Di Johor Baharu jumpa kawan dari Kelantan.Kawan ni cakap sultan dia sekarang sudah lama ikut" sunnah nabi" jadi dia pun ada terasa juga tetapi takut tidak mampu katanya.Saya macam tidak percaya cerita itu,beliau berkali-kali mengesahkan bahawa itu bukan cerita rekaan.
Dalam melayari maya ini saya terjumpa ini dan ini, hanya kepada Allah saya berserah apakah benar atau tidaknya hanya Dia yang maha mengentahui.Apa pun kalau betul saya ucapkan tahniah dan kepada Tuan Hamid ayuh silakan!!!!.




Minggu ini meluangkan masa memenuhi undangan kawan lama di Johor Baharu.Berada di sini membuatkan aku terimbau kenangan lama yang amat terkesan kepada diri dan keluarga.Hampir 15 tahun bermastautin di sini,Memulakan hidup berkeluarga sehinggakan direzkikan dengan anak-anak juga di sini,mengemudi bahtera keluarga yang kini sudah menghampiri 30 tahun juga di sini, alangkah manisnya pengalaman itu....
Kini JB fizikalnya tidak lagi sebagaimana JB yang aku tinggalkan 10 tahun dulu.Berubah hampir seluruhnya.Sistem jalanraya sehinggalah kepada penempatnnya.Satu masa dulu tempat aku memikat burung ruak-ruak dan ayam hutan kini sudah tidak begitu lagi keadaanya.Kini tempat itu telah dibangunkan menjadi taman rekreasi untuk warga bandar ini.Sesuai dengan lokasinya di bandar maka dinamakan "hutan bandar".Dua hari di JB sempat menjengah ke hutan bandar.Meriah sekali nampaknya suasana yang sudah tentu menggembirakan warganya,tahniah untuk "perancang" JB ini semuga anda berjaya menjadikan ianya terbaik namun seboleh mungkin jauhkanlah daripada pembaziran...
Untuk Abang Saat dan Kak Asiah selamat menerima menantu dan untuk Tuan Hamid serta Puan Zainah terima kasih kerana melayan dan sudi membantu....
Johor Baharu yang banyak kenangan
Read more...
Khamis,buat lawatan tapak, projek yang sudah lewat lebih daripada 200 hari.Buat masa ini dua ribu lebih sehari kena bayar kerana lewat.Projek ini dikira sakit ,bukan sakit main-main tetapi amat tenat tapi yang hairannya tak juga mati-mati.
Terfikir siapalah kontraktor projek ini.Nama memang terkenal tetapi kenapa semacam tidak mampu saja gayanya.
Berdozen lawatan pemantauan oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain namun masih juga begitu.Cuma yang paling menghairankan kenapa ianya tidak mati-mati walaupun dikatakan telah berpucuk surat penamatan kerja telah dikeluarkan(?).
Sakit tenat tapi tak mati-mati
Read more...Sehari dua ni heboh pasal cerita kehilangan enjin jet tentera,semalam tengok lapuran dari DUN Terengganu rupanya di sana juga ada kehilangan.Cuba tengok di sini
Cerita Hilang...
Read more...Di Malaysia ini penduduknya kira melayulah yang majoritinya.Di negara lain yang berjiran juga bilangan bangsa melayu ini juga agak ramai terutamanya di Indonesia.Sebagaimana mereka saya juga melayulah kiranya.Asal usul keturunan asal tidaklah pula diketahui,cuma sesedar sahaja dalam hidup ini dah jadi melayu.walaubagaimanapun syukur walaupun melayu namun masih Islam.Cuma dalam bermenung dengan melayu ini saya terfikir rupanya bangsa saya ini satu bangsa yang pelik dan jauh dari "petunjuk" sebenarnya.Cuba tengok di sini.Anda boleh bayangkan kalau nak kira berpuluh,beratus,malah beribu mesjid,surau atau madrasah yang wujud di negara kita ini.Majoritinya ada aktiviti masing-masing dari segi untuk mengharmonikan keimanan supaya lebih dekat dengan penciptanya,namun kita lihat kepada apa yang berlaku ini menunjukkan ianya tidak memberi kesan kepada manusia melayu ini. Sesuatu yang menyedihkan bila saja berlaku sesuatu dan pelik sikit maka percayalah melayu bahawa "itu" bermunafaat dan boleh dijadikan ubat atau sebagainya.Saya tidak begitu maklum tentang bangsa lain tetapi kalau melayu itulah lumrah yang berlaku.Untuk para ilmuan ayuhlah tuan-tuan "ubatilah" melayu ini,dan ikhlaskan hati anda supaya ubat yang anda masukkan ke dalam jiwa-jiwa mereka itu benar-benar masuk dan boleh mengubati jiwa mereka dan tidak menduakan Allah yang kita sembah ini.
Melayu....
Read more...Semalam seorang menteri kata Kelantan tidak layak dapat royalti minyak kerana minyak itu digerudi di luar pantai Kelantan dan melebihi tiga batu nautika.Itu kata menteri yang asalnya orang Kelantan juga.Orang Kelantan tak sensitif ke dengar pernyataan semacam ni,sepatutnya orang Kelantan perjuangkanlah hak Kelantan tu ni nak sekat pula,hai nasib la orang Kelantan..apa macam orang Kelantan?nak menanggani orang yang tak ada jati diri Kelantan macam ni.Selalunya masa belajar dulu saya lihat orang Kelantan ni begitu taksub dengan negeri dia,pantang perlekeh kena kita.Kali ni menteri pula yang "perlekeh" Kelantan.....alahai politik..
Orang Kelantan Tak sensitif ke?
Read more...Kini takut mula melanda diri aku.Sebelum ini aku begitu yakin dengan keupayaan para penguasa yang diamanahkan untuk menjaga negara yang aku cintai ini,namun rupa-rupanya keyakinan yang aku harapkan selama ini bagaikan mengharapkan sibuta untuk memimpin aku melintas jalanraya yang sibok.Begitulah misalannya kalau kita melihat beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini.Cuba bayangkanlah kalau enjin jet pun boleh dicuri maka bagaimana mungkin perkara-perkara lain tidak dicuri.Pendek kata sepintas berfikir pada aku tiada sesuatu pun akan selamat di tanah airku ini jika ini keadaanya.Tak payah berKPI atau ber NKRA la kalau macam ni Sia-sia saja beretorik macam ini.Di Parlimen Pak Menteri dan para Tok wakil pun sama memonteng,kalau murid sekolah tentu kena dah.Tetapi yang ponteng ini para pembuat "dasar".Anda nilailah dalam perkara yang menentukan hidup mati negara pun mereka mengambil jalan mudah dan senang apa lagilah kalau ianya hanya membabitkan rakyat marhein yang sekadar dapat memberikan satu undi setiap lima tahun sekali.Kamu hai rakyat yang tidak berguna bukan selayaknya menjadi perhatian kami.Kamu hanya kami guna untuk kuasa kami saja,tetapi kalau kamu itu montel,gebu dan pandai bergincu atau artis ke maka kami ada la rasa sikit pecah liurnya. Biar pun sudah berkeluarga namun tambah lagi kami sanggup.Maaf tuan n3 ini rasa naik darah sangat,bercakap pasal integriti tetapi tengoklah apa yang jadi.Kini aku sangat takut, apakah ada jaminan untuk kita hidup aman dan makmur sebagaimana sebelum ini....Ya Allah selamatkanlah kami daripada fitnah yang akan merosakkan ini...
Aku mula rasa takut...
Read more...
