11:46 PM

Anda ada pembantu rumah?

Bila membaca berita ini terasa ingin bertanya begini,Anda ada pembatu rumah?untuk apa anda gunakan pembantu rumah tersebut?untuk membantu kerja rumah keluarga anda!!,untuk memberi kerehatan sepenuhnya kepada anak isteri anda dan ini akan menjadikan anda juga tenang dan riang.

Isteri anda bekerja?tidak!!,pembantu itu untuk merehatkan isteri,kalau begitu baguslah kerana keperihatinan anda untuk itu.

Bagaimana pula kalau kita cari pembantu semata-mata kerana isteri kita keluar bekerja,pembantu itu untuk membantu menguruskan rumahtangga bermula daripada makan pakai,cuci sehinggalah mendidik anak-anak.Berbaloi kah kalaulah begitu jadinya.Isteri yang keluar "bekerja" cuma membawa pulang wang ringgit,kalau banyak jumlahnya mungkin ada kesannya,bagaimana kalau ianya hanya sekadar cukup-cukup?

Kalau direnung-renung kita sebenarnya melihat "benda" itu sebagai segala-galanya,kita "meninggalkan" realiti kehidupan yang menentukan susah senang kita kemudian hari.Dengan pembantu yang menjaga makan pakai keluarga kita termasuk pendidikan anak-anak,anda yakin ke suatu hari nanti sewaktu umur kita sudah tua, kita akan mendapatkan hasil yang boleh memberi "ketenangan".Banyak sudah contoh dan tauladan yang kita lihat,duit dan harta yang kita cari tidak kemana,ianya hilang bersama dengan berlalunya umur kita,namun kalau kita umurnya dianugerahkan Allah panjang maka "harta" yang masih tinggal adalah manusia yang merupakan anak-anak dan suami/isteri kita.Bagaimana mungkin mereka akan "mesra" dengan kita sedangkan di masa pembesarannya kita biarkan mereka dididik oleh orang lain yang juga pembantu rumah yang kita gajikan mereka untuk kita serahkan amanah yang septutnya kita yang ambil tanggungjawab tersebut.

Mungkin pandangan ini negatif bagi sesetengah orang tetapi cuba kita rasionalkan sedikit pemikiran kita,nescaya kita akan menerima hakikat itu.



Share/Bookmark

Read more...

8:14 PM

Semakin Pelik...

Kepercayaan itu pelbagai,cuma yang membezakanya hanya benar dan tidak benar.Kepada orang Islam sudah tentu Kepercayaan kepada Allah semestinya menjadi tunggak dan ianya menjadi asas kepada Islam atau tidaknya seseorang itu.

Disiplin Islam digarap melalui alquran dan hadis dan ianya menjadi panduan sepanjang kehidupan penganutnya.Para penganut ugama lain selain Islam tiada panduan selengkap panduan islam dan apa yang ada pun jika ada tidak diiktiraf oleh Allah itu sendiri.Maka tidak hairanlah jika kita dapati para penganut selain islam akan "bercakap"mengikut otak masing-masing tanpa adanya disiplin khusus sebagai panduan sebagaimana islam.

Cakap-cakap dan pandangan mereka jauh daripada kejernihan jiwa kerana tiadanya "petunjuk" .Baca ini.Kita kesal dengan pernyataan dan pendapat seperti itu dan kita hanya sekadar merungut dan memprotes,lagipun kita faham mereka yang seperti itu tidak faham kerana mereka sememangnya tiada "petunjuk".Namun kini beberapa peristiwa dan kejadian terbaru mendapati mereka yang dikategorikan sebagai faham Islam pun bercakap senada dengan yang dikatakan tidak faham itu.Lihat ini.

Dalam hal ini di mana kita sebenarnya,apakah kerana "politik dan kuasa"yang sudah pasti akan "hilang" cepat atau lambat itu maka kita menukar "pendirian" kita sebegitu sekali?,adalah malang ianya berlaku dan terlebih amat malang kerana ianya berlaku di kalangan yang mengaku tahu.Oleh itu masa belum terlambat,insaflah jangan beli dunia ini dengan harga yang teramat murah itu .Sesungguhnya ada benda lain yang lebih berharga daripada itu dan itulah sepatutnya yang kita cari.




Share/Bookmark

Read more...

4:51 PM

Apa yang dilarang, itulah kesukaan..

