4:03 AM

Pilihanraya Kuala Terengganu P36






Sehari dua ini sibok orang memperkatakan tentang pilihanraya kecil(PRK) Parlimen kuala Terengganu yang bakal diadakan pada 17 januari 2009 ini.Manakala penamaan calunnya akan diadakan pada 6 januari 2009.PRK ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Yb.Dato'Razali Ismail pada awal bulan Dis 2008 tempohari.

Apa yang menarik ialah tentang calon-calon yang akan bertanding nanti.Bagi parti-parti PAS dan UMNO adalah tidak menjadi sesuatu yang luarbiasa bagi mereka,ini kerana bertanding itu adalah amalan wajib bagi sesebuah parti politik bila adanya pilihanraya samada pilihanraya umum atau pun kecil.

Cuma untuk kali ini aku tertanya-tanya apakah gerangan yang menarik sangat sehinggakan ada tiga m*****k **y** ini untuk terus mencuba nasib mereka dalam gelanggang kali ini,sedangkan kalau hendak dilihat peluang bagi mereka bagaikan jauh panggang dari api.Lihat saja apa yang mereka alami dalam pilihanraya di Permatang Pauh (pilihanraya kecil),Kuala Terengganu dan Rantau panjang Kelantan!Hanya kuasa Allah sahaja yang menentukan segala-galanya.

Faham kah mereka apa itu politik.Kalau melihat apa yang di istilahkan dalam wikipedia politik itu ialah" proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain".faham ke mereka?atau suka-suka atau ada dalang yang ingin suka-suka atau ada yang jenis mahu suka-suka.Pada aku apa pun niat mereka sesungguhnya mereka sengaja menempah dosa,setidak-tidaknya sebagai bahan untuk menjadi bualan dan fitnah manusia.Keduanya membazir.Dah tentu kalah deposit pun hilang....alasan negara demokrasi kita bebas untuk bertanding tu...alasan karut pada yang perasan saje.noktah
Share/Bookmark

Read more...

4:21 PM

Pasal Patriotik pula...









Pagi-pagi hari ini tengok suratkhabar.Berita sebut Perak dan kedah tidak patriotik.Patriotik ni makna lebih kurang tidak cinta negaralah.Sebabnya nak tukar kereta exco daripada Perdana Ke Toyota camry.Aku tidak nak komen la,cuma kalau sama-sama nak fikir mari kita pakat ingat balik apa yang Terengganu buat beberapa bulan dulu.Terengganu tukar juga...tetapi bukan Camry tapi Mercedes lagi...Heboh seluruh negara tapi tak dengar pula pasal patriotik tak patriotik ni.Alahai manusia...
Share/Bookmark

Read more...

5:43 PM

Penampilan Baru




Pertamanya....
Semalam minta anak-anak untuk dekorasi penampilan blog ini.Walaupun tidak secara pro aku rasa boleh la...cuma minta Pakda Day dan Makda Mak kalau boleh minta lengkapkan lagi supaya lebih cun lagi..bukan apa malas nak menegun depan skreen ni untuk update penampilan.Apa pun terima kasih so much untuk kalian.

Keduanya...
Sehari dua lepas raya haji ni ada beberapa kematian yang dikhabarkan kepada aku,pertama di kampung kerana sakit tua,kedua bapa kepada pemandu pejabat kerana kemalangan namun juga tua,ketiga jumaat lepas juga sakit tua kebetulan di sembahyangkan di masjid selepas fardu jumaat.





Kenapa sebut pasal kematian,cuma skadar untuk mengingat....kerananya aku lihat sekarang ini apabila berlaku kematian seolah-olah tidak ada apa kepada yang hidup ini.Semacam mereka tidak akan melaluinya selama-lamanya.Insaflah aduhai kawan kita juga mesti akan ke situ cuma tak tahu bila.Untuk aman kesitu marilah bersama mengelakkan diri dai melakukan dosa dan nifak semuga selamat dunia dan akhirat.




Ketiganya...



Jumaat sebelum Raya haji aku ada memasang telinga mendengar siaran web tv online yang dilayari oleh anak buah.Kuliah Tok guru semasa itu.Namun apa yang menarik pada ku dan tidak pernah ku dengar Tok Guru segarang itu ialah bila diakhir kuliah nya beliau memaki perokok dengan sebutan Binatang!!!!masyaAllah..berhentilah aduhai para penagih rokok...tekunkan semangatmu supaya boleh meninggalkannya..dan akhirnya kalau ikhlas maka ganjarannya pahala.
Share/Bookmark

Read more...

2:49 AM

Mulakan Pagi Anda Dengan Udara Segar!









Apakata apabila anda bangun pada waktu pagi, mulakan hari anda dengan solat subuh dan ambillah sedikit masa dengan berjalan-jalan di hadapan rumah selepas itu.

Lihat di kehijauan pokok kerana ini boleh menenangkan jiwa dan mengurangkan stress di pagi hari.

Hirup udara segar pagi dengan diiringi kicauan burung dan kokok pagi ayam. Tidak perlu ada udara beracun untuk santapan pagi anda.

Apabila anda bangun dari tidur, jantung anda yang tadi agak perlahan kerana tidur mula menjadi sedikit laju.

Jantung ini mengepam hemoglobin yang sarat dengan oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh. Sel-sel tubuh ini akan berada di dalam keadaan saf-saf yang tersusun untuk bekerjasama membantu anda mengharungi pagi anda sehingga ke malam esoknya.

Tidak adil dan zalim bagi anda meracuni sel-sel tubuh anda yang bekerja untuk menjadikan diri anda sebagai anda dengan karbon monoksida dan segala macam racun. Tak adil juga kepada paru-paru anda.

Apabila kereta ingin bergerak pada waktu pagi pun anda mulakannya dengan menghidupkan enjin sehingga panas. Ini membantu melambatkan kerosakan enjin. Memberi peluang agar minyak naik ke tahap yang sepatutnya.

Begitu juga dengan tubuh. Berilah sel-sel anda santapan yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan efisyen jika tiada asap rokok pada waktu pagi. Salur darah juga kurang tersumbat.

Pada waktu pagi, isteri dan anak-anak anda juga memerlukan oksigen yang mencukupi. Agar anak-anak dapat membesar dengan baik dan sempurna dan agar paru-paru isteri bersih dari segala gelodak dek asap durjana.

Apabila anda mulakan pagi... jangan mulakan dengan asap rokok. Mulakanlah dengan udara segar.

Amalkan lah.. InsyaAllah anda akan dapati perbezaannya.

dari blog Dr.Azwan
Share/Bookmark

Read more...

8:59 PM

Selamat Pulang Para Hajijj!!!








Setelah selesai menunaikan segala rukun haji untuk tahun 1429 ini maka selesailah sudah ibadah haji bagi mereka-mereka yang menunaikan haji untuk tahun ini.Semuga mereka semua akan mendapat haji yang mabrur yang tiada lain anugerahnya kecuali Syurga.Untuk para hajjij dari Malaysia isnin 17 zulhijjah 1429 adalah waktu ketibaan terawal.

Sebenarnya bila menyebut haji terkenang aku kepada peristiwa yang sudah menjangkau 8 tahun yang lalu..sungguh mengasyikkan bila dijemput untuk bersama menjadi tetamuNya..Ya Allah betapa besarnya nikmat Mu ..demi sesungguhnya cita-cita ku ini untuk menjadi tetamu lagi masih terpahat dan tidak pernah padam.Aku sentiasa berdoa...

Untuk tahun ini bila melihat siaran TV Saudi pada hari wuquf di Arafah terdengar satu istilah baru yang menyebut "Ayyuhal Hajjij"apakah itu istilah baru...insyalah aku akan mencari...
Share/Bookmark

Read more...

