8:17 PM

lemah

rambut lurus nak kerinting

rambut kerinting nak lurus
semuanya tidak kena
apa nak jadi manusia...

Share/Bookmark Read more...

7:48 PM

harapan

kaya itu cita-cita
miskin derita orang tak suka
maka ramai-ramai usaha
untuk berjaya
namun apa yang ada
masih ada miskin dan kaya
lagi ramai-ramai usaha
untuk berjaya
miskin dan kaya
wujud juga
orang dah kata 
miskin dan kaya
pasti ada
kamu usaha
mesti dengan doa
pasti berjaya

Share/Bookmark Read more...

12:04 AM

Harta

harta

carian manusia
muda atau tua
mahukan harta
pagi harta
petang harta
malam harta
tidur mimpikan harta
hidup ini hanya harta
walaupun mengelodak jiwa
bermusuh dimana-mana
kerana harta..
jiwa lara
buat apa sahaja
biar berharta..





Share/Bookmark Read more...

9:35 PM

Mufti

mufti orang berilmu

dengan ilmu pasti tahu
antara suka dan malu
kini kenapa jadi begitu
sudah tidak tahu bersuku
sampai gadai ilmu
cuma untuk itu
alahai ruginya kamu
kalau dihisab dengan ilmu





Share/Bookmark Read more...

5:16 PM

YB Aku

Tahniah untuk mu

menang pru
dulu guru
kini YB ku
dulu selalu singgah rumahku
kini sekadar lalu
jauh sekali untuk beradu
betul telahanku
kau pasti akan jadi begitu
doaku
sedarlah dirimu
sebelum masa berlalu


Share/Bookmark Read more...

9:17 PM

Manusia

manusia atau insan

memang kejadian tuhan
jenis  makhluk yg suka melawan
terutamanya kebaikan
bila disuruh engkar jadian
bila dilarang melawan
itu lumrah kejadian insan
memang disebut tuhan
dalam alquran

Share/Bookmark Read more...

8:17 PM

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
untuk para guruku
tidak terhitung budimu
dalam mendidik aku
semoga menjadi bekal mu
di kala semua membisu
ikhlaskanlah segala usahamu
akan ku doa untukmu...






Share/Bookmark

Read more...