4:51 PM

Apa yang dilarang, itulah kesukaan..

Akhir tahun 2010 saya kehilangan seorang kawan yang masih berkhidmat.Umurnya menghampiri 54 tahun.Kata doktor kawan saya itu menghadapi masalah paru-parunya yang mengecut serta mengeras dan di saat kematianya ianya membentuk bagaikan hati ayam dan tidak berfungsi lagi.

Saya tahu kawan ini dari segi sejarahnya memang kuat merokok dan terbukti merokok adalah membahayakan kesihatan.Lihat sini

Semalam jumpa lagi seorang kawan yang juga kuat merokok dan kini semakin menjadi-jadi.Pelbagai nasihat telah diberi dan berkali-kali,namun masih juga meneruskan tabiat itu.Katanya umurnya sudah mencecah 60an namun tiada sebarang penyakit yang dihadapinya dan kini masih sihat(baca:walaupun tidak pernah menjalani pemereksaan kesihatan).Berapa ramai yang tidak merokok,mereka juga mati! dakwa kawan saya itu.

Logiknya kawan saya itu ada benarnya,memang ramai yang tidak merokok juga mati,malahan doktor yang mengubat orang itu juga mati,tetapi mahukah kita menerima "hakikat" itu begitu sahaja?bagi yang muslim terfikirkah kita pasal dosa dan pahala?apakah kehidupan seharian kita ini cuma berpijak kepada sihat dan tidak sihatnya kita sahaja dan itulah segala-galanya?tidak!! sihat dan aman sejahtera adalah pengharapan kita dan syukur jika diberi,tetapi apa yang lebih utama ialah dosa dan pahala itu sendiri yang akan menjadi bekal di hari yang tidak adanya guna lagi harta dan anak pinak.Mencari bekal itu adalah keperluan dan mesti kepada setiap orang daripada kita.

Sebagai seorang yang waras ayuh!! tinggalkanlah "bebal" anda itu dengan mereka-reka berbagai alasan untuk "menghalalkan" perbuatan anda,ingat bila kita mati mulut tidak lagi akan berkata-kata malah anggota lain termasuk hati pula akan berkata-kata dan menjadi saksi siapa sebenarnya kita.Oleh itu bersama berdoa agar kita diberikan hidayah yang berterusan serta diberi keampunan dan dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat syurga.Berhentilah daripada melakukan maksiat aduhai kawan!!!.

Share/Bookmark

0 comments: