7:58 PM

Takut dan berwaspadalah peringatan ini adalah benar..

At-Takathur.png

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" / (8)
surah At-takasur/ 102)

Meneliti firman ini kita tersedar akan kelemahan kita,kita sebenarnya "mengejar" sesuatu yang tidak kekal dan boleh menyelamatkan kita.Siang malam kita berusaha untuk "itu".Kita bergaduh,kita bermusuh sehinggakan kita mempertaruhkan kesihatan dan keselesaan kita hanya untuk itu.

Kadang-kadang kita hanya beringat-ingat bila ada sedikit "kesusahan",namun kita teruskan semula apabila ianya hilang,kita bergaduh dan bermusuh lagi untuk "merebut" itu.

Kita sebenarnya lupa hayat kita cuma sebentar sahaja.Hayat yang sedikit ini sepatutnya menjadi medan mencari bekal untuk dibawa ke alam yang kekal.Namun apa yang terjadi amalan kita kini seolah-olah sudah terbalik,kita mencari dunia seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya,tetapi akhirat yang kita akan kekal itu kita tidak bersedia dan berbekal untuk kesana.

Kita lihat di sekeliling,jarang yang boleh menjadi contoh,semuanya seolah-olah sama,berkejar-kejaran mencari habuan,mereka yang bercakap memberi tazkirah itu pun terlajak juga ketikanya.Oleh itu rujuklah kepada sumber yang asal jangan jadikan mereka itu contoh kerana di sana mereka juga akan berlepas diri untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Bercita-cita adalah sesuatu yang lumrah,namun demikian ianya hendaklah berada di landasan yang diredhai Tuhan.Kerana dunia ini sesuatu yang melekakan dan mengasyikkan.Jangan nanti kerana tekunnya kita dalam mengapai cita-cita dengan lupa Tuhan nanti kita dijemput juga dalam keadaan dilupakan Tuhan.Mohon dijauhkan fitnah itu,bersederhanalah dalam mencari dunia,kerana itu tidak bermakna kita meninggalkan dunia.


Share/Bookmark

0 comments: