6:29 AM

Banjir

Flying Turtle

See more funny pictures and videos at Fugly.



Malam tadi dimaklumkan hubungan jalanraya Pantai Barat dan Timur terputus.Risau dengan keadaan jadual rehlah di pendekkan.Selesai hal di Ipoh bergegas balik melalui Grik,bertolak awal takut-takut tersekat jalan.Alhamdulillah nampaknya berita besar oleh RTM tidak kami temui di perjalanan dan selamat sampai ke destinasi...alhamdulillah.
Share/Bookmark

Read more...

5:35 AM

Catatan Bersambung lagi




29/11...Dengan berpemandu pelancung "special" seharian Pusing Perlis.Bermula dengan Taman ular,taman burung ,ladang anggur ,gua kelam sehingga ke Padang Besar kami berrehlah.Secara sepintas Perlis adalah biasa saja,cuma diekploit dengan gimik yang lebih sikit maka wujudlah destinasi-destinasi yang menarik orang untuk melancung.Pada saya tiada yang istimewa di sebalik kewujudan tempat-tempat ini,cuma bila ianya agak tersusun maka ianya dikatakan menarik.Sebenarnya kalau Kelantan mereka-reka sikit apa yang ada di kelantan ianya lebih menarik dan lebih terkesan kepada pelancung...percayalah kalau tak percaya silakan kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab di Kelantan untuk melakukannya.Insyallah Kelantan boleh!!!.
Kesimpulanya rehlah ini mengembirakan anak-anak....alhamdulillah.
Share/Bookmark

Read more...

4:21 AM

Sambungan Catatan






28 Nov di Langkawi.Atas pertolongan kawan (zul) sewa kereta siap pemandu.Kami pusing pulau.Semua destinasi pelancngan kami kunjungi...maklumlah ada pemandu pelancong.Nampaknya Langkawi sekarang agak mewah dengan prasarana yang disediakan oleh pihak-pihak yang berkenaan walau pun ada yang tidak senang diperingkat awalnya namun sekarang dilawati seolah-olah "kecacatan" yang di sebut-sebut terdahulu tidak pernah wujud dan mengesahkan bahawa sumpah mahsuri telah tidak terkesan lagi sekarang setelah ianya menjangkau lebih dari tujuh keturunan.
Di Langkawi, ramai pelawat.Bebelanja tanpa berkira kalau ikutkan satu pulau nak di belinya.Aku memerhati tetapi alhamdulillah rombongan kami tidak termasuk dalam kelompok itu.Cumanya yang pasti kalau ke Langkawi ini mesti ada ongkosnya.Sebabnya semuanya berongkos bermula dari tambang feri hinggakan nak ziarah makam atau orang sebut kubur Mahsuri itu pun kena bayar, belum lagi naik kereta kabel atau sebagainya.Nasihat kami kalau belum pernah ke sana bolehlah tapi tidak boleh selalu..
Share/Bookmark

Read more...

4:21 AM

Sekadar Catatan

Khamis 27/11 di Alor Setar ziarah kawan yang juga bekas bos.Beliau kelihatan ceria dan masih sihat alhamdulilah dan sekarang sibuk mengusahakan tanaman serai didoakan semuga berjaya.Malam bermalam rumah kawan di Kangar.T kasih sudi mempelawa, budi tuan kan ku kenang.
Share/Bookmark

Read more...

4:35 AM

Musafir


Hari ini khamis bersama keluarga bermusafir ke Perlis Indra Kayangan.Tengahari singgah di Alor Setar jumpa kawan yang juga bekas bos.Beliau sudah pencen tetapi alhamdullah masih sihat dan sedang giat mengusahakan tanaman serai.Doaku semuga berjaya. Malam singgah di Kangar rumah kawan yang satu masa sama bertugas di Kelantan kini bertukar ke Perlis .Terima kasih tuan rumah sekeluarga kerana sudi mempelawa kami bermalam di rumahnya.Budi tuan akan kami kenang.
Share/Bookmark

Read more...

2:32 AM

Hukum Berkaitan Ibadah Korban

Oleh : Ustaz Shauqi

1. Waktu Perlaksanaan Ibadat Korban
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga di akhir hari Tasyriq yakni 3 hari setelah Aidiladha. Oleh itu penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah. Menurut Imam al-Syafi’i r.h: Adapun waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), maka sudah tidak boleh menyembelih korban. – Imam al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, (edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta, 2004) jilid 1, m.s. 737 Dalilnya adalah sabda Rasulullah s.a.w. :Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendapat sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1961Sabda baginda: Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), maka hendaklah dia mengulanginya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5561 Sabda Rasulullah s.a.w.: Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan Korban Tersebut Tidak Memiliki Kecacatan
Hendaklah kita pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memilki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan lain-lain bentuk penyakit. Sabda Rasulullah s.a.w. : Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam berkorban, buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). – Hadis riwayat Abu Dawud di dalam Sunan AbuDawud, hadis no: 2420.

3. Tidak Menggunting Rambut Dan Memotong Kuku
Bagi mereka yang hendak melaksanakan ibadat korban maka hendaklah dia tidak menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga setelah dia melaksanakan ibadat korban tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.: Jika masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah (1 Dzulhijjah) dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977. Larangan memotong rambut ini termasuk juga memncabut mahupun mencukur ataupun apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut atau bulu di badan. Menurut Imam al-Nawawi r.h: Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan pemotongan atau pencabutan atau yang lainnya (dengan sengaja). Dan larangan untuk menghilangkan rambut baik ianya berbentuk pencukuran, memendekkan, pencabutan, pembakaran atau menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut, atau yang lainnya, baik ianya bulu ketiak, kumis, bulu kemaluan, rambut kepala mahupun bulu-bulu lain di bahagain badan lain-lainnya.– Imam al-Nawawi, Syarh Muslim, jilid 13, ms. 138-139.

