7:43 AM

Madah ...

aku insan biasa
tiada ilmu seperti lebai
tiada kepandaian seperti guru
tiada kebolehan seperti pendeta
tapi masih boleh mengintai
tapi masih boleh menilai
tapi masih ada rasa hati









Share/Bookmark

Read more...

11:16 PM

Israk Mikraj 1430 H


Apakah ini Boraq?anda yakin!?yang penting ilmu akan mencerahkan anda

Malam tadi 23 julai/ 1 syaaban, dijemput menghadiri satu program israk mikraj.Alhamdulillah program berjalan lancar.Ceramah disampaikan oleh seorang guru sekolah yang bukan bertitle ustaz namun kesungguhan beliau untuk mendalami ilmu ugama maka membolehkan beliau berceramah/menyampaikan sirah berkait israj mikraj dengan lancar dan teratur.

Mendengar ceramah beliau teringat saya mendengar ceramah israk mikraj semasa berusia kanak-kanak.Bermula dengan pembedahan perut Rasulullah S.A.W sehinggalah ke Sidratulmuntaha.Segala pengalaman dan dailog Rasulullah S.A.W bersama Jibril diceritakan satu persatu.Pada saya walaupun ianya bersifat pengulangan benda yang sama dari tahun ke tahun namun ianya berfaedah untuk pendengar.Itu pun kalau perkara tersebut diambil sebagai iktibar dan diserap ke dalam kehidupan seharian kita.

Penyampaian secara bersahaja dan dalam stail tradisional pada saya baik namun kalau dikaitkan dan diolah dengan peristiwa semasa/terkini maka ianya adalah lebih baik.Sebab kisah hanya sekadar cerita dan boleh jadi pendengar akan mendengar sebagai mendengar cerita penglipurlara biasa sahaja.Habis program maka ianya habis begitu sahaja bersama tamatnya program.Kalau diolah dalam bentuk yang komprehensif dan boleh mengetuk jiwa saya percaya program sebegini akan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa setiap pendengar.
Sebagai ingatan kepada para penceramah,dalam membuat persediaan seharusnya diambil dari sumber-sumber yang tulin sahaja.Jangan mengambil dari sumber-sumber yang belum tentu sahihnya.Terdapat banyak di kalangan mereka ini telah membawa kisah-kisah yang berbentuk "israiliyyat" yang pada saya akan menjadikan pendengar terutamanya kanak-kanak akan beranggapan apa yang disebut itu sebagai sesuatu yang benar.Ingat!! ugama ini adalah sesuatu yang benar.Oleh itu jadilah kita orang yang menyampaikan kebenaran bukannya kebatilan.Jauhilah menjadi orang yang sesat dan menyesatkan.Nauzubillah...









Share/Bookmark Read more...

5:58 PM

Cium lah kalau sayang!!!


Semalam sambil ronda-ronda terserempak dengan seorang warga emas yang agak istimewa pada saya.Beliau ni berniaga buah-buahan.Sambil berborak terpegun saya umur beliau dah mencecah 89 tahun namun masih sihat fizikal mahu pun mental nya.Kata beliau itu lah beliau dari kecil sehingga sekarang tidak pernah berkurang dari segi kualiti kesihatan.Yang paling istimewa dan mengujakan tingkah laku beliau semasa berjual beli.Setiap kali pelanggan membayar beliau akan mencium duit yang diterima,tidak terkecuali amaun kecil atau pun besar beliau akan menciumnya.
Teruja dengan perbuatan beliau saya bertanya apa dan kenapa beliau berbuat begitu .Selamba beliau menjawab..saya apa yang saya sayang semua saya cium.Duit saya cium,isteri saya cium pendek kata apa yang saya sayang saya cium.Allah lagi saya sayang dan kasih dan untuk itu saya cium DIA dalam bentuk sujud paling tidak dalam Lima waktu sehari semalam .DIA anugerahkan kepada kita pelbagai tanpa sebarang pembalasan atau pembelian.Nafas yang disedut setiap saat,mata yang melihat setiap masa..semua diberi percuma.Terkebil-kebil saya mendengar kuliah beliau yang saya anggap amat berharga dan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa.Betapa saya rasa amat lemah kesedaran diri ini berbanding warga emas ini.Walau pun nampak"selekeh" penampilannya namun Dia mempunyai pemikiran dan sikap yang waras selari dengan tuntutan dan kehendak Islam itu sendiri.
Kesimpulan ringkas saya itulah anugerah Allah kepada sesiapa yang memperbanyakkan taqwa dalam hidupnya.
Mafhum salah satu ayat seribu dinar yang menjadi perhiasan di dinding-dinding rumah kita
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka DIA akan memberikan kita jalan keluar.Direzkikan dengan cara yang tidak disangka-sangka.Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah
Maka memadailah dia sebagai penolong."






Share/Bookmark

Read more...

