8:05 PM

Kita sebenarnya mencari kekurangan...

Menjalani kehidupan seharian adalah sesuatu pasti kepada setiap yang hidup.Urusannya bergantung kepada siapa dia itu.Kalau guru maka cara hidup gurulah kehidupanya,begitulah pegawai kerajaan,petani dan sebagainya,yang pasti semuanya mengharapkan terbaik untuknya.

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang mempengaruhi kehidupan kita,kemiskinan,kekayaan dan apa sahaja mempengaruhi kita.Kita juga sering diperingatkan perkara-perkara yang baik dan begitu juga perkara-perkara yang buruk.Neraca pertimbangan baik dan buruk yang sebenar adalah apa yang telah digarap oleh Maha Pencipta iaitu Allah S.W .T.Oleh itu kita hendaklah mencari yang baik dan menolak yang buruk itu.

Sesuatu yang baik ianya akan berfaedah sampai bila-bila,hatta boleh dibawa mati dalam bentuk ganjaran pahala dan

Cuba kita sama-sama berfikir dengan hati yang tulus dan jernih,selama kita hidup ini apabila kita bangkit sahaja daripada tidur kita,apa yang kita cari?secara jujur sudah tentunya kita mencari "kehidupan",bertungkus lumus dan berpenat lelah kita "berjuang"mencari dan terus mencari tanpa memikirkan yang lain,cara kita membujur lalu melintang patah,betul atau salah tidak lagi menjadi perhitungan,apa yang penting kita dapat!!.itu realitinya.

Kehidupan selepas mati seolah-olah tiada dalam kamus kehidupan kita hari ini,kalau pun ada cuma terlintas hanya sekejap dan ianya terus hilang bersama impian yang mendatang.Allah hanya diingat apabila kesusahan mendatang,bila hilang, ingatan itu pergi bersama angin lalu.

Begitulah kehidupan ini,kita hanya mencari untuk apa yang kita dapat jangkau dengan pemikiran namun kita seolah-olah menolak kebenaran yang dikhabarkan secara ghaib itu.Buktinya kita bersungguh mencari untuk dunia tetapi untuk akhirat sangat sedikit yang kita fikir dan usahakan.

Mungkin masa masih ada,kita masih boleh berubah,lapangkan masa kita untuk bersama Allah kerana Dia adalah segala-galanya.Allah berjanji melalui hadis qudsi riwayat Ahmad yang maksunya:Wahai anak Adam! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!



Share/Bookmark

Read more...

4:57 PM

Peristiwa yang dicatat

1.

1 jun 2011 tariff letrik naik.Kenaikan itu dijanjikan dalam kadar yang munasabah dan tidak membebankan.Antara janji lain ialah kepada mereka yang menggunakan letrik dengan nilai lebih kurang RM70 tidak terlibat dengan kenaikan ini.Itu janjinya.

12 jun 2011 bil letrik mula tiba dengan kadar yang baru.Jumlah tercatit dalam bil RM127.00.Bil bulan-bulan sebelumnya hanya di sekitar RM60-RM70 sahaja.Saya tidak pasti apakah kenaikan yang ini tidak membebankan(?).Apa yang pasti saya terpaksa membayar sekali ganda daripada jumlah bil sebelumnya.

2.

12 jun 2011 berlangsung pilihanraya umum Turki.Keputusan rasmi menunjukkan parti AK menang dengan majoriti yang besar. Parti AK pimpinan Erdogan menang dengan memperolehi 327 kerusi atau 50.41% undi, diikuti CHP 135 atau 25.8% undi dan 53 kerusi untuk MHP atau 13.1%.Tahniah untuk parti AK yang mendapat mandat itu.

3.

Hari ini 13 jun 2011 anak-anak sudah memulakan persekolahan masing-masing setelah bercuti selama dua minggu.Semoga dengan cuti yang telah dilalui itu dapat merehatkan minda murid-murid dan guru-guru,dan dengan bermulanya penggal baru ini anda semua lebih bersemangat untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Share/Bookmark

Read more...

6:19 PM

Semoga selamatlah semuanya...



Sekarang musim cuti sekolah.Kebetulan juga bulan rejab menjelma,dikesempatan bulan dan masa yang baik ini ramai yang melangsungkan perkahwinan.Maka sempena dengan majlis ini banyaklah kenduri kendara yang diadakan.Kadang-kadang dalam sebuah kampung ada sampai empat atau lima majlis yang diadakan.Untuk itu semua tahniah kita ucapkan kepada para pengantin baru dan keluarga masing-masing dengan iringan doa semuga kekal bahagia sepanjang hayat.


Di musim ini juga para imam sibuk dengan tugasan mengakadkan pasangan yang akan berkahwin.sampaikan tidak cukup "jam" untuk melakukannya,juga tahniah untuk para imam nikah kerana di musim ini anda sebenarnya kaya dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada anda dan seharusnya kita syukuri.Ikhlaskan niat anda dalam tugasan yang diamanahkan ini.

Kepada pemuka masyarakat,penghulu ke ,ketua kampung ke,atau apa sahaja sedikit cadangan kepada anda,diperhatikan banyak majlis-majlis kahwin ini dilakukan dalam sesebuah kampung dan kawasan.Banyak belanja yang dikeluarkan.Bermula dengan peralatan pelamin sehinggalah kenduri kendara sebenarnya kita "menghabiskan" kewangan kita secara tidak berhemah,betul ini adalah majlis yang sekali seumur hidup bagi setiap orang,tetapi tidak sekali bagi ibu bapa yang punya ramai anak,mereka akan berhabis setiap kali majlis kahwin hendak diadakan bagi setiap anaknya,apa kata kalau acara kahwin beramai-ramai di adakan bagi sesebuah kampung dan kawasan itu dengan cara berpakat dan bergotongroyong.Dengan dikepalai oleh Tok penghulu atau Ketua kampung diyakini ianya akan memberikan banyak kelebihan.Dengannya pergaulan dan silaturrahim dapat diearatkan,belanja dapat dijimatkan dan rasanya banyak yang positif dapat kita tonjolkan.

Apa pun selamat pengantin baru untuk semua,jaga diri dan keluarga yang bakal anda pimpin nanti,kawal jiwa dan nafsu anda,banyakkan masa dan ketika untuk mendekatkan diri anda dengan Allah kerana Dia sahaja yang punya segala-galanya.Banyakkan interaksi dan perbincangan yang positif dalam kehidupan seharian anda dan insyaallah anda akan berjaya mengharungi lautan dunia yang penuh cubaan ini...



Share/Bookmark Read more...