11:30 PM

Comel pula la dia ni...




Cantik pula dia ni..rasanya eloklah terus macam ni YB !!
menariklah..

sumber di sini

Share/Bookmark Read more...

8:13 AM

Kenapa orang menghina kita....

Kalau ada orang yang "menyerang" kita sudah tentu ada sebabnya,mungkin tingkah laku yang telah kita lakukan samada secara sedar atau sebaliknya telah menyebabkan penyerangan itu berlaku.Jarang berlaku orang menyerang orang lain tanpa sebab,itu pun kalau ada mungkin orang gila agaknya.

Di ambang kita menyambut ulang tahun kemerdekaan kita ini nampaknya banyak isu yang berbangkit terutamanya membabitkan patriotisme sesorang dan nampaknya semuanya itu kita "tunjukkan" pada orang lain,tanpa kita bermuhasabah kenapa terjadinya begitu.

Di satu-satu kawasan kejiranan jarang kita lihat berlaku pergaduhan tanpa adanya provokasi,ianya aman damai jika tiadanya perkara yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati atau sebagainya.Namun begitu perkara sebaliknya akan berlaku jika adanya unsur-unsur provikasi di kalangan penghuninya,termasuklah ketidakadilan,pilihkasih atau sebagainya.Maka bagaimana mungkin kita mengungkit perilaku jiran atau kawan sekampung kita dengan kata-kata yang mereka seolah-olah "melawan" kita sedangkan kita telah bertindak "mengenepikan" mereka dengan tindak tanduk kita selama ini!!?.

Oleh itu "terbukalah" wahai kawan,kerana rasanya belum terlambat untuk kita mencari jalan damai.Usahlah merenggangkan lagi hubungan yang semakin renggang ini dengan mengungkit perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita ungkit.Kita kena ingat semakin kita "bertindak melawan" maka kita tidak akan dapati sesekali orang akan mengikuti kita dalam keadaan hatinya yang kecewa dan terasa dipinggirkan.Pokoknya ikhlaslah nescaya ada yang akan membantu kita....





Share/Bookmark

Read more...

1:52 AM

Cukup la tu ...tak kemana pun!!

Hari ini dah 19 hari kita berpuasa.Siang malam kita bermunajat kepada Allah.Ini semua adalah tidak lain dan tidak bukan adalah dengan tujuan mencari redha Allah.Namun demikian mengapa masih lagi kita bertengkar dan "berperang" di atas maudhu' yang tidak perlu kita tengkarkan? ,kerana apa yang kita buat itu lebih membawa kepada menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah sebenarnya.

Kita menghina dan memperlekeh saudara kita yang melakukan sesuatu perkara walau pun baik namun kerana ianya hanya semata-mata berlawanan dengan "fikrah" kita,maka kita lawan habis-habisan.Kadang-kadang sudah terang lagi jelas apa yang dilakukan oleh saudara kita itu adalah baik,tetapi kerana "bebal"nya maka kita secara membuta tuli menyanggah.

Melihat "perbalahan" ini di sini dan di sini,membuatkan kita sebenarnya simpati kepada mereka dan terfikir di benak fikiran kenapalah begini jadinya mereka ini?,apakah tahap ilmu yang ada sehinggakan percakapan dan pandangan mereka menjadi bahan gelak dan ketawa anak-anak di persekolahan?....


Share/Bookmark

Read more...

12:37 AM

"Kita orang puasa tau !!!!"

Untuk Bashir,Afnan dan Bunaiyya...selamat berpuasa semoga tarbiah ini mematangkan anda dalam meneruskan hidup ini...insyaAllah





Share/Bookmark

Read more...

1:11 AM

Ramadhan...11 hari sudah berlalu




Hari ini sudah 11 hari kita berpuasa.Ini bermakna sudah 11 hari Ramadahan berlalu.Beruntung kepada yang berdisiplin dan dapat melakukan amalan yang terbaik dan bersesuaian dengan kehendak ajaran ugama.

Dalam tempuh ramadhan ini pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku,ada yang baik dan ada yang tidak baik.Kepada yang baik alhamdulillah semoga mendapat ganjaran yang setimpal.Namun kepada yang tidak baik hendaknya kita sama-sama bermuhasabah dan mengelak daripada ianya berterusan,kerana ianya hanya akan membawa kepada akibat tidak baik terutamanya di hari pembalasan.