Akhir tahun 2010 saya kehilangan seorang kawan yang masih berkhidmat.Umurnya menghampiri 54 tahun.Kata doktor kawan saya itu menghadapi masalah paru-parunya yang mengecut serta mengeras dan di saat kematianya ianya membentuk bagaikan hati ayam dan tidak berfungsi lagi.

Saya tahu kawan ini dari segi sejarahnya memang kuat merokok dan terbukti merokok adalah membahayakan kesihatan.Lihat sini

Semalam jumpa lagi seorang kawan yang juga kuat merokok dan kini semakin menjadi-jadi.Pelbagai nasihat telah diberi dan berkali-kali,namun masih juga meneruskan tabiat itu.Katanya umurnya sudah mencecah 60an namun tiada sebarang penyakit yang dihadapinya dan kini masih sihat(baca:walaupun tidak pernah menjalani pemereksaan kesihatan).Berapa ramai yang tidak merokok,mereka juga mati! dakwa kawan saya itu.

Logiknya kawan saya itu ada benarnya,memang ramai yang tidak merokok juga mati,malahan doktor yang mengubat orang itu juga mati,tetapi mahukah kita menerima "hakikat" itu begitu sahaja?bagi yang muslim terfikirkah kita pasal dosa dan pahala?apakah kehidupan seharian kita ini cuma berpijak kepada sihat dan tidak sihatnya kita sahaja dan itulah segala-galanya?tidak!! sihat dan aman sejahtera adalah pengharapan kita dan syukur jika diberi,tetapi apa yang lebih utama ialah dosa dan pahala itu sendiri yang akan menjadi bekal di hari yang tidak adanya guna lagi harta dan anak pinak.Mencari bekal itu adalah keperluan dan mesti kepada setiap orang daripada kita.

Sebagai seorang yang waras ayuh!! tinggalkanlah "bebal" anda itu dengan mereka-reka berbagai alasan untuk "menghalalkan" perbuatan anda,ingat bila kita mati mulut tidak lagi akan berkata-kata malah anggota lain termasuk hati pula akan berkata-kata dan menjadi saksi siapa sebenarnya kita.Oleh itu bersama berdoa agar kita diberikan hidayah yang berterusan serta diberi keampunan dan dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat syurga.Berhentilah daripada melakukan maksiat aduhai kawan!!!.

Share/Bookmark

Read more...

5:56 PM

Kalau dah anggap "Rezeki Jangan Ditolak" beginilah jadinya.


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.


Selalu kita dengar ungkapan" rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari",begitulah agaknya yang terjadi kepada sekumpulan "manusia" di kilometer 243 lebuhraya utara-selatan berhampiran susur keluar Pedas pada 18/1/2011 yang lalu.Kalau lihat secara negatifnya "perlakuan" ini (baca: ambil dan lari tanpa menyerahkan kembali kepada tuanpunya)menunjukan kepada kita betapa "moral" sahabat-sahabat kita ini telah hilang dan lebih malang lagi hilangnya moral itu disebalik bercambahnya kempen ke arah meningkatkan integriti masyarakat.Secara insaf ini menandakan 'kegagalan" kita dalam menerapkan nilai-nilai moral yang baik kepada masyarakat kita.Oleh itu ubahlah caranya!!!.

Sumber berita di sini

Share/Bookmark Read more...

7:47 PM

Seronok itu ada kuncinya..

Kita seronok kalau kita mendapat sesuatu yang baik dan menyenangkan hati kita.Sebaliknya kita akan merungut jika mendapat sesuatu yang tidak baik dan menyusahkan kita.Kalau begitulah keadaanya apakah kita pernah berbuat begitu?"memberi" yang baik untuk menyenangkan orang lain dan mengelak daripada memberi sesuatu yang buruk dan menyusahkan orang lain!?

Namun kita kadang-kadang lupa kita hanya dalam posisi "menerima " sahaja,tidak pernah pula bertindak sebagai "pemberi"atau kalau ada pun mungkin hanya sesekali atau tiada langsung.

Dalam soal ini ada orang selalu bersikap "halus" dalam memberi kepada orang lain,hatta ibu bapa sekalipun!,Kalau menguntungkan diri sendiri maka ianya akan bersikap proaktif yang amat sangat,sebagai contoh kalau anak atau ahli keluarganya maka segala usaha akan dilakukanya walaupun melibatkan risiko kewangan atau sebagainya,tetapi di sebalik itu ia akan bersikap acuh tak acuh kalau tidak melibatkan "kepentingan " diri dan keluarganya yang terdekat.Malah ibu bapa pun "ditinggalkanya".