2:50 AM

Bukit Antarabangsa Lagi.....









Terpandang gambar-bambar ini teringat aku semasa kecil-kecil,bila ustaz-ustaz bercerita tentang teladan yang perlu kita ingat dari kisah kemurkaan Allah terhadap Qarun.Apakah ini juga sebahagian dari teladan yang perlu kita insafi.Pada aku kalau kita beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan Rasulnya maka ini juga sebahagian daripada jelmaan kisah yang sekesah dengan kesan Qarun.Oleh itu insaflah kita walau pun kita tidak merasakan kita seumpamanya tapi sedarkah kita tentang kedurhakaan kita kepada perintahnya???.Apakah ekonomi,politik dan cara hidup kita selari dengan perintahNya atau selari dengan pembawaan Qarun...bersamalah kita fikirkan....

Dibawah ku bawa catitan yang ku sedut dari blog Tuk_ya Azizi Abdullah yang ku kira boleh bersama kita berfikir.Gambar-gambar ku ambil dari pinkturtle...mohon keizinan dari kalian semua.





Awan dan Gadis Pemandu Teksi


Subhanallah, belum pernah saya melihat keindahan sekaligus kekaguman seperti ini. Entahlah kalau orang lain, terutama Angkasawan atau pilot-pilot lain.

Setinggi 16 ribu kaki dari paras laut dalam perjalanan balik dari KL ke Penang, saya melihat keajaiban ini dengan dada yang sebak dan berSubhanallah. Maha Agung Tuhanku. Awan gemawan di bawah kapal terbang yang saya naiki bagaikan kapas-kapas bersih dihampar di atas padang. Ia sangat lembut, gebu, bersih, semacam berolak tetapi tidak bergerak.


Saya teringat puisi Usman Awang bagaimana beliau ingin memintal awan gemawan menjadi selendang kekasihnya dalam puisi kekasih.

Saya diruntun agar terjun saja dari kapal terbang, mau berguling dan bermain dengan bidadari di atas hamparan awan gemawan itu. Sangat mempesonakan.

Bukan apa…

Ketika menaiki teksi dari Bangunan TH Selborn Jalan Tun Razak, pemandunya seorang gadis. Masyaallah, saya sangat teruja bagaimana seorang gadis boleh menjadi pemandu teksi.

Apapun, setelah berbual panjang ketika menghantar saya ke DBP dan kemudiannya mengambil saya ke Airport pula, barulah saya sedar, betapa anak gadis yang berasal dari Gurun ini, berkelulusan Electrical Engineering, pernah bekerja kilang dan kemudiannya terus membawa teksi sekitar KL.

Saya tersangat kagum. Kegigihannya, kemahuannya dan kesanggupannya menjadi manusia kerdil di tengah kota, kemudian bercita-cita besar dan tinggi. Dia berbangga dengan kerjaya itu.

Ketika melihat awan yang terhampar di bawah perut kapal terbang setinggi 16 kaki dari paras laut, termimpi saya bagaimana kalau saya cempung gadis pemandu teksi ini, meminta ia mengepak menari di tengah awan gemawan ini. Bagaimana saya merajut dan memintal awan gemawan ini menjadi selendang suteranya, kemudian meminta ia berguling-guling dalam kapas putih awan-awan ini. Haahhh, pasti mempesonakan.


Hahh, alangkah indahnya dunia ini. Bukankah ini satu landskap panorama yang agung bagi orang muda dalam kemabukan bercinta. Bagaimana kalau ruang yang terhampar olak alun awan sutera ini diperuntukan kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan Taman Mewah di Ulu Klang?

Tiba-tiba gadis pemandu teksi yang saya lemparkan ke gumpalan awan gemawan yang seperti kapas di tengah padang, di bawah perut kapal terbang itu membentak:

- Kenapa mesti membantu mereka? Kenapa mesti wujud tabung bantuan kecemasan?

- Kenapa? Saya bertanya sambil menghambatnya di ruang tengah bilik yang dipenuhi awan gemawan itu.

