3:29 PM

Ku pohon doa untukmu kawan..(updated)

[DOA17+ketika+terdengar+kematian+atau+kemalangan.GIF]
Alfatihah untuk Sdr.Hasan Ismail (1956-2010).


Semalam sempat ziarah Sdr Hasan di hospital.Masih dapat bercakap dan berinteraksi dengannya.Walaupun nampak agak kritikal penyakitnya, sebagai manusia kita mengharapkan kesembuhan untuk beliau.Namun Allah maha mengentahui segala-galanya.Jam 3.00 pagi tadi dimaklumkan beliau telah dipanggil Allah kembali ke alam kekal untuk selama-lamanya.

Terkenang beliau yang begitu banyak menghadapi cubaan dengan ujian kesusahan tetapi hasil ketekunan dan kesabaran akhirnya Allah memberikan beliau "kelapangan".Beliau berjaya sehingga ke menara gading dan menjadi pendidik yang cekal.Namun di akhir-akhir kehidupanya beliau sekali lagi diuji dengan penyakit yang juga menjejaskan keselesaan hidupnya.Ujian itu juga dihadapi dengan tabah,sering bercakap untuk pencen awal tetapi nampaknya tidak sempat mengecapi masa pencen yang beliau harapkan.Untuk kita yang masih diberi kehidupan bersyukurlah dan kepada keluarga Sdr Hasan bersabarlah dengan ujian ini,sesungguhnya keupayaan kalian menghadapinya dengan sabar selama ini telah membezakan tahap keupayaan menghadapi ujian kalian berbanding dengan mereka yang tidak pernah diuji.Sekali lagi al-fatihah untuk beliau.
Juga alfatihah untuk Hj Kashim Abdullah dan Hj Manan Arifin yang juga dijemput kembali pada minggu ini.



Share/Bookmark Read more...

3:17 AM

Nilai seorang anak....

Hari ini ke hospital ziarah seorang kawan.Doa untuk kawan itu supaya cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.Kepada keluarga kawan ini bersabarlah di atas ujian ini.

Namun cerita yang menarik dan patut kita bersama bermuhasabah dengan peristiwa ini ialah apa yang berlaku,juga di hospital.Satu keluarga yang bapanya diserang "stroke".Bapa ini yang sudah lanjut usia mengalami lumpuh yang terok,rawatan telah dibuat namuntiada kesan pemulihan.Lalu pihak hospital menasihatkan supaya keluarga ini membawa balik bapanya ke rumah.Anak-anak 7 orang semua terpelajar,malah bekas guru besar pun ada dan ustaz pun ada.Mereka menolak untuk membawa orang tua mereka ke rumah,alasanya di rumah tiada cara untuk mereka merawat orang tuanya.Kerana menolak untuk membawa pulang maka tinggal;ah orang tua tersebut di hospital menunggu untuk "pergi" selama-lamanya.

Di hospital anak-anak bising lagi kenapa orang tuanya tidak dimasukkan ke kelas pertama dan sebagainya lagi meungkit itu dan ini.

Moral kepada peristiwa ini,kenapa terjadinya begitu kepada mereka-meraka yang terpelajar ini,di mana akhlak mereka atau mereka sebenarnya malas untuk melayan pesakit yang merupakan bapa mereka.Atau pengajaran dan panduan yang Islam berikan kepada mereka itu cuma mereka ucapkan di surau-surau atau sekolah sahaja tetapi tidak mereka amalkan dalam kehidupan mereka?..sedih rasanya mengenangkan peristiwa sebegini






Share/Bookmark

Read more...

12:21 AM

Ayah...Ibu.. doa kami untukmu.

Musim cuti sekolah sudah lama menjelang,musim pepereksaan pun sudah dua tiga hari berlalu.Saya percaya di kesempatan yang ada sebelum sesi persekolahan baru bermula ramai di kalangan kita yang akan "bercuti",mengikut citarasa masing-masing.

Bagi yang ada anak-anak,akan cuba memenuhi kehendak dan keinginan anak-anak masing-masing.Setiap apa yang dipinta nescaya akan dipenuhi mengikut kapasiti kemampuan masing-masing.

