6:07 PM

PTPTN : Hutang kena bayar..!!!

Hutang wajib kena bayar.Bagi orang islam kalaulah ditakdirkan mati dan hutang tidak dijelaskan maka peluang untuk mendapatkan syurga adalah terhalang.Itu kaedah umumnya.bagi yang berhutang dengan PTPTN juga begitulah sifirnya.Kalau sudah berhutang denganya maka peminjam kena bayarlah.


Sebagai pemerhati,mendapati rata-rata peminjam PTPTN ini sebenarnya bukan semuanya terdiri daripada mereka yang dikategori sebagai liat membayar,ramai di kalangan mereka cuba dan berusaha untuk membayarnya namun begitu di sana ada sebab-sebab lain yang menjadikan mereka agak sulit untuk menjelaskan pinjaman mereka.

Semasa pengajian mereka bertungkus lumus dengan pembelajaran.Selesai belajar mereka sekali lagi menghadapi cabaran untuk mencari pendapatan.Alam pengajian tidak sama cabarannya dengan alam penghidupan sebenar.

Untuk membayar mesti ada sumber kewangan.Untuk mendapatkan sumber kewangan mesti ada pekerjaan.Berbeza semasa belajar kalau tiada duit minta saja denga keluarga,tetapi peluang itu tidak lagi datang setelah habis sahaja belajar.Hidup mesti diteruskan,maka pekerjaan hendaklah dicari.

Dewasa ini kerja yang bersesuaian dengan kelulusan agak sukar untuk diperolehi,tambahan lagi kerja di sektor awam.Kerja di sektor swasta pun juga sukar dan kalaupun ada rata-rata bergaji di bawah paras kemiskinan.Hendak kerja sendiri memerlukan modal,mana nak cari modal sedangkan hidup seharian pun atas belas ehsan.Inilah dilema sebenar mereka yang berhutang ini.Bukan tidak hendak bayar tapi kemampuanya agak terhad.

Peluang kerja disektor awam bukan tidak ada,tetapi sekarang ini agak terhad disebabkan beberapa polisi yang tidak membantu ke arah memberi peluang kepada golongan muda ini untuk hidup berdikari.Kalau dulu bila sahaja sampai umur 55 maka pencenlah penjawat itu maka akan ada generasi baru yang akan mengganti,tetapi sekarang dah di tambah kepada 58,kini nampaknya tengah perjuangkan lagi untuk capai umur 60 pula.Kenapa begitu!!,cuba bayangkan apa sebenarnya sumbangan yang boleh dibuat oleh orang yang sudah lanjut umur?,terima sahajalah hakikat bahawa kalau umur sudah melewati 50an kita sebenarnya sudah lemah,yang merasa gagah dan kuat itu cuma nafsu sahaja,tidak lebih daripada itu.

Marilah bersama membantu anak-anak kita yang kita bela dan pelihara daripada kecil ini untuk berdikari.Masakan dari kecil kita bantu dia namun selepas sahaja mereka dewasa dan berkeluarga kita masih lagi membela mereka.Berilah peluang mereka untuk berdikari,cukuplah apa yang kita ada ini,dan hidup ini pun bukannya berkekalan sebagaimana kehendak nafsu kita.

Kepada kerajaan juga seharusnya berperanan untuk membantu PTPTN ini.Bantulah mereka dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan,dan realisasikanlah konsep gaji minima di sektor swasta ,agar anak-anak ini tidak lagi hidup dalam paras kemiskinan,kita yakin mereka ini tidak lagi akan memburu pekerjaan di sektor awam jika sekiranya peluang mendapatkan sumber di luar itu terbuka.Mereka ini semua adalah terpelajar dan berilmu,kita yakin mereka sebenarnya bukanlah bebal dan degil jika kehidupan mereka tidak sulit dan susah.Sesungguhnya kesulitan dan kesusahan yang menimpa mereka sahajalah yang menjadikan mereka bersikap demikian.Oleh itu cuba kita tanya diri sendiri di mana peranan kita sebagai pemerintah,pemimpin dan ahli masyarakat untuk membantu menyelesaikan kemelut ini? atau kepentingan diri mengatasi segala-galanya?!!..berfikirlah dan berubahlah ..






Share/Bookmark

1 comments:

roslaini saad said...

Budak-budak yang PTPTN ni..kalau betul membelanjakan duit untuk belajar tak kisah juga... Ini bila dapat duit, beli handphone mahal..kita yang kerja pun tak beli... yang lelaki beli motor... kalau beli laptop ke..okay lagi...dah berhutang liat pulak nak bayar....elok laa tu..