7:09 AM

Gerhana Matahari


Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi 22Julai 2009 apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Hasil peristiwa hebat kejadian Allah itu telah dilapurkan dalam pelbagai media elektronik mahupun media cetak.Namun apa yang dilapurkan cuma melibatkan aktiviti cerapan dan juga pelbagai perlakuan untuk melihat kejadian yang jarang-jarang berlaku ini.
Islam dengan disiplin nya yang tersendiri mengajar kita bagaimana cara untuk kita apabila berhadapan dengan peristiwa-peristiwa sebegini.Rasulullah S.A.W telah mengajar kita jika kita melihat dan mengalami peristiwa gerhana ini,bulan atau pun matahari maka kita hendaklah menunaikan solat gerhana.Dan alhamdullillah di tempat saya masih ada mereka terus beramal dengan suruhan ini.Semuga keberkatan akan terus dinikmati oleh ummat ini dengan taqwa yang kekal terpacak pada jiwa masing-masing.






Share/Bookmark Read more...

11:09 PM

Promosi :Mari Melancong

Anda pernah ke Kelantan?,jika belum silalah ke sana.Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga tersebut.
Diantara tempat yang sering dilawati ialah lokasi membeli belah.Diantara banyak-banyak tempat untuk tujuan tersebut ialah Pengkalan Kubor.
Pengkalan Kubor sebuah pekan kecil bersempadan dengan Thailand.Di Thailand pekan yang terdekat ialah pekan Takbai.Di P.Kubor ini yang paling istimewa dan sering menjadi tumpuannya ialah Kawasan Bebas Cukainya.Selain barangan yang harganya murah juga terdapat aneka pilihan barang-barang impot serta tempatan.Dengan gaya bahasa yang bersopan serta keramahan peniaga di sini membuatkan kita akan tertarik dan menjadi lumrah jika ke Kelantan lagi maka P.Kubor akan menjadi lokasi lawatan untuk kali kedua dan seterusnya.
Sebagai ingatan, barangan di sini adalah murah kerana tidak dikenakan cukai apabila dibawa masuk ke dalamnya.Namun begitu apabila kita membeli dan hendak di bawa keluar maka kita akan dikenakan cukai di pintu masuk kawasan tersebut.Pihak kastam ada bertugas di situ.Walau pun demikian jangan bimbang bagi kita sebagai pelancong"asli" ini cukai yang dikenakan adalah berpatutan dan tidak membebankan.Cuma ingatan juga kalau boleh jangan datang masa cuti,kerana kesesakkan akan berlaku tambahan lagi kawasannya yang agak sempit,dan harga mungkin tinggi sikit....selamat melancong

Panorama sepintas dalam Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Peringatan oleh pihak Kastam tentang pengenaan cukai dan aturannya







Share/Bookmark Read more...

11:17 PM

Praktik Ilmu Dr.Wahab Arbain

Melayari Blog Mulberry Garden dan Blog Dr Wahab maka di kutip beberapa cara untuk menyediakan teh Mulberry dan alhamdulillah nampaknya menjadi.Sudah sebulan beramal dengan teh ini,nampaknya macam ketagih pulak,maklumlah buang air kecil agak lawas dan peluh sentiasa segar,semuga diberi kelebihan oleh Allah hasil dari kejadianNya ini.InsyaAllah.Di bawah foto hasil praktikal yang dilakukan.Selamat mencuba

Ranting pokok mulberry yang di prun diikat seberkas dan di gantung dalam bilik.Tiga hari sudah kering dan rapuh,maka daun yang sudah kering diramas-ramas menjadi hancur macam serbuk teh cina yang kita beli dekat kedai tu.


Serbuk daun mulberry yang hancur siap untuk digunakan sebagai teh.

Teh mulberry yang siap dibancuh,harum dan menawan








Share/Bookmark Read more...

6:56 AM

Telus

Pertamanya nak ucap takziah kepada mendiang Teoh Beng Hock(gambar atas).Sebagai manusia yang boleh berfikir maka saya dukacita dengan kejadian ini.Harapannya biarlah peristiwa/kejadian ini adalah yang terakhir di negara ini.
Terfikir juga kenapa pihak-pihak tertentu itu apabila menyiasat maka tidak pernah mengambil kira soal-soal kemanusiaan.Pada saya apa salahnya kalau masa itu terhad pada siang hari saja ke atau dalam tempoh yang bersesuaian yang tidak menggangu emosi sesorang yang disiasat.Pada saya esok masih ada maka apa perlunya soal siasat itu sampai ke pagi sehingga tidak tidur malam,kerana kita bukan berhadapan dengan pengganas yang akan menghancurkan kita dengan serangan berani mati atau sebagainya.Pada saya dalam soal-soal sebegini kita masih boleh bertolak ansur,jika perlu di tahan maka tahan lah mereka dan masuklanlah ke tempat tahanan dan besoknya boleh disiasat lagi.Seruan saya kepada pihak-pihak yang berwajib jika boleh ubah lah cara itu!, dan kalau ianya bertentangan dengan undang-undang maka ubahlah undang-undang itu,pada saya undang-undang selain daripada undang-undang Allah maka ianya boleh dipinda dan diubah suai.Belajarlah untuk menghormati satu kejadian Allah ini yang disifatkan olehNya sebagai sebaik-baik kejadian.






Share/Bookmark Read more...