Terfikir,apakah anak-anak juga akan memikirkan sebagaimana berfikirnya ibu bapa dalam melayani kehendak mereka?.Bagi yang jauh dari kampong halaman balikkah kita menjenguk,atau bertanya khabar.Cuba hitung berapa banyakkah "sumbangan" kita untuk mengembirakan mereka.Saya pasti ibu bapa tidak mengharapkan sumbangan berbentuk benda dari kita.Cukup kita bertanya khabar,menziarahi dan perihatin kepadanya itu sudah cukup mengembirakanya.

Berfikirlah kita semua bagi yang masih beribu dan bapa,ikhlaskanlah dalam melayani mereka.Mereka sudah tua dan di penghujung usia.Senang-senangkanlah hati-hati mereka.Janganlah dukakan mereka.Cuba bayangkan, mereka tidak pernah merungut untuk mengasuh dan membelai kita dikala kita sakit,tetapi kadang-kadang setengah daripada kita "merungut"apabila terpaksa menghantar ibu bapa untuk rawatan ke hospital.Anak apa kita ini sebenarnya,berbagai alasan untuk kita mengelak.Fikirkanlah wahai kawan sebaik-baik manusia adalah orang yang menyayangi kedua ibu bapanya tanpa "mengisik" hatinya.Bersama fikirkan

"23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)







Share/Bookmark

Read more...

2:29 AM

Jaga-jaga kita sebenarnya semakin "susah"

Melihat berita ini menyedihkan kita.Peristiwa ini adalah satu daripada ribuan kejadian yang menggambarkan "kerosakan" anggota masyarakat kita.Kalau dulu kita jarang ketemu berita-berita sebegini dan kalau pun ada tidaklah sampai membabitkan kecederaan parah atau pun kehilangan nyawa,tetapi kini ianya menjadi-jadi sehinggakan di kebanyakkan masjid yang kita singgah terpampang tanda amaran "awas pencuri".Kalau di masjid pun begitu apa yang boleh kita harapkan di tempat-tempat lain.

Apakah maknanya ini semua.Bilangan anggota polis berganda ditambah.Ribuan jadual kelas-kelas ugama di madrasah dan masjid di atur,pelbagai kempen diadakan melalui media elektronik mahupun cetak namun gejala ini terus berkembang dan membiak tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti.

Apakah ini merupakan "ganjaran" yang diberi hasil usaha kita dalam menjalani hidup ini tanpa memperhitungkan halal dan haram?Bersama kita fikirkan dan dengan doa ya Allah janganlah engkau bebankan kami dengan dosa yang tidak kami lakukan.Engkau balik-balikkanlah hati-hati mereka yang terpesong itu supaya kembali kepada engkau,selamatkanlah kami dari murkaMu...


TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk anak-anak di Mesir

Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com





Share/Bookmark

Read more...

7:45 PM

Bersama bantu mereka ini...

Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.

Kebanyakan dari pelajar terbabit adalah pelajar-pelajar pintar Islam yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA didalam Negara.

Maka PPIM beserta badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan Islam mengambil pendekatan drastik dengan menubuhkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO-NGO prihatin yang lainnya.


Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com





OBJEKTIF
I. Menubuhkan tabung dan mengadakan kutipan sumbangan dari semua sumber dimana dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang akan dikenalpasti oleh secretariat TABUNG KPI.

II. Memastikan pelajar yang berpotensi tidak terganggu pelajaran mereka disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dalam masa proses pembelajaran mereka sedang berjalan.

VISI
I. Melahirkan ramai professional Melayu yang memiliki akhlak terpuji dan memiliki asas kukuh dalam pendidikan Agama.

II. Meramaikan professional yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi dan seterusnya mengimbangi bilangan professional bukan melayu yang ternyata lebih ramai dari professional Melayu yang ada dinegara kita buat masa ini.


DATA RASIONAL

Jumlah pelajar yang belajar di Universiti yang terdapat di Mesir kini ialah seramai 6440 orang.

