7:10 PM

SELAMAT HARIRAYA EIDULFITRI ...Kita sebenarnya tidak punya apa-apa....

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ونُقِرُّ فِى الأرْحامِ مَا نَشاءُ الى أجلٍ مُسَمَّى ثمَّ نُخْرِجُكُم طِفْلاً ثم لِتَبْلُغُوآ أشُدَّكُم، ومِنْكُم مَن يُتَوَفَّى ومنكم مَنْ يُرَدُّ على أرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شيئًا
صدق الله العظيم

Mafhumnya:
"Dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu".
(al Haj, ayat 5:)

Pernahkah anda berfikir dan bermuhasabah tentang diri sendiri,kalau ada setakat manakah muhasabah kita itu?dan apakah hasilnya,adakah ianya membantu dalam memotivasikan diri ke arah merapatkan lagi diri kita dengan pencipta atau sebaliknya!?

Hari ini sudah 28 hari kita berpuasa di bulan ramadhan 1431H.Ini bermakna umur kita semakin meningkat dan bererti ianya semakin singkat.Sebagai makhluk sudah sepastinya kita tidak akan kekal mendiami bumi ini selama-lamanya.

Dalam kehidupan ini,apa perasaan anda?sentiasa merasa gagah,kuat dan berkuasa atau bagaimana?,dan apakah kekuatan yang anda rasa ada pada diri anda itu memberi kelebihan kepada anda setakat ini?.Cuba kita bersama bayangkan atau fikirkan.

Pernahkah anda melihat kawan-kawan disekeliling ,sebagai manusia yang peka dan hidup bermasyarakat pula maka sudah tentu perkara itu adalah biasa bagi kita.Kita dapati ada di kalangan mereka itu yang hidupnya senang dan ada yang hidupnya susah.Kenapa terjadinya begitu sedang semuanya mengharapkan kesenangan dalam kehidupan masing-masing .Kita renung lagi,apakah semua impian yang indah-indah yang kita impikan itu semuanya menjadi milik kita,tidak bukan?sedangkan berbagai usaha dan ikhtiar kita telah lakukan!.Berjuta wang kita belanjakan konon untuk mengelakkan daripada musibah dan penyakit,namun setiap hari masih ramai yang ke hospital,dan ramai juga yang terpaksa dihantar ke kubur,kenapa berlaku semua ini?sedangkan kita kata kita kuat dan gagah,kita kaya dan berharta.

Oleh itu insaflah,sebenarnya kita ini adalah manusia yang tidak punya apa-apa,apa yang ada cuma hanyalah sedikit pemberian secara ihsan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih untuk hambanya.Dengan pemberian ini sudah sewajibnya sebagai hamba yang lemah kita kena syukuri serta sabar terhadap apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Kepada anda yang dianugerahkan dengan sedikit "kuasa" berlaku adillah,jadikanlah keadilan itu sebagai neraca pertimbangan dalam menguruskan apa yang anda perolehi itu,kerana kalau anda berlaku zalim anda hanya cuma mengundang bala dan bencana daripada Allah yang bukan sahaja anda akan pikul di dunia ini malah akan berterusan dalam kehinaan di hari yang tiada lagi sebarang faedah harta dan anak-anak.

Carilah kelebihan dunia ini sekadarnya.Jangan menipu dan menzalimi serta mengambil sesuatu yang bukan hak anda.Bersyukurlah dengan apa yang telah anda perolehi.Allah itu maha mengentahui.Percayalah sesungguhnya apa yang telah anda perolehi itu adalah cukup dan sesuai untuk anda.Janganlah tamak dan dengki dengan apa yang dikurniakan Allah kepada orang lain,jika kita bersikap begitu sebenarnyai kita melawan Allah yang maha tahu tentang apa yang ada pada setiap makhluknya.

Kita sebenarnya tidak ada kekuatan dan kelebihan,hatta untuk berhadapan dengan apa rokok yang kita hisap itu pun kita tidak mampu apatah lagi dengan azab yang lebih hebat daripada itu.Cuba bayangkan dalam merokok itu pun kita cuma menghisap hanya sekadar sampai ke putingnya sahaja kerana tidak tahan dengan kepanasan api yang sedikit berbanding dengan api neraka sebenarnya.Oleh itu cukuplah,marilah bersama kita hindarkan diri-diri kita daripada menjadi orang yang di murka Allah dengan berubah ke arah perangai dan personaliti yang lebih baik.Bersama hindari daripada tamak,gila kuasa,megah diri dan bersikap zalim dalam kehidupan sehari-hari kita.

Renungilah petikan ayat alquran di atas,sebenarnya itulah sebenarnya putaran kehidupan kita,tidak kira siapa kita.Rajakah kita,menterikah kita atau manusia biasakah kita.Apapun sempena Syawal yang mendatang SELAMAT HARI RAYA diucapkan semoga segala amalan dan ibadat kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diber iganjaran oleh Allah sebaiknya insyaAllah.



Share/Bookmark

0 comments: