prejudis kita yang tidak begitu arif dalam susurgalur FELDA ini akan menerima kenyataan tersebut kerana ianya dikeluar dan diucapkan di institusi yang mulia dan dihormati.
Dalam menilai perkara ini, beberapa "persoalan" tentang dana FELDA ini mula timbul dalam benak fikiran dan ulasan ini mungkin boleh mencerahkan kita berkaitan perkara tersebut..
Fakta yang peneroka FELDA kena tahu..
Read more...Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah....
Selanjutnya baca di sini
Apabila Ustaz memuji sesorang,bukan saja-saja tetapi ada maknanya...
Read more...Tahniah di atas kejayaan pasukan keselamatan negara kita khususnya PDRM dan KDRM dalam membanteras kemasukan dadah yang merupakan medium utama yang merosakkan masyarakat .
Kejayaan tangkapan diuar-uarkan melalui media,dan situasi begini selalunya akan mengujakan kepada pasukan-pasukan terbabit.Walaubagaimanapun dalam kes kali ini dalam keterujaan itu nampaknya semacam ada "kecuaian" sebenarnya khususnya kes yang diperolehi oleh KDRM itu..Apakah kes ini akan dibawa ke mahakamah atau sebaliknya tidak pula kita ketahui ,namun daripada apa cerita yang dibangkitkan tangkapan ini melibatkan bukan sahaja barang kes tetapi juga melibatkan pembawa itu sendiri,kalau begitu bagaimana mungkin barang kes, semasa sidang akhbar dibuat telah dipegang tanpa sarung tangan atau sebagainya.Berbeza dengan PDRM nampaknya lebih berhati-hati.Kita bimbang perkara-perkara teknikal begini akan menjejaskan prosidur yang akan di ambil oleh pihak-pihak yang terbabit nanti. diCuba perhatikan visual di bawah,tentu ada beza bukan?..
Serupa tapi tidak sama caranya....
Read more...Marah,memang perangai semulajadi manusia,namun ada yang boleh tahan marah dan ada yang sebaliknya.
Di Pulau Pinang ini marahnya menjadi isu kerana berlaku antara ketua menteri negeri dan Pegawai berpangkat dari kerajaan pusat.Isunya bertambah hangat bila tingkah laku dan "kemarahan" pegawai disambut (baca:dipertahankan)oleh bosnya di Kuala Lumpur.
Kenapa marah,selalunya kemarahan orang bermula bila adanya provokasi atau pun acahan dari sebelah pihak.Itu lumrahnya,jarang berlaku tiba-tiba sahaja orang akan marah tanpa sebab,kalau pun ada itu selalunya dari kalangan mereka yang mendiami kampus Tampoi di Johor atau pun Tanjung Rambutan di Perak.Dalam keadaan normal tidak berlaku marah memarahi ini tanpa sebab.
Jadi dalam kes di Pulau Pinang ini saya rasa punca berlakunya marah itu mesti ada,dan mungkin dah disalurkan kepada tempatnya,namun mungkin tiada penyelesaian maka itulah timbulnya di persada awam ini.
Itulah dalam hidup ini kena bermuhasabah,jangan fikir bila kita ada "benda" tidak semestinya kita kuat,tambahan lagi "kekuatan" kita itu berada dalam milikan atau kawalan orang.Kita perasan kita kuat,itu sebab kita tidak hiraukan suasa sekitar,ibarat rumah orang pun kita ganggu sebab kita rasa kita ada kuasa,maka marahlah tuan rumah.Kita acah dia,kita main-mainkan dia,malah kita hina dia,sebagai tuan rumah tentu dia bertindak walaupun apa yang kita buat itu dirasakan berperaturan.Ular pucuk itu pun kalau diacah dan dimain-mainkan maka akhirnya mematuk juga dia akhirnya.
Oleh itu cubalah elakkan daripada menimbulkan "kemarahan" orang,kuatkah kita,beranikah kita,sebenarnya tidak ke mana,cubalah renungkan ini kerana akhirnya penamat kita tidak ke mana pun!!!.?Paling hebat kita hanya berjaya melayan ego sahaja namun hasilnya tidak ke mana.Sekali lagi ayuhlah bersama berfikir untuk kebaikan,jangan jadinya nanti menang sorak kampung tergadai...
Ada orang marah-marah di P.Pinang..
Read more...
