Banyak peristiwa pelik berlaku akhir-akhir ini.Kalau difikirkan ianya tidak terjangkau oleh akal kita bahawa ianya akan berlaku.Tetapi dewasa ini ianya berlaku dan terjadi di depan mata kita dan dapat kita melihatnya.Lihatlah betapa ramai anak-anak yang menderhaka kedua ibu bapa.Lihatlah betapa ramai manusia yang bercakap tetapi tidak melakukanya,yermasuklah yang bergelar ustaz dan ulama'.lihatlah betapa ramainya manusia yang melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu dan kehendak walau pun ianya dilarang Allah dan Rasulnya.Maka musibahnya sebagaiamana dijanjikan bala datang menimpa.Timpanya itu dalam berbagai cara dan bentuk.Sama-samalah kita memerhati dan menilainya.Yang tentu bala itu tidak disukai oleh semua makhluk yang bernyawa.
Presiden UMNO apa penilaian anda?
Annuar Musa,Adnan Yaakob dan beberapa lagi pimpinan senior UMNO dilaporkan berkata, BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil berkenaan kerana membazirkan masa dan wang saja. Menurut Annuar BN tidak akan menang.
Dua kenyataan di atas tidak pernah kita dengar dan lihat sebelum ini.Kalau ada pun itu pun melibatkan kata-kata yang menjurus kepada kakitangan awam sahaja sebagaimana kata-kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam .Namun hakikatnya kata orang cakap tak serupa bikin.Contohnya banyak,tidak perlu di sebut,malah ada di mana-mana bermula dari sekecil-kecil agensi seperti JKK sehinggalah ketua Pengarah berlaku sikap double standard ini.
Yang lebih terkejutnya dan tidak pernah berlaku selama saya hidup ini kenyataan orang politik sebagaimana di atas.Tambahan lagi ianya membabitkan orang parti yang memerintah kerajaan pusat.Pada saya ini merupakan tanda kepada kejatuhan yang akan berlaku dan satu perubahan yang tidak dapat kita ungkapkan dengan perkataan pasti akan dapat kita lihat lambat atau cepat.
Anda bijak menilai
Read more...Lama tidak update ini,mungkin dah satu minggu.Komputer rosak.Itu jawapannya.
Dalam seminggu berbagai peristiwa berlaku bermula dengan perletakkan jawatan ahli parlimen permatang pauh sehinggalah berita kematian ketua penerangan muslimat PAS Terengganu Kak Dah dan terbaru pagi ini 05/08/08 lebih kurang satu jam yang lalu satu lagi berita kematian saya terima.Ini melibatkan seorang guru sekolah Wataniah Machang Kelantan,kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ahmad Azzam Hanafiah, yang kembali ke rahmatullah pad 31 Julai 2008 kira-kira 10.15 malam.
Allahyarham adalah bekas Exco Kanan Kerajaan PAS Terengganu pada pemerintahan kali pertama parti itu sekitar tahun 1959 hingga 1961.
Kenapa berbicara pasal mati kali ini?sebab semua kita akan melaluinya.Cumanya tak tahu bila.Oleh itu bersiaplah semuga kita dalam keadaan sebagaimana yang kita doakan pada setiap hari iaitu hidup dan mati dengan iman serta kehidupan kita disudahi dengan husnulkhotimah bukan suulkhotimah .amin....
Mati itu satu kemestian.
Read more...
Pagi ini sempat ikut kuliah pagi oleh ustaz Fadli kalau tak silap,antara intisarinya bahawa Rasulullah S.A.W pernah bertahaluf siassi dengan orang bukan islam semasa beliau tidak dibenarkan masuk ke Mekah oleh musyrikin Mekah sepulangnya beliau dari Taif,dan salah seorang pembesar mekah pada masa itu yang bernama(kalau tak silap sebab tak jelas) Mut'iem bin Adi telah menjamin keselamatan nabi untuk masuk ke Mekah dan dengan jaminan itu nabi masuk ke Mekah dengan selamat.