Adilkah kita kalau begitu?,sebenarnya realiti hari ini ramai yang tidak yakin dan percaya bahawa sebenarnya kita akan dapat balik apa yang kita berikan kepada orang lain.Cuba renung dan bayangkan apabila kita membuat sesuatu kebaikan,yang pasti kita akan memperolehi "sesuatu"paling tidak pun ketenangan perasaan.Begitulah juga jika kita melakukan keburukan juga kita akan dapat habuan itu.Hakikat kehidupan ini tidak dapat kita tolak jika kita sebenarnya orang yang jujur dengan diri sendiri.

Sebagai manusia yang masih boleh berfikir,selagi nyawa masih di badan masa belum terlambat,bersama kita membuat kebaikan dan kebajikan,percayalah! apa yang kita sumbangkan itu pasti akan dikembalikan semula kepada kita,mungkin bukan dalam bentuk asal tetapi dalam bentuk yang lain dan bolehjadi berganda bilanganya.Apa yang penting ikhlaskan diri dalam memberi.

Share/Bookmark

Read more...

8:23 PM

Sedih dan pilu

Membaca berita ini memilukan saya.Lebih memilukan bila yang mengungkit itu namanya semacam saudara mara kita,namun begitu....

......Kalau kita mengikuti sirah nabi S.A.W,kita dapati usaha beliau mengajak manusia ke arah kebaikan ditentang oleh individu-individu dalam masyarakatnya.Sudah tentu penentangan itu kerana ajakan dan cadanganya tidak selari dengan "jiwanya".Maka Allah melaknat orang-orang seperti itu.Gambaran laknat itu Allah gambarkan melalui alquran surah 111.

Allah juga memberitahu Nabi S.A.W,antara tugasnya adalah menyampai apa itu kebenaran dan dia tidak diberi "kuasa" untuk memasukkan hidayah itu kepada orang yang diseru.Makanya perjalanan hidup Nabi S.A.W itu jugalah yang perlu diikuti oleh mereka selepasnya selari dengan apa yang dikatakan "ulama'itu pewaris para nabi".Oleh itu kepada para petugas amar makruf dan nahi mungkar teruskan tugasan anda kerana kerja-kerja anda itu sebenarnya merupakan tugasan yang berat dan perlu kepada komitmen yang sebaik mungkin.Usah fikirkan hasil dan kesannya,kerana itu hanya Allah yang menentukan.Bersama kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.





Share/Bookmark

Read more...

6:18 PM

Politik dan berpolitik

"Definisi politik sangat variatif, ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif.Politik sering didefinisikan sebagai penggunaan kekuasaan atau kewenangan,suatu proses pembuatan
keputusan secara kolektif, atau sebagai arena pertarungan kepentingan yang penuh muslihat" (Heywood, 2004:52).

Berpolitik adalah sesuatu yang perlu,kerana dengan politiklah kita menjalani kehidupan ini.Secara positifnya politik yang baik akan membuah hasil yang baik dan boleh dinikmati oleh manusia.

Suasana kesetabilan alam rumahtangga adalah berkait rapat dengan cara"berpolitik"penerajunya,begitu juga dengan sesebuah negeri atau negara.Itu pun kalau politiknya ke arah kebaikan.Sebenarnya baik atau buruknya kesan "berpolitik" ini adalah bergantung kepada ahli politik itu sendiri.

Sebagai manusia yang masih diberi akal untuk berfikir dan merenung,didapati di tempat kita ini lenggok gaya berpolitik oleh ahli-ahlinya sudah nampak kejanggalan.walaupun masih ada yang ingin membawa politik ke arah kebenaran namun ianya ditenggelamkan oleh anasir-anasir yang berkepentingan.Perjuangan mereka bukan lagi untuk kemaslahatan masyarakat umum tetapi lebih kepada untuk kepentingan diri masing-masing.

Saban hari merancang itu dan ini seolah-olah untuk kebaikan semua tetapi akhirnya tembolok sendiri yang kekenyangan.Setiap detik dan masa sudah semacam wirid harian bercerita tentang kebaikan tetapi kemusnahan yang mendatang.Itulah nampaknya "berpolitik" cara sekarang.Tiada lagi sifat keinsanan,sifat "kebinatangan" ada di mana-mana.Menipu, membunuh,menzalimi kawan dan lawan sudah menjadi disiplin kehidupan harian.Semuanya "dihalalkan" dengan alasan-alasan yang di rasionalkan.

