Selepas membaca berita ini,ini dan ini,betul tanggapan saya,belum apa-apa "ulama" dah mula "berkhilaf"(baca;bergaduh).Kalau orang kampong (baca:jahil) kita tidak hairan hatta mereka membunuh sekali pun sebab mereka jahil,tetapi sebagai "ulama",kita hairan (?), di mana "ilmu" yang anda pelajari selama ini atau pun masih belum khatam lagi, sekurang-kurangnya bab akhlak.Sebagai nasihat isytiharkanlah diri anda sebenarnya bukan ulama' tetapi hanya "ulama'" kerana anda cuma belajar dan dapat sijil sahaja,dan selepas pengisytiharan itu anda boleh lakukan apa sahaja yang anda suka .Sesungguhnya kami tidak kisah lagi tentang anda!!!.
Melihat berita ini dan trend semasa agak-agak ada kemungkinan bukan?!!..kita doakan.
Calon NC USM yang baru...?
Read more...Melihat kepada berita ini,jika benar sebagaimana dilapurkan saya rasa orang kampong yang tidak mengaji pun lebih berakhlak dan bersopan dalam berhadapan dengan sesuatu provokasi.Bagaimana mungkin anda boleh mendapatkan "ilmu" daripada orang yang semacam ini?...
Apabila "ulama'" berkata-kata
Read more...Ulama itu orang berilmu
ilmu dicari tanpa jemu
tanpa mengira masa dan waktu
tujuannya hanya satu
demi untuk bekal di kala buntu
Bila berilmu
tentu tahu
bila tahu
sudah tentu tidak kena tipu
Ilmu yang ada kena amal selalu
kalau tidak bukan ilmu
itu cuma sekadar tahu
kerana tahu itu bukan ilmu
orang berilmu otak tidak buntu
sedikit cakap Allah membantu
dalam apa hal semuanya laku
itulah lebihnya ilmu
kerana ilmu
maka kena mengajar selalu
sebab takut manusia jadi dungu
bila ramai sudah tahu ilmu
maka tiada lagi yang dungu
maka selamatlah kita selalu
dari bala bencana yang tidak tentu
apa betul ulama itu berilmu
sedangkan hari-hari tidak menentu
asyik saja kena tipu
oleh mereka yang tahu
kalau begitu dia hanya tahu
bukannya berilmu
sebab itu kena tipu
orang tahu Allah tidak bantu
sebab dia tiada ilmu
bagaimana mungkin begitu
dia sudah mengaji laju
ijazah juga dihitung satu persatu
daripada universiti negara maju
percayalah itu
semuanya tertipu
dek kerana ilmunya sekadar tahu
itu semua tidak membantu
untuk mencapai kehendak yang SATU
Untuk "Ulama"
Read more...Melihat kepada kerja-kerja pembangunan semula di Makkah ini mengingatkan saya semasa mengerjakan rukun islam itu beberapa tahun yang lalu.Apakah dengan siapnya kerja-kerja menaiktaraf ini maka segala kerja-kerja ibadat kita di sana akan lebih selesa dan mudah,bersamalah kita berdoa agar ianya dipermudahkan InsayaAllah..
sumber di sini
Makkah : teringat kisah lama yang rasanya bagaikan semalam...
Read more...Anda kenal speaker garam ?...bagi orang Kelantan 'loud healer"itulah dipanggil speaker garam.Jarang berlaku dalam sejarah perasmian orang guna speaker garam ni,tetapi nak jadi cerita di Kelantan bulan jun 2010 ini mencatat sejarah.(Selalunya loud healer ini orang yang jual garam selalu gunakan apabila menjaja garam,itulah asal timbul cerita pasal speaker garam ini.
Cerita perasmian dia tengok sini
Rasmi Fiesta Kelantan 2010 pakai "speaker garam"
Read more..."Peperiksaan" adalah sesuatu yang membebankan.Kewangan,masa,fikiran dan sebagainya,bukan sahaja membabitkan pelajar itu sendiri malah ibu bapa,guru-guru dan sebagainya.
Cuba bayangkan ibu bapa bertungkuslumus berusaha untuk memastikan anak-anak mereka berjaya maka pelbagai usaha dilakukan.Tuisyen,buku kerja dan kepelbagaian peralatan terpaksa diadakan dan ini adalah memakan belanja yang besar sehingga "mengorbankan" kepentingan-kepentingan lain yang sepatutnya didahulukan,namun untuk melihat anak-anak mendapat "A" sepenuhnya maka "pengorbanan" ini diperlukan.
Di pihak guru pula,demi untuk menjaga reputasi sekolah,di samping adanya janji pelbagai ganjaran maka pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan keputusan sekolah masing-masing cemerlang.Demi sebuah nama ada sekolah-sekolah yang kelasnya tujuh hari seminggu siang dan malam bermula sejak dari tahun satu lagi.Anda boleh bayangkan bagaimana jadi dengan guru,murid serta ibu bapa yang sekolah mereka macam ini!!?.
Bagi murid-murid pula,kerana setiap hari di"suap" dengan kerja sekolah,tuisyen dan sebagainya maka perkembangan jasad dan minda sebenar terpaksa di"abaikan sehinggakan ada hari dan masa mereka tidak dapat berinteraksi dengan dunia dan alam yang sepatutnya dinikmati oleh mereka.Itu cuma untuk dapat 5A dalam UPSR sahaja,bagaimana lagi dengan peperiksaan yang lain.
Jadi untuk kerajaan dan kementerian,sebagai harapan jika idea ini sudah diutarakan maka teruskanlah.Sebenarnya jika cadangan ini dilaksanakan kita akan dapat lebih daripada apa yang kita jangkakan.Banyak "tekanan" yang selama ini menghantui kita ibu bapa,anak-anak dan guru-guru akan beransur pergi dan sebagai manusia yang banyak kelemahan bila kurangnya tekanan ianya akan beroleh ketenangan,dan bila kita tenang maka banyak perkara yang baik yang boleh kita lakukan dan ini menguntungkan kita rakyat dan negara sebenarnya.
UPSR & PMR..eloklah kalau nak ditiadakan pun..
Read more...