Banyak isu yang kita lihat dan dengar,dinar dan dirham,doa khutbah dan kepelbagaian lagi,Bila timbul isu-isu yang semacam ini maka ramailah yang akan memberi pendapat dan pandangan.Diantara pendapat dan pandangan itu ada yang kelakar dan ada juga yang logik.Semuanya menjadi perhatian.

Dalam berhujjah usahlah kita bertegang urat kerana semata-mata mempertahankan "kebebalan" kita tanpa mengambilkira rasionalnya.Oleh kerana ianya dikeluarkan oleh orang yang kita anggap "musuh" kita,maka kita lawan dia bagaikan nak rak,sedangkan hujjah kita itu ditertawakan orang.Rasioanllah hai insan semoga anda semua aman dan tenang dalam ramadhan ini...





Share/Bookmark

Read more...

7:00 PM

Seronok pula dengar loghat ni...


Share/Bookmark

Read more...

8:59 PM

Alfatihah untuk ilmuan berjasa ini..

2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad kembali ke Rahmatullah… pada usia kira-kira 88 tahun.Alfatihah..lanjut baca di sini



Share/Bookmark Read more...

1:08 AM

Kisah Guruku yang kini seorang MB

Masih segar dalam ingatan,semasa mula diamanahkan sebagai MB Kedah pada tahun 2008 dan ketika itu selesai berceramah di Terengganu,beliau secara berseloroh katanya,"Zi aku lani MB Kedah hang tau,pi la sana!!.

Masih juga segar dalam ingatan di akhir tahun 70an sebagai murid beliau saya selalu disuruh untuk menghantar Isteri beliau ke hospital,masih teringat betapa walaupun beliau seorang pensyarah dan menerima gaji yang agak lumayan pada masa itu,kehidupanya adalah agak sederhana dimana keretanya pada masa itu hanyalah Opel sahaja.Bila nak balik ke Kedah selalu pinjam kereta orang lain termasuklah kereta abang saya.

Juga masih teringat dan segar dalam ingatan saya,bila saya dalam penerbangan hendak menunaikan fardu haji,kebetulan beliau ada sama,sebagai guru saya,terasa malu pun ada,beliau bertungkus lumus mengangkat barang-barang saya untuk dimasukkan ke kapalterbang.

Juga masih teringat dalam ingatan saya bersama menemai beliau memburu burung ruak-ruak dan ayam hutan.

Kini guru,kawan dan orang yang saya anggap bapa saya ini diberikan Allah pangkat dan kemuliaan.Doa saya semoga Allah mengekalkan beliau di atas jalan yang benar dan diberi petunjuk sebaik-baiknya serta berjaya untuk menegakkan Islam di bumi Allah ini.Baca lagi kisah beliau di sini




Share/Bookmark

Read more...

5:41 PM

Ramadhan datang lagi...


Ya Allah ku pohon rahmatMu,MaghfirahMu dan pembebasan dari api nerakaMu.

Share/Bookmark Read more...

6:19 PM

Alhamdulillah..DIA memberi lagi...

Alhamdulillah Syukur,musim buah datang lagi.Kali ini walaupun tidak banyak nampaknya semua dapat merasa serba sedikit dan kebetulan pula hampir dengan Ramadhan yang akan disambut tidak lama lagi.Kepada yang ber"umur" dan sudah ada tanda-tanda diharapkan bersabar dan "berjimatlah" dalam menikmati anugerah Allah ini,kerana walaupun ianya dalam bentuk nikmat tetapi nikmat itu akan menjadi "bala"jika mengambilnya dalam kadar yang berlebihan.Kepada yang masih muda remaja nikmatilah dengan sebaik mungkin dan sentiasalah ingat bahawa anugerah ini semuanya untuk manusia dan diberi secara "percuma",maka sebagai balasannya patuhilah segala kehendak dan titah perintahNYA... sekali lagi syukur kepadaMu Ya Allah di atas kurniaan nikmat dunia ini..










Share/Bookmark

Read more...

9:45 PM

Baraka_Allahu_Lakuma...untuk yang baru atau lama bergelar suami isteri


Share/Bookmark

Read more...