"Mampukah mereka yang keluarganya dalam sengsara mengamankan negara, dan membahagiakan rakyat jelata? Kita juga letih mendengar nasihat dari mereka yang pernah menjadi pemimpin, yang mengecewakan, tidak berhenti-henti turut memberi nasihat dalam berbagai perkara pula. Bolehkah, sebagai rakyat, kita katakan kepada mereka, dalam bahasa yang mereka mudah faham - 'please leave us alone.'"
Nak tahu penulisnya,baca di sini
Islam menetapkan bahawa judi itu adalah haram hukumnya.Bila ianya haram maka kita kena jauhi dan mencegah daripada berlakunya judi itu.Bagaimana jadinya kita kalau kita tidak bertindak untuk mencegah dan menghalang daripada "terjadi"nya judi itu.Sudah tentu hukumnya adalah berdosa.Tahap dosa pula bagi judi ini adalah tergolong dalam kategori dosa besar.
Bagaimana pula kalau kita yang ada "kuasa"(baca :pimpinan yang memerintah),sudah tentu tahap kebertanggungjawabannya lebih daripada orang biasa,tambahan lagi kita juga telah memberi "kebenaran" pula untuk berjudi itu.Pada saya kalau pemimpin, menjadi tanggungjawabnya dan bertanggungjawab apabila berhadapan dengan Allah pada hari yang tiada guna harta dan anak pinak terhadap apa yang dilakukan di dunia ini.Kalau ianya tidak tahu maka menjadi tanggungjawab para penasihatnya pula untuk memberitahu.kalau ianya terus berdegil maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk membetulkanya hatta terpaksa berhadapan dengan mungkin kesulitan diri dan keluarga.
Dalam bab dosa ini,bukan sahaja judi malah riba juga adalah dosa,malah Allah mengajak mereka yang beramal denganya "berperang".Dalam meneliti perkara riba' ini saya kadang-kadang terfikir,kenapa ianya tidak sangat menjadi isu dan tidak sebising judi,atau kerana sekarang ini sudah ada bank islam?,kita kena ingat sekarang ini walaupun ada bank islam namun bank yg tidak islam masih terus dikekalkan dan dalam hal ini pada saya serupa sahaja antara judi berlesen dengan tidak berlesen.
Saya nampak kalangan orang yang "tahu" ini semacam "double standard"dalam bab ini.bila judi bising-bisingan menetang,baguslah begitu,tetapi bagaimana pula dengan riba',ada sesetengah yang bergelar ustaz kadang-kadang lebih daripada orang jahil beramal dengan riba' ini.Rumah berbilang buahnya,kereta berbilang jumlahnya,semuanya hutang,kadang-kadang riba'lah menjadi sandaranya,alasan hutang cara islam itu lebih mahal berbanding dengan hutang konvesional.MasyaAllah pohon Allah ampunkan.
Judi dengan Riba'- kena tentang semuanya!!
Read more...1
Jijik,mual,menyampah itulah perasaan bila menonton program 999 TV3 20/05/2010.Bukan programnya tetapi "pelaku" yang dipaparkan dalam slot tersebut.Bagaikan tiada rasa bersalah,malah daripada perbualan fasih yang sempat didengar saya percaya mereka berbangsa Melayu.(mungkin saya silap) namun apa bangsa pun perbuatan ini adalah menjijikkan.
2.
Jijik juga,ini berkait dengan judi.Judi memang selamanya adalah haram,dari sejak negara belum merdeka belum berlaku sebagaimana sekarang ini.Kalau dulu lesenya diberi juga untuk menghalalkan yang haram itu tetapi kali ini lebih "terbuka" sifatnya
3.
"Perang saudara" berlaku di Thailand,antara baju merah dan kerajaan sehingga mengorbankan puluhan nyawa.
Dua perkara yang berlaku adalah di negara kita Malaysia ini.Satu lagi berlaku di luar negara.

Kisah yang kedua dan ketiga juga seharusnya kita renungkan.Kedua-duanya berlaku di negara kita yang disayangi ini.Cuba ingat balik bagaimana kaum nabi Allah Lut di hancurkan kerana amalan seks sejenis di kalangan mereka.Peristiwa yang dipaparkan melalui program 999 itu saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku dizaman nabi Allah Lut.Begitu juga dengan judi,juga adalah amalan yang mencari murka Allah.Tidak takutkah kita "bencana" yang akan ditimpakan kerana kemungkaran itu.Sesungguhnya begitu banyak sekali perkara-perkara mungkar yang lain yang sedang dan sudah berlaku di negara kita ini.Apakah kita sanggup berhadapan dengan "ujian" Allah yang dijanjikan kepada golongan yanga mungkar?Apa yang dikesalkan kenapa kita tidak menginsafi semua ini,ingat golongan yang "baik"juga akan "terkena"jika dikirimkan "ujian" itu(mohon perlindungan Allah).Oleh itu ayuhlah para ulama',mufti,dan ugamawan serta orang-orang yang "baik".Lupakan kepentingan diri kerana sedikit kesenangan dunia sehingga kita membisu seribu bahasa terhadap kemungkaran ini.