Dengan memberi jaminan kepada nabi Mut'iem telah didatangi oleh Abu Jahal apakah beliau hanya memberi jaminan sahaja atau telah mengikut ajaran Muhammad.Mut'iem mengesahkan bahawa belaiu memberi jaminan sahaja tetapi tidak mengikut ajaran Muhammad.Ini terbukti yang beliau mati dalam keadaan tidak Islam.
Rasulullah S.A.W. semasa perang Badar apabila berhadapan dengan tawanan perang telah bersabda bahawa jikalau Mut'iem masih ada dan kalau diminta oleh beliau nescaya aku akan membebaskan tawanan-tawanan badar ini.Begitulah terkesanya nabi dengan apa yang telah dibuat oleh Mut'iem semasa hidupnya.
Sebagai kesimpulan secara zahir saya amat bersetuju dengan Tok Guru Nik Aziz bahawa dengan bukan Islam yang tidak pernah menipu kita adalah lebih baik untuk kita mendekatinya daripada orang atau golongan yang mengaku Islam tetapi pernah mengkhianati dan menipu kita bukan sekali malah berkali-kali.
Jumaat 25/07/08
Read more...
Semuga dipanjangkan umur untuk terus memimpin kami
Semalam 23/07/08,isu muzakarah PAS-UMNO sedikit terurai apabila majlis syura memutuskan tiada lagi muzakarah antara keduanya.Apa yang ada cuma bersemuka(muqobalah) sahaja.Semua menarik nafas lega termasuk kami sekeluarga bermula dari anak-anak yang tak tahu apa pasal politik sehinggalah yang sudah lanjut usia.
Apa yang menarik ialah kenapa Tok guru Nik Aziz begitu beria-ia sangat menolak muzakarah tersebut,rupa-rupanya pengalaman lalu telah menjadikan beliau serik untuk bertemu lagi dengan UMNO.
Ternyata kenyataan beliau dalam temubual bersama surat khabar Siasah mendedahkan segala-galanya,DAP walau pun dipimpin oleh orang yang bukan Islam tetapi ternyata tidak pernah menipu,tetapi UMNO walau pun mengaku dan berlabel Islam dalam kebanyakan isu tetapi ternyata menipu dan PAS pernah ditipu olehnya,inilah realiti yang mahu disebut dan di terangkan oleh Tok guru.
Alhamdulillah persetujuan telah dicapai di kalangan ulama yang memimpin melalui majlis syura maka kami sebagai pengikut sentiasa berdoa semuga Islam dan pengikutnya yang asli dan berkualiti sentiasa diberi petunjuk dan hidayah serta dalam jagaan Allah dan menemui kejayaan sebagaimana yang dijanjikan insyallah.
Muqobalah...itu saja
Read more...Hari ini saya lewat ke tempat kerja kerana ada satu urusan penting juga berkaitan kerja di pejabat cawangan.Dalam berbincang timbul beberapa isu yang menjadikan saya berfikir dan terfikir dalam konteks pekerja apa amanahkah kita ini?.
Kenapa persoalan ini saya timbulkan?kenapa tidak? kadang-kadang terfikir amanah kah kita bila menggunakan harta pejabat(awam) kita tanpa segan silu menggunakan sehabis mungkin dan kalau harta itu kita yang punya maka kita akan "berkira" demi tidak menjejaskan kita samada dari segi kualiti atau pun kuantiti mahu pun kewangan.Cuba kita tengok orang-orang pejabat bila guna kereta pejabat bukannya hendak cermat kalau nampak lubang atau bonggolan bukanya membrek malah lagi laju adalah.kalau kereta sendiri saya yakin dia akan "bercermat".
Lagi....Amanahkah kita, dalam buat tuntutan perjalanan 0.5 km pun kita tuntut,tetapi kalau guna kereta pejabat untuk urusan yang peribadi,mana ada kita "berkira"kita belasah saja,untuk pergi minum pagi ke, untuk pergi pasar ke,untuk pergi hantar anak sekolah ke,malah ke mana saja,alasan kita urusan pejabatlah.(tapi Allah tahu)
Amanahkah kita,bila buat tuntutan lebih masa,10 minit pun bertekak dengan penyelia mempertahankan yang kita bertugas lebih masa,tetapi masa setengah jam atau kadang-kadang satu jam yang kita ambil untuk minum dan kononya "sembahyang" itu dan kadang-kadang sampai tiga atau empat kali sehari tidak pernah pun kita ambil kira,kalaulah penyelia bertekak balik apa nak kata!!!! mahu terbeliak biji mata...marahkan?!!!!.