Pecahan dari jumlah tersebut :-

Tajaan Jumlah

JPA 668 pelajar
MARA 936 pelajar
Amanahraya 52 pelajar
____
Jumlah 1656 pelajar
====
Baki seramai 4784 orang adalah pelajar persendirian tanpa tajaan mahupun biasiswa dan pinjaman kerajaan.

Dari sejumlah 4784 orang pelajar tanpa tajaan mahupun biasiswa kerajaan lebih dari 2000 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.







Berdasarkan carta yang diberikan ratio professional melayu dan bukan melayu ternyata tidak seimbang dan memerlukan remedi kalau perbandingan berdasarkan jumlah pecahan penduduk diambil kira.

Terdapat lebih dari 2000 pelajar melayu yang menuntut dalam jurusan Professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi dengan biaya persendirian pada masa kini bertaburan disekitar Universiti di Mesir.

DAN KEBANYAKAN DARI MEREKA INI YANG PADA AWALNYA DIBIAYAI OLEH KELUARGA DAN KINI BERADA DITAHUN KEDUA DIUNIVERSITI TERBABIT BERADA DALAM SITUASI KEWANGAN YANG AMAT KRITIKAL DAN MEMBIMBANGKAN.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa. MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA. DIKALA ITU DIMANA MARUAH KITA.


APAKATA PERLEMBAGAAN KITA?

1: TUNTUTAN PERLAKSANAAN WAJIB PERKARA 153(1); 161A(4).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak …
i) Di bawah 153(2)..mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan..

ii) mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya..

iii) atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan;

iv) 153(3) bagi menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain ke istimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas;

v) Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu;

vi) kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan…atau;

vii) kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu…

viii) hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna…
(Nota: Perkataan Cina dan India tidak ada dalam Perlembagaan).

ix) BAHAWA khususnya Biasiswa yang berkaitan adalah dibawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai pemilihara dan pemegang AMANAH/KASTODIAN menjaga kepentingan ketuanan KE RAJAAN Melayu.


RUMUSAN

Selepas diteliti dengan begitu rapi dan diperhalusi dengan hati budi yang luhur kita dapati orang melayu seperti menumpang ditanah air sendiri. Bakat dan minda yang baik bukan lagi jaminan untuk memastikan kejayaan mendatang. Tanpa sokongan kewangan yang kukuh kita tidak akan kemana-mana.

Walaupun perlembagaan kita jelas akan hak keistimewaan melayu yang perlu dipertahankan. Tetapi tanpa sokongan dan dokongan dari mereka yang diamanahkan ianya tidak akan kemana.


Kita semakin hampir menjadi Negara maju, tetapi jarak kita dari segi ilmu dan pendidikan dengan bangsa lain semakin ketara dan tertinggal.

Justeru itu, tiada lagi jalan pintas bagi kita, yang diamanahkan membela bangsa leka dengan kejayaan dan kekayaan diri. Hingga lupa peranannya menjaga pewaris bangsa. Yang tinggal hanyalah segelintir melayu yang sayangkan bangsa dan sayangkan Negara tetapi tiada berharta. Namun digagahinya jua demi maruah dan martabat yang ada.

Maka menyedari kelemahan itu, bangkitlah bangsaku, bersatulah kita membantu anak-anak kita yang bijak yang berada diluar Negara menuntut ilmu. Mereka perlukan bantuan kita. Sumbanglah seberapa yang ada ke TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN. Biarlah anak-anak kita disana menuntut ilmu dengan tenang dan balik dengan segulung ijazah. Mereka adalah pewaris kesinambungan ketuanan melayu. Biarlah kita berhabis dahulu agar bangsa kita tidak merempat ditanah air sendiri.

Baca lagi di sini
Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com
Share/Bookmark Read more...

2:30 AM

Merenung Tahun Baru Hijrah 1432 : Antara Syurga dan Neraka

Semua kita impikan syurga.Satu tempat yang paling nikmat dan tiada yang sebanding dengannya yang dijanjikan Allah kepada hambanya yang taat dan patuh terhadap kehendakNya.

