Bercakap pasal pokok malberi maka ramai tertanya-tanya akan kelebihan dan kegunaanya.Sebelum ini banyak saya bercerita kepada kawan-kawan tentang kebaikan dan kelebihan pokok ini.Semua kagum apabila diberitahu.Kekaguman itu cuma sekadar mendengar saja.Tetapi bila RTM menyiarkan satu slot dalam rancangan IKS beberapa mingggu lepas tentang perusahan pokok ini di Selangor maka ramai datang kembali mencari saya untuk mencuba teh malberi ini.Kalau sebelum ini sekadar berminat tetapi tidak bersungguh,tetapi kali ini bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Alhamdulillah dua minggu lepas saya baru saja lepas prun pokok malberi saya dan cantasan tersebut dikeringkan untuk membuat teh.Kebetulan hujung minggu ini saya berkesempatan untuk proses membungkus daun yang telah siap dijadikan teh.Kepada kawan-kawan yang bertanya dan berminat insyallah minggu ini akan saya agih-agihkan teh ini.Jangan bimbang harga dan bayaran untuk teh ini saya nak terima tunai di akhirat besok.Yang penting sama-sama berdoa agar kita dilimpahkan keberkatan dan kekal dalam iman.
Bercakap pasal pokok malberi maka ramai tertanya-tanya akan kelebihan dan kegunaanya.Sebelum ini banyak saya bercerita kepada kawan-kawan tentang kebaikan dan kelebihan pokok ini.Semua kagum apabila diberitahu.Kekaguman itu cuma sekadar mendengar saja.Tetapi bila RTM menyiarkan satu slot dalam rancangan IKS beberapa mingggu lepas tentang perusahan pokok ini di Selangor maka ramai datang kembali mencari saya untuk mencuba teh malberi ini.Kalau sebelum ini sekadar berminat tetapi tidak bersungguh,tetapi kali ini bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Alhamdulillah dua minggu lepas saya baru saja lepas prun pokok malberi saya dan cantasan tersebut dikeringkan untuk membuat teh.Kebetulan hujung minggu ini saya berkesempatan untuk proses membungkus daun yang telah siap dijadikan teh.Kepada kawan-kawan yang bertanya dan berminat insyallah minggu ini akan saya agih-agihkan teh ini.Jangan bimbang harga dan bayaran untuk teh ini saya nak terima tunai di akhirat besok.Yang penting sama-sama berdoa agar kita dilimpahkan keberkatan dan kekal dalam iman.
Semasa kecil-keci dahulu sentiasa kita tengok sesetengah orang yang "berkaki ayam".Fenomena ini selalunya berlaku di kampung-kampung terutamanya mereka-mereka yang berkebun dan sebagainya.Perkara yang sama berlaku di kalangan orang-orang asli yang mendiami kebanyakkan kawasan pendalaman.Namun perkara ini semakin berkurangan dan boleh dikatakan sekarang ini terutamanya di kawasan bandar sudah tiada lagi mereka yang "berkaki ayam" ini dalam kehidupan sehariannya.Kalau ada pun mereka ini adalah yang "terlepas"dari pusat-pusat pemulihan jiwa Tampoi atau pun Tanjung Rambutan.Itu dalam keadaan biasa kecualilah mereka-mereka yang berkebun atau sebagainya.
Semasa sedang menunggu teman di Lapangan Terbang semalam terkejut saya rupanya ada juga golongan "berkaki ayam" ini yang baru turun dari pesawat.Pada saya bukan kebetulan sebab bilangan nya melebihi dari lima orang,semua "berkaki ayam".Kelmarin dulu juga terserempak dalam pekan mereka yang sebegini,siap berkain pelikat lagi tetapi gaya pakainya macam perempuan pakai sarong.Tetapi nasib baik rupa parasnya tidak macam Mamat atau Ali,kalau tidak kita jangka mereka ini baru terlepas dari Tampoi atau Tanjung Rambutan gayanya.Kerana rupanya macam John atau Albert maka kita tidak kisah sebab rupa-rupa paras semacam ini menjadi kebanggaan sebahagian daripada kita...bersama-kita fikirkan.
Kenapa Begini?....
