10:35 PM

Sudah ada yang menyesal jadi Melayu...

Sudah seminggu lebih rasanya tidak menjegah maya.Berkebetulan pula ada tugasan luar.Tambahan lagi dengan kelembapan Streamyx yang menjadi-jadi di lokasi menyebabkan laptop dibiarkan "tidur" bersama dengan pakaian di tempat menginap tersebut.

Dalam minggu ini juga ada dapat SMS daripada kawan yang melepaskan perasaan yang beliau sedih menjadi Melayu.Katanya apa tidak sedihnya dalam bulan ini saja bermacam-macam orang selain Melayu dapat.Mulanya saya tidak perasan tetapi bila diungkitnya beberapa "pemberian" oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Hulu Selangor dan sekarang ini di Sibu baru saya perasan dan faham tentang keluhan kawan ini.

Kata kawan itu lagi cuba bayangkan Melayu cuma dapat duit poket seratus,dua ratus atau tiga ratus lepas itu layu dan senyap sunyi dengan angan-angannya.Duit yang dapat itu pun bukan buat apa pun,beli rokok dan beli "topUp" telefon bimbit saja dan habis gitu saja.Tetapi bangsa lain dapat puluhan juta,bila dapat digunakan untuk pembangunan insan di kalangan mereka(pelajaran).Kesan kepada perbelanjaan ini akan bereterusan sampai bila-bila.Bila belajar maka sudah tentu akan cerdik.Bila cerdik anda semua tahulah apa kesannya.Melayu...hanyut dibuai mimpi dengan sejarah kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia".Memang tidak hilang, tetapi apa gunanya kalau merempat.

Kata kawan itu lagi betapa sekarang ini sudah banyak Melayu "kehilangan " hak dan peluang samada pendidikan,peluang pekerjaan malah apa sahaja yang menjadi dominan kepada Melayu itu sendiri di masa lampau..Menyesal betul jadi Melayu kata kawan itu.








Share/Bookmark

Read more...

1:15 AM

Para promoter produk kesihatan...berakhlak dan beramanahlah anda!!

Dewasa ini semakin banyak produk kesihatan muncul menemui pengguna,dan sebagaimana semua maklum mutu kesihatan di kalangan penduduk tidaklah begitu baik berbanding dengan kecanggihan kaedah perubatan yang ada.

Penyakit darah tinggi,Kencing manis,buah pinggang,jantung dan sebagainya adalah lumrah sekarang ini,dan kadang-kadang ada gurauan kalau anda tiada penyakit-penyakit ini maka anda adalah daripada golongan yang luar biasa.

Oleh sebab penyakit-penyakit tersebut dilihat amat berleluasa sekarang ini maka peluang ini telah diambil oleh pihak-pihak yang tertentu untuk menghasilkan pelbagai produk dengan tujuan untuk "mengubati" penyakit-penyakit tadi.Walaupun ianya ada sedikit kesan namun pada saya kepentingan material mengatasi segala-galanya berbanding untuk menyihatkan pengguna itu sendiri.Kenapa begitu?,anda lihatlah betapa produk yang dihasilkan itu walaupun bersumberkan bahan mentah yang mudah diperolehi dan murah itu telah dijual dengan harga yang begitu tinggi dan kadang tidak terfikir dek akal kita.


gambar hiasan

Di satu pihak perangai manusia yang sakit atau yang tidak sakit memang semuanya takut mati.Semuanya inginkan tubuh badan yang sihat dan kalau boleh umur yang panjang dan seboleh-bolehnya jangan mati.Kerana "perangai" inilah maka kesempatan diambil oleh para pengeluar untuk "menjerat" pengguna yang "sakit" tadi dengan menawarkan produk-produk mereka yang didakwa berkhasiat dan mempunyai segala-galanya.

Ada di kalangan promoter yang mewakili beberapa pengeluar produk kadang-kadang kempennya agak melampau dan ini mempengaruhi sebahagian daripada kita.Ada kes dimana pesakit diberi jaminan apabila mengambil produknya maka tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan yang diberi pihak hospital.Alasannya kerana ianya "bercun" dan boleh merosakkkan organ dalam badan.Anda bayangkan,kadang-kadang pesakit ini sudah mengambil ubat ini dalam tempuh yang lama,contohnya untuk mengawal darah tinggi.Tiba-tiba kerana "kempen" yang "mempesonakan" maka ubat darah tinggi yang sudah berpuluh tahun yang diambil itu diberhentikan pengambilanya.Anda bayangkan apa yang terjadi kepada pesakit ini...

Oleh kerana terlampau percaya dengan dakwa dakwi promoter produk kesihatan ini juga ada kes berlaku serangan strok di kalangan pengidap darah tinggi dan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian.

Ada juga kes dimana mereka dilarang untuk mengambil "paracetamol" dengan alasan ianya akan mengganggu kesetabilan buah pinggang dan ianya kekal sehingga tempoh lima tahun untuk dikeluarkan daripadanya walaupun hanya sebiji yang diambil.


gambar hiasan

Ini diantara senario yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.Oleh itu keperihatinan pihak pengeluar adalah amat-amat diperlukan supaya tidak berlaku terlebih "kempen" yang akhirnya akan "merosakkan" diri dan jasmani masyarakat itu sendiri.Berakhlak dan amanahlah dalam kehidupan ini.






Share/Bookmark Read more...