Terfikir secara insaf apakah kita ini layak untuk anugerah tersebut?.Apakah hanya dengan "cara hidup" kita yang sebegini berbaloi untuk menerima pemberian Allah itu?.

Hari-hari dalam kehidupan, bermula dari celiknya mata dari tidur terus bercakap dan berfikir pasal "dunia"( baca:duit),berterusan sehingga malam menjelma,kadang-kadang tidur itu yang juga seronok untuk semua orang juga diabaikan kerana "dunia itu".

Kita lihat dewasa ini,bermulanya generasi anak-anak sedari kecil lagi telah diasak dengan "mendidik" untuk menjadi itu dan ini.Pernah kita menyentuh perasaan mereka supaya menjadikan manusia bertaqwa?.Pernahkah kita memberatkan mereka dengan kewajiban kepatuhan kepada Allah seluruhnya dengan memberi "santapan" yang sepatutnya untuk ke arah itu.Apa yang dilihat berdasarkan pengamatan dan pengamalan kita amat jauh darpadaNya.Kita lebih banyak "menangis dan membebel" kalau anak-anak tidak mahir matematik dan sains,malah kita tiada apa-apa rasa terkesan kalau anak-anak tidak tahu solat atau alquran itu sendiri.Sungguh malangnya nasib kita.

Mungkin ayat diatas itu terlampau ilmiah untuk difahami,untuk mudah faham, secara mudahnya setakat hidup ini di mana tahap kita dengan Allah sebenarnya?.Kita kata percaya dan patuh tetapi setakat mana?.Dalam menjaga peraturan dan larangan,jauh sekali untuk kita mematuhinya hatta tentang perkara yang paling kecil pun belum lagi dikira tentang perkara-perkara besar umpamanya pemerintahan dan sebagainya.Perkara "dosa" sudah menjadi amalan lumrah dan biasa sahaja.Allah dingati cuma pada hari-hari kesedihan sahaja malah kalau tiada "kesedihan" Allah terus dilupakan tanpa noktah.

Menipu,menzalimi sesama manusia,memakan harta secara zalim itulah antara secebis fenomena kehidupan kita kini.Pertimbangan kita hanya "benda" halalkah atau haramkah tidak pernah kita fikir dan buat perhitungan.Tanpa rasa malu kita kepada Allah yang kita akui Maha penyayang dan pengasih itu kita terus menderhaka sebenarnya.Kita sebenarnya melawan Allah yang memberi kita semua nikmat secara percuma ini tanpa meminta dibalas.

Kita banyak menyanggah perintah Allah,sebagai contoh kalau riba'itu haram kenapa kita masih mengekal dan beramal denganya,tokoh-tokoh yang mempopularkan perkara tersebut kita sanjung mereka dengan pelbagai anugerah,?!tidak takutkah kita kepada Allah,bagaimana pula kita sebut hendakkan syurga tetapi kita tidak cuba untuk mencarinya dengan mendapatkan keredhaanNya?.

Sempena tahun baru hijrah 1432 yang kita sambut hari ini marilah bersama kita memohon ampun kepada Allah S.W.T dan pohon kepadaNya supaya kita dikekalkan di atas jalanNya yang benar dan lurus seterusnya dianugerahkan syurga yang nikmat itu.






Share/Bookmark

Read more...

5:35 PM

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Selamat menyambut tahun baharu hijrah 1432






http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1236.snc4/156867_1745473353703_1144853525_32001680_227670_n.jpg



Share/Bookmark Read more...

4:36 PM

MIRI SARAWAK


Tapak penggerudian minyak pertama di Malaysia (Miri) dinamakan
dengan "The Grand Old Lady"
mula di gerudi pada 10 ogos 1910 dengan kedalaman asal
452 kaki dan maksima kedalamanya ialah 1096 kaki,anggaran
keluaranya sebanyak660,000 tong dengan kadar
7 tong sehari.Operasi telaga ini dihentikan pada 31 okt 1972.

Pemandangan atas bukit tempat terletaknya muzium petroleum di Miri

Lauk nasi lelapan yang dikatakan masyhur di Miri


Dua pemandangan menarik di pesisir pantai Miri

Share/Bookmark Read more...