Read more...Semalam terbaca satu lapuran yang memetik bahawa majoriti saham BERNAS telah dimiliki oleh syarikat luar negara yang berpusat di Hong Kong.Syarikat tersebut Wang Tak Co.Ltd memiliki 31 peratus pegangan saham dalam syarikat strategik negara itu.Keadaan ini agak mengecewakan kerana operasi BERNAS adalah melibatkan komoditi asas dan ianya adalah merupakan nadi kepada kehidupan masyarakat di negara ini.
Berkebetulan semalam juga sempat berbual dengan seorang kawan yang kebetulan bertugas sebagai pegawai penguatkuasa di sempadan.Beliau mengeluh terhadap apa yang terjadi.Kata beliau rupanya selama ini penugasanya hanya untuk menjaga kepentingan orang luar sahaja.Kamu boleh bayangkanlah kadang-kadang semasa bertugas berlaku situasi yang amat merbahaya sehingga ke peringkat boleh menjejaskan nyawa.Itu semua tidak kisahlah sebab tugasan kami adalah untuk menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.Tetapi dengan berita ini menjadikan kami hilang semangat dan rupa-rupanya pengorbanan kami selama ini tidak begitu bernilai pada sesetengah orang..keluh kawan saya itu.Saya hanya sekadar menarik nafas lesu dan amat bersimpati dan amat memahami keluhan kawan itu...
Beras,BERNAS dan Penguatkuasa.
Read more...
aduhai bunga-bunga ku
Kuntummu sentiasa ternanti-nanti
Kembangmu ku tercari-cari
wangianmu sentiasa diperhati
Kelopak mu ku belai sepi
Agar meriah di taman hati
Takutnya aku akan layumu nanti....
Dedikasi untuk....bunga-bunga di taman
Read more...Dewasa ini banyak penyakit yang pelik-pelik melanda manusia.Majoriti akan mencari penawar atau ubat untuk menyembuh atau meredakannya.Klinik, Hospital,Bomoh atau siapa sahaja akan dicari untuk tujuan itu.Namun begitu tidak ramai menyedari penyakit yang melanda ke atas diri masing-masing dalam bentuk yang agak susah di fahami,dengan kata lain ianya melibatkan sakit spritual.Diyakini penyakit ini adalah disebabkan oleh kesalahan diri masing-masing.Bagi orang Islam ianya adalah lebih selesa di sebut dosa.Virus dosa ini adalah penyebab kepada sakitnya jiwa pada setiap pelakunya.Itulah sebabnya Nabi S.A.W mengajar kita untuk berdoa supaya kita sentiasa mohon berlindung dengan Allah S.W.T dan dijauhi dari rasa keresahan(alhamm),kesedihan(alhazn),ketidakmampuan(alajz),kemalasan(alkasl),kecil hati(aljubn),bebanan hutang(ghalabati addain) dan di bawah tekanan orang(alkahri rijal).(Kepada anda yang ingin berdoa rujuklah tek asal dalam tulisan Arab kerana sebutannya akan lebih tepat berbanding dengan tulisan roman ini).Ayuh!! marilah Sama-samalah berusaha untuk menjauhi sebarang dosa.Insyallah Selamat di dunia dan juga di akhirat.
Anda ada sakit ini...
Read more...
Minggu ini dilibatkan dalam program sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 : 2008. Sebelum ini MS ISO 9001 :2000 .Penumpuan adalah kepada memperbetulkan sistem kualiti termasuklah penambahbaikan sistem fail serta pengendalian perlaksanaan amalan sistem kerja itu sendiri.
Sebelum ini juga telah banyak terlibat dan yang agak mengkagumkan saya ialah tentang kehebatan kerani-kerani senior yang rata-rata sekarang ini sudah pun pencen malah telah pergi dahulu meninggalkan kita.Apa yang hebat ialah usaha mereka dalam mengemaskini fail-fail yang dikendalikan oleh mereka.Kemas,teratur dan terkini serta senang untuk dirujuk.Dari fail-fail lama yang telah ditutup terbukti!!,malahan perkara yang sama saya lihat semasa membuat satu kajian di Arkib Negara.Ini bermakna sikap serta disiplin adalah tunggak utama dalam menjaga kualiti sesuatau tugasan atau pekerjaan itu.ISO adalah bukan penentu segala-galanya.
