Semalam PM umumkan satu kategori khas biasiswa Jabatan perkhidmatan Awam di kenali dengan Biasiswa Nasional.Penerimanya akan dinilai berdasarkan meritokrasi.Ini bermakna tiada lagi ihsan atau pun sebarang budibicara dalam memilih penerima biasiswa tersebut.
Merenung sejenak,terpikir saya kita sekarang sudah semakin terhimpit,dengan keupayaan yang amat terhad bermula dengan rezki untuk sesuap pagi dan petang sehinggalah kepada pembelajaran anak-anak kita sudah banyak kehilangan.Kalau bangsa lain berpakat membantu sesama mereka dengan pelbagai yayasan atau dana,namun kita yang bernama bumiputera ini hanya disogok dengan slogan yang berbentuk retorik,namun dari segi amalanya jauh panggang dari api.Apa yang sebenarnya kita boleh dapat.
Di Kampung-kampung masih wujud golongan yang dipinggirkan kerana hanya berdasarkan prejudis kepada individu atas dasar tidak sehaluan parti,dan perkara ini berlaku bukan kepada yang buta huruf malah kepada bertaraf pemimpin dan memerintah.Paling ringan untuk mendapat tandatangan borang bantuan buku sekolah pun di tolak,apatah lagi perkara yang lebih besar?!.
Oleh itu untuk yang bergelar pemimpin tolonglah!!! kerana dek segenggam kuasa yang ada maka kita terpaksa melepaskan segala yang ada demi kuasa yang sedikit itu dan dalam pada itu kita menekan kroni kita secara zalim demi mendapatkan sedikit sokongan.Percayalah sokongan dalam bentuk paksaan tidak akan ke mana!,Banyak sudah yang terbukti...kita membaca sejarah malah sejarah kadang-kadang berlaku di depan mata kita...
Selesai solat Isya' sementara menunggu masa untuk istirehat malam, merayau-rayau di blog kawan-kawan maya,amat terkejut dan sungguh tidak disangka rupanya dunia sekarang ini wujud gejala manusia makan manusia cuma kerana ego mengikut hawa nafsu demi seberkas simpulan urat di bawah pusat manusia.Cuba anda baca di sini
sumber Ibnu Hasyim
Sungguh memilukan
Read more...Bila sakit carilah penawar atau pun ubat untuk menyembuhkan sakit tersebut.Bagi sebahagian besar daripada kita hospital , kelinik,farmasi atau pun sesiapa yang ada kebolehan menjadi tempat tujuan bagi mencari ubat/penawar untuk menyembuhkan penyakit kita....itu penyakit yang menyerang para jasad kita!!,bagaimana pula kalau penyakit itu melibatkan masyarakat kita?..gejala sosial,derhaka kepada dua ibubapa,merompak,membunuh atau sebagainya?..
Ingat !!! Sebagai orang Islam yakin lah bahawa ubat yang paling mujarab adalah al-quran ,maka laksanakanlah..mafhum satu ayat al-quran " Al-Quran itu adalah penyembuh dan rahmat bagi org mumin...oleh itu baliklah kepada alquran dan munafaatkanlah...
Penawar Hebat...
Read more...Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya
Oleh itu dalam apa jua keadaan jadikanlah Islam itu sebagai pembimbing dan panduan,nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat.Ingat gangguan dunia ini akan sentiasa melanda namun Islam akan dapat menyelamatkan kita Percaya dan yakinlah.
Islam itu terbaik
Read more...Sehari dua hari ini orang-orang politik bagaikan berpesta.Pesta mengulas.Dari yang bertaraf pemimpin sehinggalah ke peringkat pengikut.Semua mengulas,ulas apa!? kerajaan perpaduan.
Saya juga tertarik dengan isu ini,cumanya sebagai pemerhati maka memadai hanya dengan menilai dan menafsir apa yang di ulas itu sahaja.Tetapi apa yang agak mengejutkan saya sudah ada orang sekarang ini sudah berani untuk mempertikaikan alQuran itu sendiri.Apabila dibaca ayat alquran berkaitan pertemuan Musa dengan Firaun dalam kontek untuk berdakwah di sana sudah ada pengikut yang berani mempertikaikan bahawa itu adalah semasa Firaun dan tidak boleh sama dengan situasi sekarang.
Saya tidak ustaz malah usrah dan tamrin pun kadang-kadang,namun gejala seperti ini amat menyedihkan dan ini perlu diperbetulkan.Betul Tok Guru memberikan pandangan namun kita hanya mendengar sekerat-sekerat sahaja.Saya percaya kalau kita bersama dalam sidang Tok guru maka persepsi kita akan lebih bebas dan tidak selancang mempertikaikan apa yang disampaikan oleh para ilmuan.Semuga Allah mengampuni apa yang tersilap yang telah kita lakukan..Aminnn.
Berpolitik biar rasional....
Read more...
SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?ceritanya di sini
sumber Ibn Hasyim
Bangga walau pun belum jadi....
Read more...
AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada 13 jun 2009.Maklumatnya saya petik di sinidan ulasan lain ada juga di sini.Alfatihah untuk Almarhum
Alfatihah untuk AlUstaz Fathi Yakan.
Read more...