Amanahkah kita bila mendapat mandat untuk membuat pesanan barangan bekalan untuk pejabat maka kepentingan komisen untuk diri mesti dulu di ambil kira.Masing-masing mencari, kalau kereta setidak-tidaknya dapat harga spesial untuk diri bila kita repair atau beli tayar baru.Kalau perabut mungkin dapat harga murah kalau kita beli untuk diri sendiri atau terus dapat komisen seratus atau dua ratus,lepaslah duit minyak...(pergi merayap pun pakai kereta pejabat juga).
Amamahkah kita bila bermesyuarat berbincang tajuk rahsia tetapi bila keluar mesyuarat tak sampai sepuluh minit rahsia sudah menjadi bualan ramai...(mulut lembik)rupa-rupanya rupa tidak menggambarkan budi bahasa...malanglah orang-orang sebegini.
Amanahkah kita bila berdepan dengan sahabat-sahabat sekerja bukan main-main, senyum manisnya tidak terkira,mengalahkan ratu cantik yang sedang mengayakan pertunjukkan.tetapi bila di belakang senyum sudah jadi maki,kadang-kadang makian dan cacian lebih hebat daripada malaun yang banyak dosanya itu.
Rupa-rupanya politiking di pejabat lebih hebat daripada politik di alam realiti,kerana itu kita lihat amanah sudah hilang ketepi malah pentingkan diri sudah menjadi sebati dan semakin menjadi realiti.....kisah amanahkah akan kita sambung nanti di lain hari.
Amanah
Read more...Apakah perlu muzakarah tersebut?.Kalau dilihat ulasan dan pandangan yang diberi setakat ini terdapat dua pandangan ada yang setuju ada yang tidak.bersetuju demi untuk kebaikan Islam dan Melayu.Tidak bersetuju kerana masih fobia dengan perangai UMNO yang sering tidak menepati janji dan kalau dilihat sejarahnya UMNO ini memang sering mengkhianati kepercayaan yang diberi malah dalam kita yang menyendiri pun UMNO sering menyerang tanpa belas ehsan.Tengok sajalah bagaimana berlakunya pembunuhan di Memali Kedah,Penafian royalti minyak semasa PAS memerentah Terengganu dan penafian perkapita di kawasan-kawasan yang diwakili PAS dan terbaru selepas pilihanraya mac 08 di Kelantan peruntukkan yang telah diluluskan melalui JPP di kawasan yang dimenangi oleh PAS telah ditarik balik dan di agihkan ke kawasan-kawasan yang di menangi oleh UMNO.Itu peruntukan kepada agensi kerajaan pusat kalau peruntukan kerajaan negeri maka jauh sekalilah.itulah sebenarnya yang dibimbangi oleh Tok Guru Nik Aziz(TGNA) dan ramai lagi daripada kita.
Bagi yang menyokong muzakarah ini,mereka ada pandangan tersendiri. Presiden termasuk ulamak dan majlis syuranya serta entiti yang lain menetapkan agenda pemantapan Islam dan melayu sebagai galang-ganti kepada pertemuan ini.
Di sini kita sedut sedikit komen TGNA semasa ditanya berkaitan perkara ini:
"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita. "Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam. Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya. "Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.
Sebagai akhirnya saya berpendapat pertemuan ini perlu jika diyakini ianya akan betul-betul membantu dalam menegakkan Islam dan Islam itu sendiri dapat di tegakkan dan sudah pasti pertemuan ini menjadikan PAS tidak akan tertipu lagi.Untuk ke arah tersebut sudah semestinya akan ada syarat dan perkara inilah yang perlu dihadamkan oleh setiap anggota PAS bermula dari Mursyidul Am,Presiden sehinggalah ke peringkat paling bawah,dan Alquran adalah panduannya.
“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”(Al-Anfal 61-62)
Muzakarah PAS-UMNO
Read more...

