
Kelmarin rabu 15 julai keluar ronda-ronda bersama keluarga.Memandu santai.Sampai di satu simpang, sebuah kenderaan dengan dipandu laju memotong sebelah kiri kami,kata orang sekarang potong que lah,dengan gaya yang agak daring telah memotong kami dengan gaya yang agak kurang sopan.Anak kami merungut... pemandunya pakai kopiah dan nampak warak serta baik tapi tak sangka ya perangai begitu sekali.
Sepintas teringat saya kepada beberapa peristiwa sebelum ini,bukan sahaja memandu malah dalam beberapa hal juga mereka yang penampilan sebegini(berkopiah) memang agak luar biasa. Kalau di tempat kerja(maaf bukan semua tetapi apa yang kerap saya jumpa) orang ini lah yang selalu ponteng,datang lambat ,main kawan,susah membayar hutang,dengki dan sebagainya.Kalau bercakap bukan main lagi...mengalahkan yang bergelar ustaz atau ulamak,malah dahi juga bertanda namun perangai begitu menghampakan.
Kenapa begitu.Itu sebenarnya ujian Allah kepada yang cuba beramal dengan Islam namun tidak berpaksikan ilmu.Hasilnya makin menampakkan kejahilan malah merosakkan pandangan awam kepada Islam tu sendiri.
Oleh itu seruan saya marilah beramal dengan cara Islam sebenar.Jangan hanya dengan tempelan kulit dalam bentuk cara berpakaian sahaja tetapi jiwa kosong dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dan menampakkan kemerosotan akhlak.Kepada sahabat dan taulan Marilah bersama untuk memperbetulkan cara dan gaya hidup kita supaya berakhlak dengan akhlak Islam sebenar supaya di dunia kita tidak diejek dan dicela masyarakat dan di akhirat juga kita akan mendapat redha Allah...InsyaAllah.
Tahniah untuk PM.Semalam 11 julai genap 100 hari memerintah.Cuma dalam menilai kepimpinan PM kita ini nampaknya di mana duduk para menteri dalam menjalankan tugasan masing-masing.Kalau dilihat prestasi 100 hari PM ini saya kira kita tidak perlu ada menteri lagi,cukup hanya PM sahaja dan dibantu oleh KSN dan para KSU dan KP pelbagai jabatan sahaja.Kenapa? sebabnya dalam masa 100 hari cukup hanya PM melawat ke lokasi-lokasi tertentu dan sudah pasti lokasi atau tempat-tempat tersebut akan berubah dengan serta merta.Tengoklah apa yang berlaku di Pudu Raya,di flat Lembah Pantai dan sebagainya.kan sudah berubah... pada saya cukup PM sahaja Menteri tidak payah..
Malaysia kita..cukup hanya Perdana Menteri
Read more...Kelmarin berkelapangan dapat balik kampung,Alhamdulilah,nampaknya buah-buahan agak menjadi walau pun tidak sebanyak tahun-tahun yang lepas.Sudah mula boleh merasa ....
Sebenarnya sudah banyak kali pokok ini berbuah dan kebetulan ianya ditanam secara suka-suka di sekeliling rumah.Namun setelah mendapat sedikit maklumat dari sifu dan di praktiskan maka buahnya semakin banyak.Lihatlah.. dari satu pokok boleh dapat hampir dua kilo...kalau jadi kebun mungkin boleh buat perusahaan.


syukur...memang rezki
Read more...Semalam di beritakan Natrah @ Bertha Hertogh @ Maria Heberania Hertogh telah meninggal dunia pada usia 72 tahun.Siapa beliau ini,mencari-cari sumber di maya maka terjumpa di sini dan di sini yang saya kira cukup untuk kita mengentahui serba sedikit tentang beliau.Tuan MSO dan blog anaklaut pohon izin untuk link ke blog tuan-tuan.
Natrah @ Bertha Hertogh @ Maria Heberania Hertogh..
Read more...Sekarang ini musim pembaharuan dalam pengurusan.Bermula dengan pembaharuan dasar negara sehinggalah ke peringkat negeri mahu pun jabatan-jabatan.Semalam 6 julai PM menyatakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keputusan Utama(KRA) akan diumumkan dalam masa terdekat.Kedua-duanya akan menjadi keutamaan kerajaan dalam pentadbiran negara di masa-masa mendatang.
Sudah 50 tahun lebih negara merdeka dan istilah-istilah ini baru kedengaran kebelakangan ini,hatta seorang menteri khusus telah ditugaskan dalam memantau perkara ini.Pokoknya apakah benda ini,pada saya orang kampong sudah tentu tidak faham apakejadah nya benda ini.Orang cerdik pun tersasul inikan pula orang....minggu lepas ada yang memberitahu, seorang anggota perkhidmatan awam,di selatan tanahair apabila di sebut KPI dia bertanya apa itu,adakah syarikat rokok baru ditubuhkan...bunyi macam gurauan namun itu realiti.Oleh itu dalam berbuat sesuatu; retorik itu perlu namun ianya perlu berpijak di bumi nyata dan rasional. Sesungguhnya mind set kita di bumi ini masih di takuk yang perlu kepada pencerahan ...aminnn.
KPI,KRA...dan apa lagi.....
Read more...
Anda pernah melihat senibina sebegini di Malaysia?. Apa tanggapan anda bila melihatnya,sudah tentu sepintas anda akan terlintas di benak fikiran ini adalah tokong Cina yang terdapat di negara kita, namun apa yang menarik dan mungkin kalau anda belum bermaklumat tentangnya maka anda akan menafikannya jika saya katakan itu adalah sebuah masjid yang satu-satunya terdapat di negara kita Malaysia ini yang dibina berlandaskan seni binaan China. Mahu tahu di mana masjid ini?..anda bolehlah ke Kelantan dan lokasinya adalah di bandar Rantau Panjang,sebuah bandar yang bersempadan dengan negara Thailand.Buat masa ini masjid ini di peringkat akhir untuk disiap dan digunakan dan insyallah akan dapat digunakan dalam masa terdekat.Kepada anda yang belum ke Kelantan dipersilakan untuk menikmati keunikan ini.Di bandar ini juga terdapatnya sebuah kawasan Zon Bebas Cukai yang juga unik dan tidak sama dengan kawasan-kawasan Zon Bebas yang lain yang terdapat di negara kita ini.Zon Bebas Rantau Panjang ini selain daripada barangannya yang murah juga di dalam kawasan ini terdapatnya penempatan awam termasuklah sekolah,perkuburan,klinik masjid dan sebagainya,unik kan... nak tahu keunikannya anda datang lah sendiri dan rasailah perbezaannya Kelantan dengan tempat-tempat lain,kesian kastam nak kawal zon ini..
Mari Melancong..
Read more...




