5:12 PM

Nuklear: sesuatu yang kita tidak fahami

Sebut Chernobyl semua orang akan ingat akan peristiwa kemalangan loji nuklear yang berlaku di situ sekitar april 1986.Sekarang ini perkara yang sama berlaku di Jepun akibat gempa serta tsunami dan kesan yang menakutkan itu berpanjangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan.Hasilnya kedua-dua kemalangan tersebut telah menyebabkan penyebaran radioaktif yang amat merbahaya kepada kehidupan dan mempunyai kesan yang berpanjangan.Jadi sebut nuklear semua orang akan fobia terhadapnya.

Kebimbangan ini turut dirasakan oleh rakyat Malaysia terutamanya di negeri Pahang dan sekitarnya hasil daripada pembinaan loji memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas yang dikatakan akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.Keluaran kilang ini dikatakan akan digunakan sebagai bahan dalam keluaran lampu kalimantang yang berada di setiap rumah-rumah kita.

Sebagai manusia yang agak kurang arif tentang nuklear ini kebimbangan yang sama turut dirasai malah lebih terkesan apabila yang bercakap tentang bahaya kesan pembinaan kilang itu adalah di kalangan yang dikatakan pakar.

Berkebetulan semalam dapat bercakap dengan seorang kawan yang agak pakar dalam nuklear ini dan beliau terlibat secara langsung dalam mengendalikan kilang Lynas ini.

Hasil perbualan dan penjelasan yang beliau berikan ternyata sangkaan sebelum ini agak meleset.Ternyata hasil daripada kajian dan pengalaman beliau selama puluhan tahun yang terlibat dalam industri nuklear ini menunjukkan apa yang akan dilalui oleh dalam projek Lynas ini adalah berada di tahap selamat dakwa beliau.Malah katanya industri bijih timah itu lebih berbahaya kerana ianya mengeluarkan plumbum berbanding dengan memproses nadir bumi ini.Projek di Bukit Merah yang ditutup itu pun kata beliau terbukti tidak ada kesan sampingan kepada para pekerja sehingga kini.

Cuma agak dikesalkan kata beliau pihak-pihak yang menentang tidak memberi peluang untuk pihaknya memberikan penjelasan tentang perkara ini,malah dalam dailog yang diadakan mereka lebih banyak mempersoalkan tentang teknikal yang mereka tidak fahami tetapi tidak mahu menerima penerangan yang diberikan,malah ditolak secara melulu tanpa ada fakta.Begitu juga dengan orang politik walaupun mereka menyatakan faham tetapi terpaksa mengikut "arus" atas desakan para pengikut.

Nampaknya perkara ini akan berterusan dan mungkin menjadi polemik yang berpanjangan.Kita orang awam hanya "terpinga-pinga"dengan situasi ini dan mendapati mana kelompok yang lebih kuat dari segi hujjah dan pembawaan maka akan menanglah dia walau pun hakikat sebenarnya betul atau salah tidak kita ketahui.

Pada saya teknologi adalah anugerah Allah.Jika ianya adalah sesuatu yang baik maka perlu dimunafaatkan selagi ianya tidak mengundang bahaya.Cumanya untuk memastikan ianya baik atau pun tidak perlu kepada kajian.Kepada kita yang tidak 'ahli " ini kena belajar dan cuba fahami apa sebenarnya perkara itu.Jangan hentam tanpa ilmu.Bila dah ada ilmu terpulanglah kepada pilihan anda...

Cuba baca ini,ini

Share/Bookmark

0 comments: