Sambil-sambil istirehat hujung minggu terjumpa satu video lama anak buah berpantun....sama-sama berhibur dengannya.
Alhamdulillah kali ini mari kita sama menikmati keindahan yang terdapat di Bumi Para Anbiya' itu negara Mesir hasil lawatan pada ogos yang lalu.


Mari Melancong.....
Read more...
Alahai Kuala Lumpur seram sejuk dibuatnya.Nak tahu cuba tengok di sini
Pagi tadi dengar ulasan Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna mengatakan musim perayaan kali ini tiada aduan berkaitan kenaikan harga dan kekurangan bekalan barang-barang keperluan di pasaran.Berita ini ada mungkin benarnya,tetapi realiti yang ramai hadapi tidak begitu.Apa yang berlaku sebenarnya berlaku kenaikkan harga barang tetapi orang ramai sudah malas untuk mengadu,kerana kalau mengadu pun tiada sebarang kesan dan mereka masih terpaksa mengikut kehendak para penjual yang memberikan pelbagai alasan untuk menghalalkan apa yang mereka buat.Untuk yang berfikiran sebegitu elok rasanya dengar nasihat dan fahamilah realiti,jangan kita menjadi syok sendiri(SS)dengan apa yang kita fikir kita telah buat.
Kuala Lumpur dan Pengguna
Read more...Semalam 26/09 sempat berada di Kelantan.Kesesakan berlaku di sepanjang jalan menuju ke Pantai Barat,juga ke utara.Melihat kepada keadaan ini sudah sampai masanya jalan-jalan dinaik taraf untuk mengelakkan kesesakan berlaku.Kepada para perangcang bandar rancanglah sebaik-baiknya agar kesesakan dapat dihindarkan,termasuklah penempatan lampu isyarat dan persimpangan,ini kerana didapati kesesakan teruk hanya berlaku di setiap persimpangan dan lampu isyarat.Apa pun kepada anda para perantau diharap bersabar,kerana sabar itu adalah sesuatu yang indah lagi cantik..selamat jalan.
Selamat Kembali Perantau.
Read more...
Pengalaman berhari raya sudah puluhan tahun.Isu mercun tidak habis-habis.Di sana sini ada saja kemalangan yang berlaku membabitkan mercun.Putus jari,mata buta,muka terbakar dan pelbagai lagi musibah hasil daripada bermain mercun.Rata-rata yang terlibat adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja dan jauh sekali melibatkan orang dewasa.Apakah yang berlaku sebenarnya?.Pihak berkuasa sudah menguatkuasakan segala peraturan yang berkaitannya.Namun masih juga terjadi kemalangan melibatkan mercun ini.Sekali lagi nak tanya apa yang berlaku sebenarnya?.
Semasa di kampong menjelang hari raya tempohari,seorang warga emas merungut tentang begitnya bunyi mercun di akhir-akhir ini.Sebelum ini jarang-jarang berbunyi.Kalau berbunyi pun yang bunyinya agak perlahan dan kecil dentumannya,tetapi bila orang-orang bandar balik ni sudah lain macam jadinya.Kekerapannya sudah bertali arus dan bunyinya mengalahkan bunyi perang di Palestin.
Sebenarnya pada penilaian saya nampaknya yang "Cerdik" yang baru pulang ke kampung lebih banyak terlibat dengan mercun ini.Orang tua "cerdik " itu yang membeli dengan alasan untuk kanak-kanak,tetapi yang betul-betul "beraya mercun" ni bukan kanak-kanak tetapi bapak budak yang tanpa segan silu membakar mercun hatta semasa para imam dan makmum sedang bersolat.Kerana kesan ini lah maka ada di kalangan anak-anak yang cuba-cuba meniru perlakuan orang-orang tua,maka kesannya...putus tangan,muka hancur dan sebagainya.Jangan terkejut kalau dikatakan yang terlibat ada yang berstatus pegawai tinggi.
Alangkah malangnya nasib para penguatkuasa.Bertungkus lumus cuba membasmi namun penjualan dan pengedaranya masih bebas dan seolah-olah tiada undang-undang.Sekali lagi nak tanya kenapa jadi begitu?.Anda jawablah sendiri...kerana anda juga sememang mengentahui.
Media pula menyambut raya ini tiada kerja lain hiburan,hiburan hiburan..macam tiada kerja lain.Islam tidak ajar macam itu aduhai para penerbit dan pihak-pihak yang berkaitan.Rasa saya JAKIM atau badan-badan yang berkaitan tolong buat kursus yang khusus kepada para penerbit TV dan radio macam mana nak terbitkan rancangan sempena perayaan eidul fitri atau apa-apa eid yang berkaitan dengan Islam.Pandangan Tuk Ya Azizi di sini saya sokong seratus peratus.Ya Allah selamatkanlah kami dari murkamu.
Hari Raya & Mercun & cara sambutan
Read more...
Hari ini 21 Sept 2009 bersamaan 2 Syawal 1430 sempat hadir ke majlis perjumpaan keluarga Allahyarhan Mohd Daud Abdul Samad (Paksu) dan Hajjah Fatimah Bt Ismail (Maksu).Paksu Daud adalah bekas Menteri Besar Terengganu.Majlis diresmikan oleh YAB Dato'Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Majlis nampaknya meriah dan berkesan dan selesai tepat jam 6.00 )petang.Ucapan Tahniah dan syabas untuk keluarga Paksu dan Maksu.Semoga mendapat keberkatan.
كل عام وأنتم بخير
Hari Keluarga Paksu Daud
Read more...
Selamat Hari raya untuk semua semoga tahun ini dikekalkan dalam iman dan dilimpahi keberkatan yang berkekalan.Mohon maaf semua yang mengenali diri ini dan salam perkenalan kepada yang ada mengunjungi saya di sini.Untuk bloggers anaklautterima kasih kerana sediakan kad hariraya dan mohon halalkan kerana menumpang kad tersebut dalam blog ini.Kepada Dr.Wahab Selamat hariraya maaf zahir batin cuma nak tanya raya awal ke kali ini.Apa pun selamat hariraya untuk semua.كل عام وأنتم بخير
Selamat Hari Raya Eidulfitri 1430H
Read more...










.jpg)