Tak takut ke...?
Read more...Salam ingatan kepada semua anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk sesi 2009/2010 ini,semoga kalian akan beroleh kejayaan yang terbaik.Usahakanlah dengan sedaya mungkin semoga usaha padu dan kesungguhan anda dibalasi dengan kurniaan kejayaan. Kami mendoakan agar dipermudahkan kefahaman dan ketenangan dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Lapangkan fikiran usah berdukacita kerana "susah" itu adalah merupakan adat berada di medan juang,tanpa ujian maka itu bukannya perjuangan.
Demi sesungguhnya dalam hidup ini sudah ada ketentuan Tuhan,namun apa yang perlu kita hanya berusaha,berdoa dan tawakkal insyaAllah akan diberkati Tuhan.
Apa pun doa dari kami untuk kalian semoga berjaya
Remember: NOTHING BUT EXCELLENT!!
Untuk anak-anak di Medan Perjuangan..
Read more...Syabas dan tahniah untuk anda kerana berjaya menjadi seorang kaunselor.Hasrat anda ke arah itu tentunya dengan satu hasrat untuk melihat "kebaikan " akan berlaku di kalangan ahli masyarakat.Setelah berpenat menghabiskan pengajian bermula di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat doktor falasafah maka sudah tentu ianya tidak seharusnya dipersia-siakan begitu sahaja,ianya hendaklah dimunafaatkan bersesuaian dengan apa yang diperolehi tersebut.
Sebagai muhasabah bersama,ingatlah tugasan anda ini sebenarnya amanah,bila amanah ianya hendaklah dilakukan dengan ikhlas.Jangan jadikan bidang ini sebagaimana perniagaan impot-ekspot atau bisnes kereta dan sebagainya yang menjadikan pulangan material sebagai tajuk utama.Memang tidak dinafikan gerak kerja kita untuk "menghidupkan"bidang ini adalah perlu kepada "booster" untuk menghidupkanya,tetapi kalau matlamat itu yang diutamakan maka dibimbangi hasil yang kita akan dapat adalah dalam bentuk "hampas" yang sudah tentunya tidak berguna.Di dunia kita rugi cuma dapat hampas dan di dunia yang satu lagi juga sudah tentu juga kita akan dapat hampas.
Perelokkanlah akhlak diri anda,jangan hanya elok bila "bermotivasi" tetapi di belakang tabir kehidupan anda penuh dengan kecelaruan.Bila diperlukan khidmat anda janganlah berlaku tawar menawar,sehinggakan RM5 pun berkira.
Kita lihat bercambah "training centre" yang wujud namun bercambah juga gejala yang tidak elok yang berlaku malah keluar sahaja daripada "pintu" pusat latihan terus sahaja "bertukar"perangai.Kalau malamnya boleh menangis insaf tetapi keinsafan itu "ditinggalkan" dalam pusat latihan bersama para kaunselor dan motivator yang ada.Kenapa begini?..Berubahlah wahai sahabat-sahabat para kaunselor(baca: bukan semua),pembawaan anda sebenarnya tidak sesuai untuk menanam benih kebaikan,kerana "benih" yang anda tanam itu bukan benih yang sebenarnya.Berubahlah....
Untuk yang bergelar kaunselor
Read more...Selamat Hari guru
untuk yang telah mengenalkan aku tentang diri
tentang alam
tentang pencipta
tentang pelbagai
sehingga aku menjadi sebagai aku hari ini
untuk kalian ku doakan
kerahmatan
keberkatan
penganugerahan
semoga kita semua beroleh syurga Tuhan..
Untuk Guru-Guru-Ku
Read more...Entah kenapa bila bangun pagi ini rasa ceria dan gembira pula rasanya.Walaupun malam tadi tidur agak lewat tetapi keceriaan pagi ini melebihi keceriaan hari-hari sebelumnya.Setelah merenung-renung rupanya ada suatu peristiwa semalam yang membangkitkan "angin" untuk ceria.
Terfikir rupanya beginilah kalau orang "sakit"bila disuakan dengan sesuatu yang menjadi minatnya maka sakitnya akan hilang dan terus sihat.Sebab itulah kalau di sesetengah tempat semasa lampau di Pantai Timur kalau ada orang sakit maka mereka akan mengadakan upacara main puteri atau pun silat,dan apabila muzik gendang,serunai dan gong dimainkan maka "angin " pesakit akan terusik dan tidak semena-mena akan sihat dan sembuh daripada penyakit yang dihidapinya walaupun dalam tempuh yang sekejap.
Saya pun mungkin begitu hari ini terasa segar dan ceria bila mendapat berita daripada Sibu....Tahniah dan selamat berjuang..
Hari yang ceria
Read more...