Kalau begitulah keadaanya bagaimana mungkin kita akan berubah kepada keadaan yang lebih baik?.Mengikut perkiraan logik akal kemungkinan untuk menjadi pulih adalah sudah agak mustahil,cumanya ketentua Allah sahaja yang menentukannya.Cuma apa yang penting kita kena percaya apabila datangnya kebaikan maka akan hilanglah kebathilan itu,apa yang penting kita kena berusaha ke arah itu.

Share/Bookmark

Read more...

4:13 PM

Kita boleh berubah..

Kehidupan semasa remaja selalunya berbeza bagi setiap orang.Ada yang susah dan ada yang senang.Begitu juga dengan perangai,ada yang baik dan ada yang nakal.

Di alam persekolahan kita mempunyai ramai kawan sebaya.Bermacam ragam dan perangai kawan-kawan kita itu.Ada yang kaki menyakat kawan,ada yang suka bersendirian dan ada juga yang warak dan selalu mendampingi surau,dan sebagainya.

Menilai kawan-kawan pada masa itu hanya sekadar luaran dan hanya dengan otak remaja kita yang sempit itu.Kita beranggapan kawan-kawan itu adalah sebagaimana "perangainya" semasa.

Kini sudah lebih 30 tahun berlalu,rupanya "pandangan" kita terhadap kawan-kawan itu ternyata salah sama sekali.Kini kawan-kawan yang dianggap "nakal" pada zaman remajanya begitu banyak berubah,tanpa menyebut nama saya begitu kagum dengan insan-insan ini.Dulu kalau di sekolah adalah pembuli no 1,tetapi kini menjadi seorang perundingcara yang termashyur dan disegani.namun disebaliknya ada kawan yang kaki surau pada masa itu kini terasing malah mempunyai masalah disiplin dan dibuang kerja.

Berfikir secara insaf,rupanya kita ini hanya hamba,segala gerak geri atau perlakuan adalah terpulang kepada Allah.Hanya doa yang kita upaya lakukan dan Allahlah yang memberi segala-galanya.

Bersamalah berdoa agar kita ditetapkan di atas jalan yang lurus dan sentiasa hidup dalam keredhaanNya.





Share/Bookmark

Read more...

6:16 PM

Kadang-kadang kita seronok kalau berperangai begini

Tingkah laku seharian adalah merupakan gambaran sebenar apa yang dalam hati kita.Kalau ceria dan tenang itu merupakan gambaran hati, sebaliknya kalau kasar,pemarah dan ego juga adalah merupakan gambaran hati kita.

Ego atau sombong sebagai contoh,ianya adalah merupakan sifat keji dan tercela. Ia
bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain.Ramai tidak akan mengaku sebagai tergolong dalam golongan tersebut jika ditanya.Setiap daripada kita sewajibnya mengelak dan menghindari sifat atau perangai tersebut.Melatih diri serta mendekatkan diri kepada Allah adalah antara cara untuk meninggalkan sifat tersebut.Menginsafi kelemahan diri serta menerima hakikat siapa kita sebenarnya adalah cara terbaik untuk kita membuang jauh sifat ego dan sombong ini daripada diri kita.

Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?
Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk
beberapa hari. Kadang-kadang kita bangga dengan kuasa yang ada,kita gunakan kuasa itu untuk membuli,mengherdik atau sebagainya dan berkebetulan tiada yang "melawan"kita.Maka kita seronok.

Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan
dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak
bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan
mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan
kata-katanya.Kadang untuk menghalalkan perbuatanya dia akan berkata sebenarnya hatinya baik dan perlakuan atau kata-katanya itu hanya sebagai untuk mengajar atau memberi peringatan sahaja.Apakah benar begitu?.Apakah tidak terfikir bahawa manusia ini sifat dan perasaanya adalah berbeza.Manusia bukan barangan biasa bila terkena air atau apa-apa sahaja bila dicuci akan terus bersih,tetapi manusia sekali terkesan hatinya ianya lambat untuk dipulihkan.

Kepada kita yang ada sifat ini bersama kita renungi peringatan ini :

Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang
dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nisa’,
ayat 148)

Justeru, tanyalah diri apakah selama ini kita sombong atau tidak? Jika ternyata sombong atau
ego, ubah sikap supaya diri disenangi orang lain. Amalkan sikap sabar kerana orang yang sabar
akan sentiasa merendah diri tidak mudah marah.



