2:58 AM

Rasuah: Mungkin ini juga puncanya ?....




Kebetulan hari ini ahad,sempat meneliti beberapa dokumen lama yang tersimpan,daripada simpanan ini terdapat beberapa prosidur dan peraturan berkaitan dengan beberapa jabatan.Dalam mengamati satu persatu terfikir dalam benak fikiran kenapa dan apakah rasionalnya digubal peraturan -peraturan ini.Banyak yang ada lebih kepada menyusahkan dari memudahkan.Kita tengok sekarang ini ada yang telah diubah pun,kalau dulu sebagai contoh, pengeluaran paspot sampai berminggu tetapi kini dalam tempuh satu atau dua hari sudah selesai,begitulah dengan beberapa perkara yang melibatkan beberapa jabatan yang sebenarnya boleh dipermudahkan.

Sebenarnya dalam jabatan-jabatan kerajaan kini masih wujud fenomena penggubalan dasar yang menyusahkan dan perkara inilah yang menjadi punca kepada berlakunya gejala "hulur"(baca:rasuah) ini.Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di agensi-agensi yang melibatkan banyak interaksi dengan orang awam,semua berlaku perkara ini.Contoh tidak payah sebut tetapi perhatikanlah sendiri.Kadang perkara paling remeh pun dibuat prosidur itu dan prosidur ini.Manusia,tahu sahajalah dia mesti nak cepat kalau lambat sikit mulalah cari jalan,dan untuk memudahkan maka rasuahlah!.

Semua tahu rasuah itu haram,ugama kata haram dan undang-undang manusia pun kata haram juga.Sebagaimana undang-undang Allah yang lain dilanggari, maka rasuah yang sudah tentu salah itu juga dilanggari oleh manusia.

Rasuah sebenarnya ditentang oleh semua orang,hatta orang rasuah juga lebih "menyibuk"kalau bercakap tentang rasuah dan kadang-kadang "menentangnya" lebih dari yang lain.Sebenarnya mereka ini amat dukacita kalau sesuatu perkara terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan ini dipermudahkan.dengan mudahnya itu akan menjejaskan peluang mereka untuk merembat apa sahaja demi kepentingan diri.

Oleh itu demi untuk mengurang kan gejala ini marilah bersama untuk membasmikanya.Kepada pegawai-pegawai kerajaan terutamanya yang "berkuasa"tapis-tapislah sesuatu proposal yang di angkat oleh anak buah anda itu,mungkin di sebalik cadangan itu tersimpan "sesuatu" demi tembolok sesorang atau kalau tuan empunya diri tidak bermaksud begitu mungkin ianya akan diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang suka mencari kesempatan.Bersama-sama fikirkan.











Share/Bookmark Read more...

1:49 AM

Bekam satu kaedah perubatan


Gambar Hiasan


Hari ini Alhamdulillah diberi Allah kelapangan,dan dapat balik kampung.Hari ini juga dikira bersejarah kerana berkesempatan mencuba satu kaedah perubatan tradisional iaitu "bekam".Walaubagaimanapun Perubatan yang disebut dan pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ini mempunyai beberapa pantang larang antaranya tidak boleh tidur selepas melakukan bekam,juga hendaklah "berpuasa' dalam beberapa tempoh waktu.Sebagai maklumat serba ringkas tentang bekam ini rujuk di sini.











Share/Bookmark Read more...

11:00 PM

Kerajaan...Ubahlah polisi !!

Membaca surat khabar sejak akhir-akhir ini,menyesakkan dada dan membingungkan fikiran.Banyak sangat berita yang membabitkan gejala kerosakan moral terutamanya yang membabitkan rumahtangga.Contohnya isteri curang dengan suami orang dan sebagainya.

Apakah wanita bekerja menjadi penyebabnya?Contoh terbaru cuba tengok di sini.Pendek kata gejala ini nampaknya kini semakin menjadi-jadi dan rasanya akan berterusan jika langkah-langkah yang proaktif ke arah pencegahan tidak diambil dengan segera.