Pada saya ISO itu bagus kerana ianya banyak membantu dalam memkemaskan sistem kerja namun kita kena ingat betapa dalam menjayakanya kita MESTI menghabiskan kos yang begitu besar termasuklah bayaran untuk konsultan dan sebagainya.Namun hasilnya sama sebagaimana yang telah dibuat oleh orang-orang tua kita (para kerani) terdahulu.Malahan pada saya dalam beberapa hal ianya lebih baik.Tambahan lagi diperhatikan konsultan ini peranannya adalah tidak seberapa.Bagi kita yang tidak begitu faham sangat tentang ISO ini kita rasa mereka ini hebat.Tetapi apabila lama sikit kita mendalami dan belajar tentang ISO,baru kita faham rupanya apa yang dibuat oleh konsultan ini adalah merupakan "copy and paste" sahaja daripada lokasi-lokasi lain yang pernah dibuat oleh mereka.Itulah apabila berbuat sesuatu timbul kelam kabut dan apabila dirujuk jalan penyelesaianya tidak seberapa.Cuma ungkapan "buatlah bengkel lagi"akan sentiasa keluar dari para konsultan ini.Maka kalau bengkel maka paling kurang RM2000/sehari akan terpaksa kita bayar.Bayangkanlah kalau banyak siri dan setiap siri minima tiga hari.(maaf untuk kawan-kawan para konsultan sekalian).
ISO itu baik tetapi kosnya besar,Apa kata kita pupuk balik para anggota kita dengan semangat kerja orang-orang lama sebagaimana saya sebut tadi.Kalau berjaya RM selamat dan kualiti pun berjalan.Untuk Konsultan mungkin rezki anda ada tetapi berpada-padalah.
MS ISO vs Kerani Tua dan RM
Read more...Sehari dua ini perkembangan politik tanah air agak menarik bercampur celaru.Bagi yang senior dan berpengalaman dalam politik maka itu adalah fenomena biasa dan itu lah sebenarnya politik dan "berpolitik" sedemikian adalah sesuatu lumrah untuk menghidupkan politik itu sendiri.
Kesah melompat parti,kalau sebelum ini hanya berlaku di saat-saat berlaku pilihanraya,tidak kira kecil atau umum.Dan hanya berlaku di kalangan pengikut dan banyak tertumpu di kampung-kampung atau kawasan setinggan yang mungkin akan diambil balik untuk projek pembangunan atau sebagainya.
Namun kebelakangan ini perkara ini berlaku di kalangan pimpinan yang sebelum ini berada diperingkat yang memutuskan dasar serta halatuju sesuatu parti itu sendiri.Yang anehnya mereka adalah dari golongan yang memerintah.Dengan kata lain mereka adalah dari komponen Barisan Nasional(BN) dan merupakan pemerintah kerajaan sekarang ini.
Kenapa berlaku begini?apakah polisi serta dasar yang dibawa oleh parti yang dimasuki itu lebih baik dari apa yang pada BN!?.Anda boleh menilai..
Kepada Pakatan dan khusus untuk PAS apakah dengan melompatnya para panglima yang selama ini "bermusuh" politik dengan PAS maka parti itu berupaya untuk melayan "karenah" yang akan dibawa oleh mereka-mereka ini apabila berada di dalam Pakatan.Kita tengok dan perhati apa yang berlaku dan dilakukan oleh sesorang yang selama ini agak keterlaluan dalam menghentam PAS di Kelantan dan untuk "hidup"dalam politik beliau mengambil sikap lunak kepada PAS dan PAS yang "Ikhlas" telah menyerahkan kepadanya kerusi Parlimen untuk ditandingi oleh orang ini.Nah sekarang apa jadi...Oleh itu berhati-hatilah dalam menghadapi situasi begini.Pada saya "berperang" secara berhadapan adalah lebih aula dari kita berperang dalam rumah sendiri yang kalau strukturnya sudah mereput dan membusuk maka akan lebih cepatlah ianya menuju kepada kehancuran,kecuali kita berstrategi dan tahu bila seharusnya menggunakan strategi..
Sekadar andaian..
Read more...