Share/Bookmark

Read more...

10:16 PM

Rupanya kita ini memang begitu..

Bila membaca tazkirah ini ,teringat diri sendiri,inilah ungkapan serta mainan fikiran yang sentiasa terlintas dalam benak hati.

Diri ini tahu itu merupakan bisikkan yang sengaja dilintaskan ke dalam hati untuk melekakan daripada melakukan amal yang baik dan diredhai.Seringkali juga dibisikkan kamu masih ada peluang untuk hidup lama lagi,kalau ayah,datuk nenek kamu hidupnya panjang masakan kamu hidupnya pendek,kan kamu keturunan yang hidupnya lama.Itu yang selalu terlintas dan dilintaskan dalam hati!.

Dalam menikmati keseronokan kehidupan dunia ini lepas seorang,seorang kawan-kawan "pergi"meninggalkan dunia yang fana ,namun kita masih syok sendiri dengan angan-angan yang sudah pasti kalau kita insaf angan-angan itu tidak akan ke mana kecuali hanya dengan izin dan kehendakNya sahaja.

Berbuat baik hanya seadanya sahaja,kalau "susah" sikit kita akan mengelak dan melupakannya.Pelbagai alasan menanti untuk dijawab.Alahai lemahnya diri ini.Bagaimana mungkin untuk kita mendapatkan syurga yang dijanjikan itu sedangkan "harga" yang kita sediakan tidaklah setimpal dengan apa yang dijanjikan kepada kita itu.

Jadi untuk masa yang masih ada berbaki yang kita tidak tahu bila datangnya janji itu,bersama kita pohon Allah yang maha lembut dengan hambaNya itu supaya memberi kita keupayaan dan kesanggupan untuk terus berusaha dengan apa segala cara sekalipun untuk terus bersyukur kepadaNya.Sebagai tanda syukur kita,kita akan terus melipatgandakan usaha untuk menurut segala titah perintahNya dengan sebaik mungkin dan istiqamah, insyaAllah






Share/Bookmark

Read more...

7:25 PM

Lain di mulut , lain di hati..

"Allah itu satu,tempat "bergantungnya" segala hajat makhluk termasuklah manusia.Sesiapa yang "menderhaka" kepadaNya maka nerakalah tempatnya dan sesiapa yang mentaati dan menurut perintahNya maka syurgalah balasanya".Itu ungkapan biasa yang selalu kita dengari dan disampaikan kepada kita yang "mengaku" islam ini!.Bila ditanya kembali kepada kita,semuanya akur dan menyatakan "kepercayaan" itu.Namun hakikat sebenarnya begitukah?!!.

Saban hari kita melihat perlakuan sumbang berlaku di mana-mana.Sumbang dalam tutur kata,sumbang dalam perilaku,sumbang dalam berjanji,sumbang dengan kesetiaan kawan-kawan dan bermacam lagi sumbang yang kita lakukan.Lebih berilmu kita kadang lebih 'sumbang" kita dalam tindakan.

Kita memberitahu bahawa Allah itu dekat dan hampir dengan kita.Allah menugaskan Rakib dan Atik untuk merekodkan segala perbuatan kita setiap detik dan saat,kita kata kita percaya!!,kalau sudah kata percaya maka sepatutnya kita berbuat baiklah sentiasa dan jauhilah perbuatan buruk,tetapi kenapa masih berlaku perlanggaran dan ketidakpatuhan?.Kalau begitulah realitinya rupanya ungkapan percaya dan iman yang disebut selalu itu cumanya ungkapan luaran sahaja bagaikan burong tiong yang bercakap.Berilmukah kita atau jahilkah kita, itulah hakikat sebenar yang terpaksa kita telan dan terima.Kita sebenarnya tidak sebagaimana yang kita percakapkan!!.

Macamana dunia ini akan aman kalau kita bersikap begitu.Sebut percayakan tuhan tetapi melawan dan tidak takut tuhan?kalau betul-betul percaya dan takut sudah tentu kita akan patuh sepatuh-patuhnya.Tidak bercakap bohong,amanah dengan tanggungjawab yang diberi,tidak mengambil kesempatan terhadap peluang yang ada untuk kepentingan diri dan sebagainya.Ayuh berubahlah sekarang,masa masih belum terlambat..