4. Seekor Unta Atau Lembu Boleh Dibahagikan Kepada 7 Bahagian
Seekor unta ataupun lembu boleh dikongsi bersama oleh tujuh orang yang hendak melaksanakan ibadat korban. Diriwayatkan daripada Jabir r.a, dia berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w. ketika di Hudaibiyah seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w.. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1318

5. Boleh Berkorban Untuk Dirinya Sendiri Serta Ahli Keluarganya.
Seseorang untuk dibenarkan untuk berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun ramai jumlahnya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing atau satu daripada tujuh bahagian seekor lembu. Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Anshari tentang berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka Abu Ayyub menjawab: Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya, lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 1425

6. Ibadat Korban Dilaksanakan di al-Musolla.
Disunnahkan untuk melaksanakan ibadat koran tersebut di tanah lapang yang digunakan untuk bersolat di (al-Musholla) demi untuk memperlihatkan syi’ar Islam. Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar r.a daripada Nabi s.a.w: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di al-Musholla. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5552.

7. Disunnahkan Menyembelih Sendiri Haiwan Korban
Adalah disunnahkan dan afdhal untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadat korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri. Diriwayatkan daripada Anas, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565 Namun begitu diperbolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban untuk mewakilkan penyembelihan haiwan korban tersebut kepada orang lain yang Muslim.

8. Menyembelih Haiwan Korban Mengikut Sunnah
Hendaklah menyembelih haiwan korban tersebut dengan menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan mati dengan serta-merta. Ketika hendak menyembelih baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri.. Ketika mehyembelih hendaklah membaca basmallah dan bertakbir (Bismillahi Wallahu Akbar). Ini sebagaimana diriwayatkan daripada Anas r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua eekor kambing biri-biri yang bagus dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut Nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565. Hendaklah ketika menyembelih dikerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Hendaklah darah dari badan haiwan korban tersebut dialirkan keluar sepenuhnya dari badan haiwan tersebut sebelum melapahnya.

9. Daging Korban Tersebut Dimakan, Disedekah dan Dihadiahkan
Disunnahkan bagi keluarga yang melakukan ibadat korban tersebut untuk turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mengsedekahkan sebahagian lain. Malah diperbolehkan juga bagi mereka untuk menyimpan daging tersebut. Dalil-dalil akan hal ini adalah seperti berikut: Sabda Nabi s.a.w: Makanlah dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban tersebut). - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1971. Jadi seeloknya 1/3 dimakan atau diambil oleh orang yang buat korban, 1/3 untuk hadiah pada sahabat dan jiran, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin. Kalau korban nazar, pembuat korban tidak boleh mengambil untuk dirinya walau sedikit pun.

10. Tidak boleh Mengupah Tukang Sembelih Dengan Daging Korban
Perbuatan ini adalah bertentangan dengan syarak dan diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.. Hendaklah kepada upah tukang sembelih tersebut diberikan dengan menggunakan harta sendiri dan bukan apa-apa jua bahagian dari daging korban. Telah diriwayatkan daripada ‘Ali r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1317.

sumber:http://ibnusulaiman.blogspot.com/2006/12/mengerjakan-ibadat-korban- menurut.html (bersama pindaan dan penambahan)

Share/Bookmark Read more...

7:32 PM

Ilmu itu maklumat


WOOK ceria di samping Mohd. Nor di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang.(Md Nor 37 tahun & Wook 106 Tahun)
(Gambar Hiasan)








Semalam sambil merenung dan memerhati di tempat kerja terdengar satu rakaman kuliah oleh sesorang yang dimainkan oleh seorang kawan.Kuliah itu padaku memang menarik.Antara intisari yang aku dapat kutip ialah,

Kalau apa yang kita sampaikan itu adalah ilmu atau maklumat baru kepada pendengar atau seseorang maka itu namanya mengajar .Kalau apa yang disampaikan itu memang sudah diketahui oleh orang atau pendengar itu maka itu namanya tazkirah.

Halal atau haram itu kalau kita ibaratkan dalam kehidupan sehari-hari ini merupakan penawar dan juga racun.Perkara-perkara yang haram kalau kita buat atau amalkan maka seolah-olah kita memakan racun dan sudah tentu kesannya akan merosakkan tubuh badan kita.Namun sebilangan manusia malah sebahagian besar darinya tidak pernah terfikir sampai ke situ.Itulah sebabnya kita lihat banyak diantara yang mengamalkan salah laku dewasa ini adalah dari golongan yang boleh dikatakan ada ilmu tapi gagal untuk menterjemahkan ilmu yang ada itu kepada sesuatu yang menjadi penawar dalam kehidupannya.Maknanya mereka tidak faham bahawa apa-apa yang halal itu adalah merupakan penawar yang boleh membantu dalam menyembuh atau menawar apa sahaja yang mungkin menjadi racun kepada mereka.

Ramai di kalangan kita yang terjebak dengan gejala yang sedemikian.Masing-masing pula kadang-kadang melihat salah laku itu hanya pada orang lain tetapi tidak pada diri sendiri.Oleh itu marilah kita merenung dan bermuhasabah diri,disamping kita menilai sesuatu itu racun atau penawar maka janganlah hanya meletakkan perkara itu pada orang lain tetapi hendaklah meletakkan ianya lebih kepada diri kita sendiri.Semuga kita akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Share/Bookmark Read more...