- Untuk apa kita bantu, jika mereka bertaraf antarabangsa?
- Untuk apa kita bantu, jika mereka di bukit mewah?
- Mereka ke sana bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kemewahan.
- Mahukah bantuan kita sekampit beras, sedangkan duit simpanan di bank ratusan ribu?
- Mahukah kita berikan sehelai cadar, sedangkan selimut mereka bagaikan awan gemawan berapun sutera?
- Sepadankah bantuan sebiji bantal, jika katil dan cadar mereka berjenama Rozel?
- Mahukah bantuan kita, jika tilam kita setebal satu inci, sedangkan karpet mereka tebal tiga inci?
- Mahukah mereka pemberian perabut kita, kalau perabot mereka sama besar dengan ruang dapur rumah kita?
- Mahukah pemberian selimut kita, kalau kain langsir mereka sepuluh kali ganda mahalnya?
- Terimakah bantuan penempatan kita di balai raya, kalau hotel mewah tempat mereka menginap?
- Mahukah bantuan kita, kalau daftar barangan mereka agar tidak dirompak, melebihi RM30 ribu?
- Kesalkah kita tentang bantuan kita, kalau home teater di ruang tamu mereka, sama dengan belanja lima tahun anak kita ke universiri?
- Kenapa tidak kepada mangsa banjir di Kelantan atau di Pahang?
- Mereka komplen kepada menteri, kita komplen kepada JKK.
- Kita tenggelam basikal atau motor Honda, sedangkan Mercedis mewah mereka hanya kemek di pintu kiri.
- Kita tenggelam kebun sayur, mereka tenggelam taman orked.
- Wajarkah katak nak bantu ular tedung, mahukah?

Hahhh, saya tersedar. Terakhir saya dijerkah, mahukah bantuan kita kalau tempat penempatan tidak setanding seperti hamparan awan gemawan yang kau lemparkan saya ke sini?
Share/Bookmark

Read more...

7:52 PM

Begitu rupanya bila "BERDUIT"





Selasa malam rabu 9 Dis 2008 tonton berita jam 8.0.0 malam di TV3.Lapuran berkait tragedi Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Terkesan dalam hati begini rupanya bila seseorang 'berduit'bila ditimpa musibah.Tiada lagi rasa bersalah untuk mengherdik sesorang.Semua orang yang ada tidak betul.Tidak kira siapa dia asalkan kita merasa ianya tidak menyebelahi kita maka itu semua adalah tolol belaka.

Aku melihat itu sebagai pengajaran bagi diri dan seboleh-bolehnya untuk semua yang berakal.Orang datang melihat dan menziarahi kita walau pun apa niat dia janganlah kita menganggap lawatan itu secara negatif.Apa yang kita dapat kalau hanya berjaya menherdik menyalahkan itu dan ini?.Pada saya yang kita dapat adalah persepsi manusia seluruhnya kepada kita adalah MANUSIA EGO tambahan lagi ianya tersiar ke pelusuk dunia melalui TV.Kalau kita mengikuti setiap peristiwa yang berlaku di situ banyak yang berlaku di luar pemikiran kita,bekalan makanan dibuang,memfitnah petugas-petugas dan bermacam-macam lagi.Oleh itu saya disamping ingin merakamkan takziah dan dukacita di atas kejadian yang berlaku juga ingin menyeru kepada semua yang terlibat...insaflah bahawa kita ini sebenarnya tidak kuat sebagaimana yang kita sangka hatta jika kita untuk menahan kentut pun kita tidak berupaya apatah lagi menahan musibah yang lebih besar daripada itu.Marilah bersama kita kembali berharap dan bergantung sepenuhnya kepada yang Berkuasa yang menjadi dan menghidup serta memberi rezki kepada kita.Demi sesungguhnya kita tiada sedikit pun daya upaya kecuali hanya DIA.
Share/Bookmark

Read more...