Ya Allah kupohon padaMu jadikanlah kami orang yang bersyukur masukkanlah kami dalam golongan yang beroleh kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat..amiinn




Share/Bookmark

Read more...

5:26 PM

Orang cerdik selalunya begini....

Dalam tempoh dua minggu ini lima orang kenalan telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.Semalam datang seorang kawan bertanya apa rasanya di saat kematian?.Saya minta kawan itu merujuk alQuran dan hadis,dimana banyak menjelaskan tentang peristiwa yang akan dialami manusia di saat kematian berlaku.Kalau susah sangat dalam surah AlQiamah itu pun ada diceritakan tentang perkara itu,nasihat saya.

Sebenarnya jarang diantara kita yang bertanya dan cuba berfikir bagaimanakah suasana sebenar yang akan berlaku disaat kematian akan tiba.Bila sahaja berlaku kematian di kalangan kita,kita hanya merasa sedih dan pilu tentang hilangnya kawan kita itu sahaja,kita tidak pernah terfikir apa sebenarnya yang dialami oleh kawan kita itu disaat kematian dan selepas kematianya.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mengentahui apa yang akan berlaku di saat kematian sesorang manusia ini.Gambaran dan suasana sebenarnya ada di jelaskan oleh Allah dalam alQuran.Kalau kita selalu membelek dan mengkajinya nescaya kita akan terjumpa pemberitahuan tersebut.Cumanya kalau dah tahu apakah kita bersedia ataupun akan menerima hakikat tersebut?.Bagi orang yang cerdik sudah tentu dia bersedia dengan segala persiapan yang sebaik mungkin,namun bagi sestengah orang tidak begitu.Itulah sebabnya kita tengok kalau ada sahaja kematian masing-masing semacam ada rasa insaf,tetapi cuma sesaat itu sahaja,selepas sahaja pengkebumian berlaku perangai lama akan datang semula dan kadang-kadang "jahiliahnya" melebihi tahap sebelum ini.

Kepada kawan yang bertanya itu,satu pujian untuk beliau,semoga "ingatnya" anda tentang mati membolehkan anda dan kita semua akan berubah ke arah yang lebih baik.Sebenarnya mengingati mati ini adalah satu senaman minda yang akan mengukuhkan peribadi kita.Kita tidak lagi berharap kepada manusia dalam hidup kita,dan tidak "berani" lagi melakukan kesalahan-kesalahan yang akan "menjerat" kita di saat kematian mahupun selepas kematian.Kepada semua pohonlah keampunan dan carilah keredhaan Allah semoga kita semua selamat di dunia dan selamat di akhirat...





Share/Bookmark

Read more...

9:55 PM

2010 pergi 2011 pula yang datang

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar tahun baru 2011.Banyak kenangan yang tercoret di sanubari ditinggalkan bersama dengan perginya 2010.

2010 menyaksikan ramai kawan seangkatan pergi menyahut seruan Ilahi.Doa untuk kawan-kawan ini semoga diberi keampunan terhadap segala perlakuan yang bertentangan dengan kehendakNya.

2010 juga diberi kesempatan untuk berkunjung ke beberapa tempat samada dalam dan luar,juga menyaksikan kepelbagaian perangai dan budaya masyarakat setempat.Kalau kita berbangga dengan tempat kita, mereka juga berbangga dengan tempat mereka.Sebagai satu penilaian secara adil sebenarnya "kebaikan " itu berada dimana-mana cuma kita kadang-kadang "ego" dengan apa yang kita ada.

2011 juga akan memberkan pengalaman baru bila anak-anak mula meninggalkan rumah kerana selesai pendidikan menegah masing-masing.Kini suasana diawal berumahtangga mula menjengah semula bila kebanyakan masa hanya tinggal berdua sahaja.Rupanya ramainya anak atau sedikitnya anak akhirnya akan tinggal kembali sebagaimana asal.Lebih istimewa akhirnya kita hanya akan keseorangan.Samada sunyi atau meriah hanya "amalan" yang menjadi bekal.

Akhirnya bersama kita doakan kebaikan untuk kita semua dan diberi keampunan terhadap salah dan silap selama ini.Demi sesungguhnya kita adalah makhluk yang tidak dapat lari daripada takdir yang ditentukan oleh pencipta.Pohon padaNya agar diberi di dunia ini kebaikan dan kebaikan juga di akhirat nanti.Selamat berjuang!!!


Share/Bookmark

Read more...