Sebagai cadangan dan mungkin ini tidak popular,namun untuk kesejahteraan umat seharusnya dibuat walaupun ianya agak susah diterima masyarakat.Antaranya kurangkan pengambilan kakitangan di kalangan wanita,jika perlu tempatkan hanya di tempat yang betul-betul bersesuaian dan diyakini langkah ini akan menghindari berlakunya gejala pengangguran di kalangan penduduk terutamanya lelaki.Memang menjadi "sunnatullah"sebenarnya yang sepatutnya yang mencari rezeki adalah lelaki dan wanita add peranannya yang tersendiri disebalik wujudnya lelaki.Mungkin cadangan ini ada kelemahan dan ditentang namun melihat berlakunya berbagai gejala yang merosakkan kebelakangan ini mungkin ianya adalah satu alternatif.Jom bersama fikirkan!!.







Share/Bookmark

Read more...

10:13 PM

Saja-saja buat andaian

Semua maklum sekarang ini musim ekonomi meleset,radio, TV,surat khabar malah semua bercakap hatta yang dekat kedai kopi pun bercakap pasal ekonomi meleset ini.Tambahan lagi kalau lihat bajet agensi-agensi awam semuanya dipotong.Ada kawan yang dapat kontrak bekal pakaian seragam di sekolah-sekolah, dulu kalau jumpa beliau tersengih-sengih senang hati,dan selalu dapat minum "free"kini kalau jumpa usahkan minum, suara sapaan pun belum tentu kita dapat,dah lah muka pula mencuka.Ini semua gara-gara ekonomi melesetlah.Kontrak bukan dipotong malah tidak dapat langsung.

Ini lagi cerita kawan,ini yang anak belajar luar negara,pergi dulu berhutang dengan harapan dapat pembiayaan daripada agensi-agensi kerajaan seperti MARA ke atau JPA ke, namun selepas mula pengajian,ianya tinggal harapan,bukan pembiayaan yang dapat malah nak berhutang pun tak dapat.Ini juga gara-gara ekonomi melesetlah juga.

Pak Awang yang menoreh di kampung juga bercakap pasal ekonomi meleset,tetapi hasil harga getahnya 6 ekar seminggu dapat RM4 ribu.

Betul ke meleset ni?,hujung tahun 2009 agensi kerajaan seperti LHDN,Kastam mengumumkan kutipan cukai berbilion,katanya mengatasi kutipan tahun-tahun sebelumnya.Itu belum lagi kutipan oleh agensi-agensi lain seperti polis melalui samannya,imigresen dan lain-lain agensi.Kemana perginya semua itu?.

Apakah hasil dikutip itu disimpan selamat dan dipantau oleh "seseorang"(?).Sebenarnya di negara kita ini ramai orang yang mewah.Kemewahan adalah merupakan "kuasa".Sebab itulah mereka yang ada kemewahan juga akan ramai pengikut.Dengan mem"beku"nya kemewahan di kalangan yang mewah maka akan menyebabkan pengikut akan lari kerana tiada lagi habuan yang akan diterima oleh mereka,maka dengan tercabutnya "kemewahan " di kalangan yang mewah ini ditambah lagi dengan tiadanya pengikut maka senanglah "sesorang" itu untuk berbuat apa sahaja kerana "kuasa" kini semua tertumpu di "tangan"nya sahaja.Dengan "permainan" ini biarlah mereka menderita,biar rakyat rasa terseksa,namun kuasa dapat dipusatkan dan tidak lagi berbahagi-bahagi.

Apakah permainan ini akan berlanjutan?,setahun,dua tahun,tiga tahun atau bertahun-tahun,terpulanglah kepada ampunya perhitungan,kerana untuk kuasa mesti ada perhitungan.















Share/Bookmark

Read more...

11:43 PM

Untuk anak-anak yang bakal jadi doktor perubatan




Sebut kerja doktor semua orang berminat,entah apa yang diminati Allah sahaja yang tahu.Kepada yang telah jadi doktor,sebenarnya mereka lebih tahu apa sebenarnya yang "istimewa" sangat doktor ini.Cuba baca kisah ini.Semuga pengalaman ini memberi erti kepada yang akan mengalami dan memberi semangat untuk kekuatan diri satu masa nanti.











Share/Bookmark Read more...

5:16 AM

Kemalangan Jalanraya : Topi keledar,Tali keledar atau doa?

Setakat ini sudah 21 kali OPS dilancarkan ,namun kemalangan terus berlaku dan saya yakin ianya akan terus berlaku dan berlaku sehinggalah Allah menentukan ianya tidak akan berlaku lagi.Persoalanya,kenapa?.Sudah berbuih mulut memberikan nasihat dan peringatan,berjuta wang dibelanjakan untuk kempen keselamatan jalanraya ini namun secara kesimpulannya adalah gagal.

Kenapa gagal?ini persoalan yang sepatutnya kita fikir dan perhalusi.Dengan usaha-usaha yang sudah,sedang dan akan dilakukan logiknya ianya akan terbendung,tetapi kenyataan ini ternafi dengan sendirinya dengan hakikat yang berlaku sekarang ini.

Dalam berbincang isu ini bersama kawan-kawan saya agak tertarik dengan pandangan bahawa kita dewasa ini agak jauh meninggalkan "pencipta" maka risikonya kita hilang "keberkatan".Bila keberkatan hilang maka hasilnya kita akan kehilangan juga ketenangan dan keselamatan yang dijanjikan oleh Nya(pencipta).

Keikhlasan juga antara punca hilangnya keberkatan,setakat mana ikhlasnya kita dalam "berkempen" ini,kalau ikhlas mengapa masih ada titik bengit setiap kali timbulnya masalah ini.

Oleh itu kesimpulanya marilah kita ikhlas dalam membuat sesuatu dan kembalilah kepada pencipta,dan sesuatu itu akan berubah jika mendapat redhaNya,bagaimana caranya?Islam mengajar semua ini,selain ikhlas kita tawakkal dan hiasilah dengan doa sepanjang masa untuk menjauhi bala ini keseluruhanya,bukan sahaja individu itu sendiri yang berdoa semasa berkenderaan namun yang lebih penting para pemerintah "berdoa" supaya bala ini dihindarkan daripada berlaku di negara kita ini.Setiap doa akan pasti dimakbulkan jika kita melengkapi segala syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Nya.Percayalah selagi ini kita tidak penuhi maka selagi itulah kita akan sentiasa menghadapi gejala ini walau beratus atau beribu ops yang kita adalak.Bersama fikirkan walau pun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.









Share/Bookmark

Read more...

4:21 PM

Hakikat Manusia satu renungan

Membaca dan memahami alQuran adalah sesuatu yang mengujakan.Di dalamnya tersirat pelbagai kisah dan tauladan.Diantara yang menarik adalah hakikat kita ini sendiri sebagai manusia.Allah menceritakan asal usul kejadian sehinggalah terbentuk manusia dan dizahirkan ke alam dunia ini.

Allah menceritakan juga "perangai,kebolehan,dan sikap sebenar manusia",di sebalik sebaik-baik kejadian kalau salah 'pilihan"dia boleh turun ke darjat yang paling rendah.

Manusia ini sebenarnya suka menentang arus,walaupun baik macamanapun tetapi tidak sesuai dengan nafsu maka ditentangnya,dan sesuatu yang buruk itu jikalau sesuai dengan nafsu maka itulah yang diturutinya.

Contoh yang paling mudah dan realiti,dalam menggauli wanita,Islam membolehkan dan ada cara halal,mesti kahwin,tidak cukup satu boleh dua,tidak cukup dua boleh tiga dan seterusnya sehingga empat.Tetapi apa yang berlaku sekarang ini mereka yang "melawan" ini tidak memilih yang baik ini malah sanggup menghabiskan wang ringgit untuk melanggan pelacur atau sebagainya untuk memuaskan nafsu.

Contoh lain,dalam bab makan minum,pelbagai juadah halal dikurniakan Allah untuk dinikmati,diajar dan dididik bagaimana memilih yang halal dan disuruh menjauhi yang tidak baik,tetapi manusia masih engkar.Air suam terbaik tetapi minuman yang memabukkan itu juga yang dipilih kenapa?sebabnya manusia ini adalah spesis yang suka "melawan".

Maka tidak hairanlah berbagai bala yang menimpa manusia dari dulu sehingga sekarang ini.Sebenarnya manusia di beri pilihan antara baik dan buruk,dan pilihan sebahagian daripada mereka adalah yang buruk dan kesanya menyusahkan mereka juga.Sebenarnya Allah tidak menganiaya mereka tetapi mereka menganiaya mereka sendiri.Rujuk sini(surah Al-Ankabut.ayat 40)


"maka masing-masing kami binasakan disebabkan dosanya,iaitu diantaranya ada yang kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri"(20:40)


Bersama berdoa supaya kita dijadikan dan termasuk dalam golongan yang tidak menentang dan sentiasa bersama golongan yang di redhai Allah dan dijauhi azab dan kesesatan sehingga bila-bila.









Share/Bookmark Read more...