7:32 AM

Allah haramkan Judi



Jelas dalam Islam Allah haramkan judi.Kenapa kita menghalalkanya?.Dalam mesyuarat baca Bismillah,beri salam dan sebut InsyaAllah,nampak gaya macam ada iman tiba-tiba judi yang Allah haramkan nak dibolehkan pula.Baca di sini.Sebagai harapan,kaji semula lah kenyatan itu,Kalau tersalah baliklah ke pangkalnya lagipun lesen pun belum keluar lagi,banyak sudah dosa yang kita lakukan jangan hendaknya ditambah lagi dengan dosa ini nanti tidak tertanggung kita,tambahan lagi dosa ini sebenarnya membawa bala'.Taubatlah kawan...takutlah akan neraka Allah yang membakar dimana bahan bakarnya adalah terdiri daripada Jin dan Manusia


gambar hiasan



Share/Bookmark Read more...

5:06 PM

Kawan!!..jangan jadi kaduklah...

Kawan
dunia belum lagi mati
kiamat juga belum muncul lagi
itu sebab kita masih ada di sini

kawan
kenapa gopoh sekali
cuma sedikit kudrat yang diberi
kenapa cepat lupa diri

kawan
kenapa tidak sabar diri
atau terasa sangat berkuasakah kini
ingat kita masih ada Ilahi
yang menegah itu dan ini
supaya terselamat di akhirat nanti

Kawan
kenapa begini
tidak terasa janggalkah diri
bila buat itu dan ini
yang sebenarnya bukan hak diri

Kawan
Kenapa perasan sendiri
walau pun dingatkan berkali

Kawan
rupanya begini orang lupa diri
peristiwa lalu bagaikan mimpi
cuma terkesan bila terkena diri
untuk orang lain apa peduli
yang penting aku ada kuasa kini

kawan
ingat kita di dunia ini
cuma singgah untuk membekali
bekal dicari untuk selamat diri
dari ancaman yang Maha mengentahui
ingat itu aduhai kawan yang dikasihi
kita tidak kekal di sini

Kawan
berbagai peristiwa kita lalui
malah kita alami sendiri
kenapa tidak insafi diri
atau memang kita lupa diri

Kawan
ingatlah pesanan ini
jangan lupa diri
biar orang lain yang tinggi diri
namun kita masih ada jati diri..









Share/Bookmark

Read more...

4:52 PM

Anda ada kenderaan?..hati-hati jangan amalkan lagi selepas ini

Sudah berpuluh tahun saya melakukannya sebelum memulakan pemanduan di awal pagi,rupa-rupanya amalan ini tidak baik dan merugikan kita.Kepada kawan-kawan pemilik kenderaan ayuh bersama kita mulakan gaya yang baru apabila kita mula menghidupkan kederaan.Klik dan Baca sini





gambar hiasan



Share/Bookmark Read more...

4:00 AM

Antara sebab susahnya kita untuk berubah...

Hari ini sempat mengikuti satu program ceramah oleh Datuk Dr Hj Ismail Alias,Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.Ceramah beliau dengan tajuk "Transformasi Minda Perkhidmatan Awam Malaysia" amat menarik dan mengujakan sehinggakan masa dua jam yang diambil beliau untuk ceramah tersebut bagaikan beberapa minit sahaja.Antara intisari yang dapat dikutip daripada ceramah tersebut ialah:

Kebanyakan pelan transformasi/perubahan akan mendapat tentangan daripada orang yang hendak diubah tersebut,diantara sebabnya ialah:
- Tidak berkemampuan
- Tahap toleransi rendah
- Kepentingan diri
- salah faham
- Kurang yakin/percaya
- Terkejut
- Masa tidak sesuai
- Perbezaan penilaian


Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi)



- Tiada Pendirian
- Tekanan Kawan
maka untuk berubah kita kena sesuaikan perkara-perkara ini supaya dapat diterima semua pihak.







Share/Bookmark Read more...

7:08 AM

Pesan untuk Kawan

Kawan
rupanya tidak lama
kini kita lihat segalanya

dulu guru kita bercerita
tentang hebatnya dugaan
satu masa ramai yang lupa Tuhan
terjerat dengan rasukan syaitan


segalanya ada kini
bunuh anak
bunuh abang
bunuh isteri
tendang bapa
tendang ibu
tendang isteri
hingga tak terbilang lagi

kawan
sedarkah kau kini
apa yang guru kita cerita dulu terjadi kini

kata guru kita lagi
kamu nanti ibarat seorang diri
kalau termusibah tiada yang endah lagi
mereka semua hanya jaga diri
walau pun punya wang sudah berguni

benarnya pesan guru kita ini
yang kita sempat melihat sendiri
bagaimana dunia ini diperkosa manusia sendiri

kini betul terjadi
manusia memberi janji
bagaikan tuhan empunya bumi
jika mahu itu dan ini
kamu kena ikut perintah ini

kawan
pesan guru kita lagi
kalau terjadi perkara ini
semasa kita hidup lagi
kita kena jaga diri
kerana orang semuanya tidak boleh diharap lagi
tambah lagi sekarang sudah tiada nabi

apa yang ada cuma dua sumber rasmi
Ouran dan hadis nabi
itu pun sudah ramai tidak peduli
kalau ada pun cuma banyak yang tidak asli
masing-masing penting diri
demi untuk jaga diri
penyelamat sementara di bumi

akhirat macam tidak peduli
sebab iman yang semacam tidak bererti

kawan
kini guru kita sudah tiada lagi
cuma pusaka yang ada kini
kita kena yakin diri
kerana itu semua janji yang pasti
apa pun semua kita akan mati
walau pun ramai yang tidak gemari...














Share/Bookmark

Read more...