Ramadhan bulan berkat.Bulan rahmat,keampunan,dan pelepasan dari api neraka.Diantara amalan yang terkenal dan menjadi semacam wajib bagi setiap muslim yang berpuasa ialah solat terawikh.
Ada yang bersolat 20 rakaat dan ada yang 8 rakaat.Masing-masing ada hujjah tentang perbuatan masing-masing.Itu tidak kisahlah apa yang penting beramal.
Yang menjadi topik pada kali ini ialah tentang perlakuan solat terawikh di kalangan yang bersolat.Macam-macam kita dengar.Ada yang memilih 20 rakaat ada yang bersolat 8 rakaat.Ada yang mencari tempat imam yang hafiz,ada yang mencari tempat solat yang morey nya sedap dan enak.Ada juga yang mencari tempat imamnya hafiz lagi sedap bacaannya terutamanya yang diimpot dari timur tengah.Lebih terkejut lagi saya bila ada juga yang mencari dimana solatnya paling cepat habis atau selesai.Bersama-sama kita fikirkan...
Terawikh Ramadhan
Read more...Alhamdulillah syukur kita untuk tahun 1430H ini sekali lagi kita diberi kurniaan untuk bertemu dengan ramadhan yang berkat ini.Semuga dengan kesempatan kali ini kita akan dapat memperbanyakkan lagi amal kita sesuai dengan tuntutan yang telah ditentukan untuk kita sebagai hambaNYa.Semuga kita semua mendapat ganjaran yang sewajarnya..Insyallah.
Selamat Berpuasa
Read more...Bercakap pasal pokok malberi maka ramai tertanya-tanya akan kelebihan dan kegunaanya.Sebelum ini banyak saya bercerita kepada kawan-kawan tentang kebaikan dan kelebihan pokok ini.Semua kagum apabila diberitahu.Kekaguman itu cuma sekadar mendengar saja.Tetapi bila RTM menyiarkan satu slot dalam rancangan IKS beberapa mingggu lepas tentang perusahan pokok ini di Selangor maka ramai datang kembali mencari saya untuk mencuba teh malberi ini.Kalau sebelum ini sekadar berminat tetapi tidak bersungguh,tetapi kali ini bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Alhamdulillah dua minggu lepas saya baru saja lepas prun pokok malberi saya dan cantasan tersebut dikeringkan untuk membuat teh.Kebetulan hujung minggu ini saya berkesempatan untuk proses membungkus daun yang telah siap dijadikan teh.Kepada kawan-kawan yang bertanya dan berminat insyallah minggu ini akan saya agih-agihkan teh ini.Jangan bimbang harga dan bayaran untuk teh ini saya nak terima tunai di akhirat besok.Yang penting sama-sama berdoa agar kita dilimpahkan keberkatan dan kekal dalam iman.
Teh Malberi & salam untuk Dr.wahab
Read more...Semasa kecil-keci dahulu sentiasa kita tengok sesetengah orang yang "berkaki ayam".Fenomena ini selalunya berlaku di kampung-kampung terutamanya mereka-mereka yang berkebun dan sebagainya.Perkara yang sama berlaku di kalangan orang-orang asli yang mendiami kebanyakkan kawasan pendalaman.Namun perkara ini semakin berkurangan dan boleh dikatakan sekarang ini terutamanya di kawasan bandar sudah tiada lagi mereka yang "berkaki ayam" ini dalam kehidupan sehariannya.Kalau ada pun mereka ini adalah yang "terlepas"dari pusat-pusat pemulihan jiwa Tampoi atau pun Tanjung Rambutan.Itu dalam keadaan biasa kecualilah mereka-mereka yang berkebun atau sebagainya.
Semasa sedang menunggu teman di Lapangan Terbang semalam terkejut saya rupanya ada juga golongan "berkaki ayam" ini yang baru turun dari pesawat.Pada saya bukan kebetulan sebab bilangan nya melebihi dari lima orang,semua "berkaki ayam".Kelmarin dulu juga terserempak dalam pekan mereka yang sebegini,siap berkain pelikat lagi tetapi gaya pakainya macam perempuan pakai sarong.Tetapi nasib baik rupa parasnya tidak macam Mamat atau Ali,kalau tidak kita jangka mereka ini baru terlepas dari Tampoi atau Tanjung Rambutan gayanya.Kerana rupanya macam John atau Albert maka kita tidak kisah sebab rupa-rupa paras semacam ini menjadi kebanggaan sebahagian daripada kita...bersama-kita fikirkan.
Kenapa Begini?....
Read more...